[Foto] Batik Boutique Lancar Koleksi Nuansa Raya 2026, Angkat Warisan Batik & Perkasakan Komuniti Artisan
Dihasilkan menggunakan fabrik yang selesa, setiap rekaan menggabungkan elemen warisan dengan gaya moden yang sesuai untuk gaya hidup masa kini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama fesyen tempatan Batik Boutique melancarkan Koleksi Nuansa Raya 2026 menerusi satu acara khas yang berlangsung di butik mereka di IOI Mall Putrajaya semalam (13 Mac).
Majlis tersebut turut menghimpunkan wakil media, tetamu jemputan serta penyokong komuniti bagi meraikan keindahan kraftangan tempatan sambil mengetengahkan misi jenama ini dalam memperkasakan artisan di seluruh Malaysia.
Lebih daripada sekadar pelancaran koleksi fesyen sempena Hari Raya, acara ini turut mencerminkan identiti Batik Boutique sebagai sebuah perusahaan sosial Malaysia yang memberi fokus kepada penciptaan peluang ekonomi mampan melalui seni batik tradisional.

Dengan bekerjasama secara langsung bersama komuniti artisan, terutamanya wanita daripada latar belakang kurang bernasib baik, jenama ini menyediakan latihan kemahiran, peluang pekerjaan serta sumber pendapatan yang stabil sambil mengekalkan warisan batik lukis tangan.
Dua Rekaan Batik Baharu Berinspirasikan Budaya Tempatan
Para tetamu turut diberi peluang melihat lebih awal koleksi Nuansa Raya 2026, yang menampilkan dua rekaan batik baharu yang diinspirasikan daripada elemen budaya Malaysia.

Salah satu daripadanya ialah motif Kuih Cara, yang mengambil inspirasi daripada kuih tradisional kegemaran ramai.
Motif bulat yang lebih besar melambangkan kuih cara berlauk, manakala corak floral kecil pula menggambarkan kuih cara manis, menghasilkan rekaan batik yang nostalgik namun elegan.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan rekaan Songket Batik, yang memberi penghormatan kepada tekstil warisan Melayu iaitu Songket.
Dikenali sebagai kain tenunan mewah yang dahulunya dipakai golongan diraja dalam acara istiadat, elemen songket diterjemahkan semula oleh Batik Boutique dalam bentuk corak batik kontemporari yang moden dan versatil.
Koleksi Raya Buat Seisi Keluarga
Koleksi ini menawarkan pilihan pakaian Raya untuk seluruh keluarga, termasuk kemeja batik untuk lelaki, potongan elegan untuk wanita serta rekaan ceria untuk kanak-kanak.


Dihasilkan menggunakan fabrik yang selesa, setiap rekaan menggabungkan elemen warisan dengan gaya moden yang sesuai untuk gaya hidup masa kini.
Setiap helaian pakaian dihasilkan menggunakan teknik canting lukis tangan, satu proses teliti yang meraikan konsep slow fashion serta memastikan artisan menerima bayaran yang adil atas kemahiran mereka.

Kini, lebih daripada 400 artisan bekerjasama dengan Batik Boutique, sekaligus memperoleh kemahiran bernilai dan sumber pendapatan yang mampan.
Menurut pengasas Batik Boutique, Amy Blair, pelancaran koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu.
“Koleksi Raya ini juga adalah tentang meraikan artisan yang menghasilkan setiap helaian batik ini, serta menunjukkan bagaimana fesyen boleh memberi impak sosial yang bermakna sambil memelihara warisan batik Malaysia,” katanya.

Acara pelancaran turut menampilkan sesi gaya khas dengan kasut daripada Clarks, stesen sulaman secara langsung menggunakan lebihan fabrik silk cotton, serta hidangan ringan dengan kerjasama ZUS Coffee, mewujudkan suasana mesra untuk para tetamu menghargai proses pembuatan di sebalik koleksi ini.
Koleksi Nuansa Raya 2026 kini boleh didapati melalui laman rasmi Batik Boutique serta di butik fizikal terpilih mereka di seluruh Malaysia iaitu:
- The Row, KL
- 1 Mont Kiara, KL
- IOI City Mall, Putrajaya
- The Westin Desaru, Johor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.