Babyshop Malaysia Sambut Ramadan Dengan Koleksi ‘Timeless Elegance’ Untuk Si Kecil
Koleksi ‘Timeless Elegance’ Ramadan 2026 kini boleh didapati di cawangan Babyshop seluruh negara, termasuk Suria KLCC, IOI City Mall Putrajaya dan The Mall, Mid Valley Southkey.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Saat seisi keluarga keluar bersama untuk berbuka puasa, membuat persiapan untuk kunjung-mengunjung di Hari Raya Aidilfitri serta mempersiapkan pakaian si kecil, Babyshop Malaysia memperkenalkan koleksi Ramadan 2026 yang bertemakan ‘Timeless Elegance’.
Direka untuk bayi dan kanak-kanak berusia antara 0 hingga 8 tahun, koleksi ini menggabungkan gaya musim perayaan, tekstur elegan dan keselesaan harian agar si kecil tampil anggun dan bergaya, sambil kekal bebas bergerak, berpusing riang bersama sepupu dan menikmati keselesaan sepanjang hari perayaan.
Tekstur & Perincian Halus
Koleksi Ramadan 2026 menitikberatkan kualiti fabrik serta perincian yang teliti.
Bahan bertekstur seperti tweed, bouclé dan rajutan lembut menambahkan dimensi dan karakter pada rekaan, manakala potongan yang teliti memastikan pakaian ini kekal selesa dan sesuai dengan iklim di Malaysia.
Untuk anak perempuan berusia 0 hingga 8 tahun, warna menyerlah pada musim ini ialah Rose, adunan halus burgundy dan merah jambu, rona lebih mendalam namun tetap kelihatan meriah tanpa berlebihan.
Ia dilengkapi pula dengan krim dan putih klasik, beserta sentuhan rona emas dan perak.

Gaun ini direka bukan sekadar untuk sesi bergambar tetapi untuk keselesaan si gadis kecil berpusing riang sebelum keluar untuk berbuka puasa atau kunjung mengunjung di Hari Raya.
Untuk anak lelaki dalam kelompok usia yang sama, koleksi ini menyerlahkan penampilan kemas lagi santai.

Inspirasi rekaan pula terdiri daripada pengaruh nautika kepada tona tanah dan tekstur artisan, memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk tampil moden dan tetap meriah.
Koleksi Baju Tidur Aidilfitri
Selain daripada pakaian untuk majlis, Babyshop turut memperkenalkan Koleksi Baju Tidur Aidilfitri untuk kanak-kanak.
Direka dengan fabrik lembut dan bernafas berserta renda dan sulaman halus, pakaian tidur ini menambah sentuhan perayaan ketika bersahur dan persediaan yang menyeronokkan di pagi Raya.
Trak Bubur Lambuk: Kongsi Semangat Ramadan
Menyelami semangat perkongsian sepanjang bulan Ramadan, Babyshop melancarkan kempen Trak Bubur Lambuk di pusat beli-belah terpilih sekitar Lembah Klang.
Sebuah trak LED akan berhenti di lokasi yang dijadualkan untuk mengedarkan bubur lambuk kepada para pengunjung dan keluarga.
Trak berkenaan juga akan mengetengahkan ruang pengalaman mini bertemakan Ramadan yang membolehkan keluarga melihat pakaian terpilih daripada koleksi Ramadan 2026, mencuba rekaan pilihan serta mengambil gambar keluarga secara profesional dengan latar belakang rekaan khas Raya.
Inisiatif ini mengajak keluarga berhenti sejenak, menikmati semangkuk bubur lambuk, mempersiapkan si kecil dengan pakaian kegemaran mereka dan mengambil gambar yang mungkin menjadi kenangan indah Raya suatu hari nanti.
Eksklusif Di Musim Raya
Sepanjang Ramadan, pelanggan akan menerima sampul Raya eksklusif dan beg tote Babyshop dengan pembelian, sementara stok masih ada.
Dengan 25 cawangan di seluruh negara, Babyshop Malaysia terus melayani keperluan keluarga di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Malaysia Timur, serta pada masa yang sama melangkah lebih jauh daripada ruang peruncitannya dengan melaksanakan inisiatif masyarakat.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.