Now Reading
NOBO Soy Bawa Nafas Baharu Kepada Susu Soya — Ingin Jadi Jenama Minimalis

NOBO Soy Bawa Nafas Baharu Kepada Susu Soya — Ingin Jadi Jenama Minimalis

Daripada pembuat OATSIDE, jenama ini ingin mengubah cara orang ramai menikmati minuman berasaskan tumbuhan di Asia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Susu soya bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dari kopitiam ke gerai tepi jalan, hingga ke meja sarapan di rumah, minuman ini sudah lama menjadi pilihan ramai.

Namun hari ini, generasi muda dilihat semakin kurang memilih susu soya sebagai minuman harian.

Melihat perubahan ini, pasukan di sebalik jenama susu oat popular OATSIDE tampil dengan NOBO Soy, sebuah jenama baharu yang membawa pendekatan lebih moden, ringkas dan selari dengan gaya hidup sihat masa kini.

Lebih Protein, Kurang Gula & Rasa Lebih ‘Clean’

Apa yang membezakan NOBO Soy adalah kandungan nutrisinya. Ia menawarkan 4.2g protein bagi setiap 100ml, hampir dua kali ganda berbanding kebanyakan susu soya dalam kotak di pasaran, dan sekitar 40% lebih tinggi daripada susu lembu.

Ini dicapai melalui teknologi double extraction menggunakan kacang soya non-GMO berprotein tinggi dari Kanada.

Dalam masa sama, kandungan gula juga lebih rendah, kurang daripada 5g bagi setiap 100ml dengan rasa yang lebih lembut dan tidak terlalu ‘kacang’.

Foto: nobo Soy Milk

Teknologi flash cooling membantu mengurangkan bau kacang yang kuat, sambil mengekalkan senarai bahan yang minimal tanpa tambahan minyak, emulsifier atau gum.

Menurut Pengasas dan CEO OATSIDE, Benedict Lim, fokus utama mereka adalah untuk mengekalkan keaslian bahan.

“Kami bermula dengan mencari kacang soya terbaik sebelum memilih kacang soya non-GMO berprotein tinggi dari Kanada.

“Kemudian kami bangunkan proses yang membolehkan lebih banyak kacang soya digunakan dalam setiap pek, untuk hasilkan tekstur lebih berkrim dan kandungan protein lebih tinggi tanpa perlu tambah bahan lain.

“Falsafah NOBO adalah minimalis,” jelas beliau.

Kacang Soya Dengan Sentuhan Moden

Di seluruh Asia, kesedaran terhadap pemakanan sihat semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan mereka yang lebih peka terhadap pengambilan protein dan gaya hidup seimbang.

Foto: nobo Soy Milk

Walaupun kacang soya sudah lama menjadi sebahagian daripada diet tradisional, ramai yang mungkin tidak sedar bahawa ia sebenarnya merupakan sumber protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting, serta serat, antioksidan dan Omega 3, 6 dan 9.

Melalui NOBO Soy, bahan tradisional ini diberikan nafas baharu dengan pendekatan yang lebih moden dan ‘clean’.

Hasilnya?

Susu soya yang ringan, berkrim, dengan aroma panggang yang lembut, rasa lebih seimbang dan mudah diminum berbanding versi konvensional.

NOBO Soy hadir dengan dua varian utama:

  • NOBO Soy Original – rasa klasik yang lembut dengan sentuhan aroma panggang
  • NOBO Almond Soy – gabungan susu soya berkrim dengan tambahan badam panggang untuk rasa lebih ‘nutty’ dan kaya

Lebih Daripada Sekadar Minuman

Bagi NOBO Soy, kesederhanaan adalah kunci.

Dengan bahan berkualiti dan proses yang teliti, rasa sedap tidak memerlukan ‘overcomplicated’ formula.

Foto: nobo Soy Milk

Pendekatan ini turut diterjemahkan dalam reka bentuk pembungkusan yang minimalis dan moden, dengan kacang soya sebagai ikon utama, simbol jelas kepada apa yang ada di dalam setiap kotak.

Kolaborasi Fesyen Yang Unik

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, NOBO Soy turut berkolaborasi dengan jenama fesyen dari Vietnam, CHAUTFIFTH.

Jenama ini menghasilkan beg tangan berbentuk kacang soya yang diinspirasikan daripada karakter utama NOBO Soy, iaitu satu sentuhan kreatif yang lain daripada yang lain.

Menurut pengasas CHAUTFIFTH, Chau Tran, idea kolaborasi ini cukup bermakna.

“Kacang soya adalah sebahagian besar budaya makanan di Asia. Ia satu penghormatan dan juga cabaran untuk menjadikannya sesuatu yang orang mahu gunakan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beg edisi khas ini mula dijual pada 16 Mac 2026 menerusi laman web rasmi CHAUTFIFTH, selagi stok masih ada.

Untuk info, NOBO Soy akan mula dijual di peruncit utama dan platform e-dagang di Malaysia bermula minggu 16 Mac 2026, dalam dua saiz iaitu 180ml dan 1 liter.

Menjelang April nanti, jenama ini juga dijangka memperkenalkan lebih banyak cara baharu untuk menikmati susu soya dengan interpretasi moden yang lebih segar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd