[Foto] Koleksi Raya Kate Spade New York Kini Tiba Untuk Aidilfitri 2026 – Lebih Sofistikated & Santai
Semuanya cute! Boleh ‘fit check’ masa Raya nanti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena sambutan Aidilfitri 2026, Kate Spade New York memperkenalkan ‘Halo Collection’, koleksi beg tangan yang direka untuk melengkapkan gaya perayaan dengan sentuhan elegan, ringan dan versatil.
Direka dengan struktur lembut yang diinspirasikan daripada siluet klasik bucket bag, Halo tampil dengan rekaan moden yang menggabungkan elemen santai dan kemasan yang lebih sofistikated.
Hasilnya ialah beg yang kelihatan kemas namun tetap mudah digayakan, sesuai untuk pelbagai momen sepanjang musim perayaan nanti.
Halo Hadir Dalam Saiz Berbeza Mengikut Keperluan Si Pemakai
Menariknya, beg Halo hadir dalam tiga saiz berbeza dan boleh digayakan dalam empat cara — sama ada sebagai bucket bag, wristlet, disandang di bahu atau dipakai secara silang badan (crossbody).

Fleksibiliti ini menjadikannya mudah dipadankan dengan pelbagai gaya, sama ada baju kurung tradisional, potongan moden mahupun busana perayaan kontemporari.
Untuk musim Spring 2026, koleksi ini turut hadir dengan pelbagai kemasan dan tekstur mewah seperti perincian pleated wave, anyaman serta kulit fine-grain yang lembut.

Palet warnanya pula tampil segar namun versatil, termasuk Light Cantaloupe, Cream, Pale Citron dan Southwest Desert, selain warna klasik Black.
Gabungan warna lembut dan rekaan moden ini memberi sentuhan baharu kepada gaya Aidilfitri, sambil memastikan beg ini kekal relevan untuk digayakan sepanjang tahun.

Dengan keseimbangan antara kelembutan dan struktur, serta gaya yang elegan namun santai, Halo Collection mencerminkan semangat Aidilfitri, masa untuk meraikan hubungan bermakna, mengekspresikan diri dengan yakin dan menikmati momen penuh gaya bersama insan tersayang.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.