Now Reading
[Foto] Suria KLCC Selami Keindahan Warisan & Seni Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

[Foto] Suria KLCC Selami Keindahan Warisan & Seni Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Sambutan budaya Malaysia yang menampilkan filem jenama “Penjaga Warisan”, hasil kraf eksklusif oleh Sofia Iman, serta pengalaman taman bougainvillea yang memukau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Suria KLCC menjemput para pengunjung untuk menghargai kepelbagaian budaya negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Bermula dari 27 Februari hingga 5 April 2026, Suria KLCC menganjurkan sebuah kempen bermakna yang didedikasikan untuk mempromosikan tradisi, warisan serta semangat kebersamaan.

Sambutan ini melangkaui ruang dalaman pusat beli-belah ke seluruh Presint KLCC, di mana suasana perayaan dihidupkan melalui sebuah kembara penemuan yang holistik.

Ini sekaligus mewujudkan sebuah destinasi dinamik di mana gaya hidup, kulinari dan budaya bersatu di KLCC – The Place.

Selain pengalaman yang dikurasi di dalam bangunan, para pengunjung juga boleh menikmati gabungan harmoni antara warisan dan riadah moden, bermula daripada tawaran bermusim serta pengalaman runcit di dalam pusat beli-belah, sehinggalah ke detik-detik ketenangan di KLCC Park.

Pengalaman Warisan di Suria KLCC

Ruang Centre Court dan Esplanade KLCC telah ditransformasikan menjadi taman bougainvillea indah, berpusatkan struktur wakaf Melayu tradisional yang menjadi fokus utama visi perayaan Suria KLCC.

Melalui kolaborasi sinergi bersama Sofia Iman, Suria KLCC mengangkat kehalusan seni Malaysia sebagai tonggak utama pengalaman ini.

Menghiasi ruang perayaan ini adalah sebuah mahakarya seni: 1,710 meter kain batik cap tangan yang dihasilkan oleh Sofia Iman khas untuk Suria KLCC.

Karya fabrik yang memukau ini merangkumi wakaf tradisional serta struktur gantung di dalam pusat beli-belah sehingga ke edifices di Esplanade KLCC—menyuntik jiwa tradisi ke setiap sudut sambutan.

Salah satu pondok wakaf turut berfungsi sebagai ruang kraf khas yang menempatkan demonstrasi tenunan songket.

Pengunjung berpeluang menyaksikan secara dekat proses rumit ini yang dibawakan oleh penenun mahir dari Terengganu, seorang artisan warisan yang dibawakan khas ke ibu kota oleh Sofia Iman.

Ruang ini juga menampilkan pergerakan ritma alat tenun tradisional, atau “kek”, yang memberikan gambaran tentang ketekunan manusia dalam menghasilkan karya tenunan agung.

Kembara Warisan Kurasi Sofia Iman

Sambutan di Suria KLCC direka sebagai sebuah perjalanan bersama dalam menyelami budaya Malaysia.

Sebagai sumbangan bermakna dalam kempen tahun ini, Sofia Iman telah menyusun secara eksklusif rangkaian pengalaman berunsur warisan bagi menghubungkan pengunjung dengan jiwa budaya bangsa:

  • Permainan Nostalgia – Pengunjung boleh mengimbau kembali kegembiraan warisan melalui permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban yang dibawakan secara eksklusif oleh Sofia Iman.
  • Persembahan Ikonik – Suasana perayaan turut dimeriahkan dengan persembahan gamelan secara langsung, yang merupakan antara sorotan utama dalam sumbangan budaya Sofia Iman.

Pengalaman ini turut dilengkapi dengan latar foto khas untuk kenangan keluarga, persembahan tarian zapin, serta bengkel interaktif seperti mencanting batik, gubahan bunga raya dan sesi padanan wangian bersama The Body Shop.

Penghormatan Kepada Tradisi: “Penjaga Warisan”

Tumpuan utama sambutan tahun ini ialah filem jenama perayaan, “Penjaga Warisan” yang dihasilkan melalui kerjasama bersama Sofia Iman.

Tonton video penuh di bawah:

Dirakam melalui pendekatan dokumentari, filem ini menggambarkan ketegangan antara kepesatan kehidupan bandar dan ketenangan tradisi di Terengganu.

Setiap elemen filem ini dihasilkan sepenuhnya oleh sentuhan manusia daripada gubahan muzik hinggalah bait-bait puisi, sebagai simbol penghargaan terhadap keaslian dalam dunia digital yang serba pantas.

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Pada Hari Raya ini, melalui kolaborasi bermakna bersama Sofia Iman dan naratif ‘Penjaga Warisan’, kami bukan sekadar mempamerkan warisan, malah kami turut memeliharanya.

“Sempena sambutan Visit Malaysia 2026, kami berbangga memainkan peranan dalam memperkenalkan jiwa budaya Malaysia kepada dunia, sekaligus memposisikan Presint KLCC sebagai titik sentuh utama bagi pelancong antarabangsa untuk merasai keaslian warisan kami.”

Faralina Abdul Wahab, pengasas Sofia Iman pula berkongsi, “Apa yang kami persembahkan hari ini adalah hasil dedikasi bertahun-tahun dalam mengekalkan akar budaya.

“Kehadiran Sofia Iman di Suria KLCC membuktikan bahawa pelanggan semakin menghargai interpretasi moden songket dan batik yang boleh digayakan dalam kehidupan seharian. Ini juga merupakan peluang untuk kami berkongsi kisah kami serta menghargai artisan tempatan.”

Ganjaran Perayaan

Pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Raya eksklusif.

Pengunjung yang membeli E-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 pula akan menerima E-Voucher tambahan bernilai RM100.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd