Now Reading
UNIQLO Lancar Koleksi Linen Spring/Summer 2026 Dengan Lebih 40 Pilihan Warna

UNIQLO Lancar Koleksi Linen Spring/Summer 2026 Dengan Lebih 40 Pilihan Warna

Direka untuk keselesaan maksimum, ia sesuai digayakan untuk pelbagai situasi dari kasual hingga semi-formal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


UNIQLO kembali dengan koleksi Spring/Summer 2026 Linen yang menampilkan pilihan rona yang cukup luas, lebih daripada 40 warna untuk lelaki dan wanita.

Dihasilkan daripada 100% linen flax Eropah, koleksi ini mengetengahkan fabrik yang ringan, bernafas dan sesuai untuk cuaca panas.

Selain itu, UNIQLO turut memperkenalkan variasi linen blend yang lebih lembut dan selesa, menjadikannya pilihan ideal untuk gaya harian sepanjang musim panas.

Kemeja Linen Premium Untuk Gaya Ringkas & Selesa

Foto: UNIQLO

Antara item utama dalam koleksi ini ialah Premium Linen Shirt yang tampil dengan tekstur halus dan kemasan yang nampak lebih refined.

Direka untuk keselesaan maksimum, ia sesuai digayakan untuk pelbagai situasi dari kasual hingga semi-formal.

Musim ini juga memperkenalkan:

  • Skipper shirt dengan siluet boxy untuk gaya santai
  • Linen Blend Easy Shorts yang menggabungkan linen dan rayon untuk rasa lebih lembut

UNIQLO : C Tampil Dengan Koleksi Linen Premium Eksklusif

Selain koleksi asas, UNIQLO : C turut melancarkan koleksi kapsul linen premium hasil rekaan pereka fesyen terkenal dari Britain, Clare Waight Keller.

Koleksi ini menampilkan rekaan yang lebih moden dan sofistikated, termasuk:

  • Jaket wanita yang elegan, sesuai digayakan secara solo atau sebagai set tiga helai
  • Shirt jacket lelaki yang diinspirasikan daripada workwear, ringan dan praktikal
  • Seluar linen dengan potongan wide tapered yang selesa tetapi tetap bergaya

Koleksi UNIQLO : C Premium Linen akan mula dijual pada 3 April 2026 di butik flagship terpilih serta laman rasmi UNIQLO.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd