[Foto] Adidas Lancar Hyperboost Edge, Buka Era Baharu Larian Di Atas Jalan Raya
Selain prestasi, Hyperboost Edge turut menampilkan rekaan baharu yang lebih berani untuk siri kasut larian adidas.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Adidas memperkenalkan Hyperboost Edge, kasut larian baharu yang direka untuk membawa pengalaman larian ke tahap seterusnya.
Didatangkan dengan tiga teknologi utama: midsole Hyperboost Pro, upper PRIMEWEAVE dan outsole LIGHTTRAXION. Kasut ini memberi keseimbangan antara keselesaan dan responsif dalam setiap langkah.
Menariknya, Hyperboost Edge direka tanpa penggunaan plat atau elemen keras seperti kebanyakan kasut prestasi tinggi lain.
Ini membolehkan kasut bergerak lebih semula jadi mengikut langkah pelari. Dengan berat hanya sekitar 255 gram, ia kekal ringan tanpa mengorbankan kusyen dan tenaga lantunan.

Sesuai Untuk Larian Harian Hingga Larian Jarak Jauh
Di bahagian tengah kasut, Hyperboost Pro foam menjadi nadi utama yang memberikan kusyen maksimum serta pulangan tenaga yang baik.
Teknologi ini diinspirasikan daripada kasut perlumbaan elit adidas, tetapi diolah untuk kegunaan harian, sama ada untuk larian santai atau latihan jarak jauh.

Kasut ini turut hadir dengan ketinggian 45mm di bahagian tumit dan drop 6mm, memberikan rasa lebih bertenaga dan stabil sepanjang larian.
Berdasarkan kajian bersama University of Cologne melibatkan 60 pelari:
- 73% lebih menyukai pulangan tenaga kasut ini
- 77% merasakan kusyen yang lebih lembut
- Lebih separuh memilihnya dari segi keselesaan keseluruhan

Gabungan Keselesaan & Prestasi
Bahagian atas kasut menggunakan material PRIMEWEAVE yang lembut, ringan dan memberi sokongan yang selesa pada kaki. Reka bentuk tumit dengan kusyen tambahan juga membantu meningkatkan kestabilan dan keselesaan ketika dipakai.
Sementara itu, outsole LIGHTTRAXION yang diinspirasikan daripada kasut perlumbaan adidas memberikan cengkaman yang baik dari tumit hingga ke hujung kaki, sesuai untuk pelbagai keadaan larian.
Rekaan Lebih Bold & Futuristik


Selain prestasi, Hyperboost Edge turut menampilkan rekaan baharu lebih berani untuk siri kasut larian adidas.
Siluet midsole yang tebal dan menonjol memberi sentuhan futuristik, manakala tiga jalur ikonik adidas kini diletakkan pada bahagian midsole buat pertama kali.
Menurut Patrick Nava selaku General Manager untuk Adidas Running, kasut ini menggabungkan tiga elemen utama iaitu kusyen, tenaga dan ringan dalam satu rekaan.
Hyperboost Edge dijual pada harga RM849 dan kini boleh didapati di laman rasmi adidas Malaysia serta di cawangan terpilih seperti Sunway Pyramid dan Pavilion Kuala Lumpur.
Lebih banyak pilihan warna dijangka dilancarkan bermula 1 Mei 2026.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.