Tempahan Club Med Borneo Bakal Dibuka, Boleh Booking Bilik Mulai 24 Mac Ini
Tempahan bagi Club Med Borneo boleh dibuat menerusi laman web atau pusat panggilan di talian +60320531888 bermula 24 Mac ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Club Med Borneo di Kuala Penyu, Sabah bakal dibuka kepada orang ramai pada November 2026 ini.
Resort premium itu merupakan cawangan Club Med yang kedua di Malaysia selepas Cherating dan disasarkan untuk menjadi resort pantai lestari berskala besar dengan sijil BREEAM pertama jenama itu di Asia Pasifik.
Semalam (10 Mac), Club Med Borneo telah melancarkan pembukaan tempahannya yang akan bermula secara rasmi pada 24 Mac ini.
Club Med Borneo Sekitar 90 Minit Dari KKIA
Terletak kira-kira 90 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Club Med Borneo menawarkan ketenangan di celahan hutan hujan ditemani lautan biru Laut China Selatan.
Resort tersebut turut mengetengahkan budaya masyarakat Borneo, dengan langkah pertama membawa tetamu masuk ke bangunan yang diinspirasikan dari rumah panjang Rumah Rungus.

Club Med Borneo menawarkan pelbagai pengalaman dan fasiliti, antaranya:
- 400 bilik yang direka secara elegan, termasuk 39 Exclusive Collection Suites.
- Ruang Mutiara Exclusive Collection bagi penginapan yang lebih intim dan terpencil.
- Pengalaman kulinari di tiga restoran dan bar yang masing-masing menampilkan keistimewaan tersendiri.
- Kids’ Club untuk kanak-kanak empat bulan hingga 17 tahun.
- Pelbagai persembahan di ruang hiburan Main Theatre termasuk persembahan muzik dan aksi sarkas.
- The Spa di chalet tropikal peribadi di celahan hutan.

Sertai Pelbagai Aktiviti Kebudayaan & Adventure Di Club Med Borneo
Club Med Borneo sememangnya menjadi pilihan retreat yang menarik buat mereka yang gemarkan adventure dan warisan tradisi.
Pelbagai aktiviti ditawarkan di resort ini yang direka bagi melindungi dan meraikan keindahan semula jadi sementara mencipta hubungan dengan alam.
Club Med Borneo turut menawarkan pengalaman kebudayaan yang ‘hands-on’ dan autentik bagi tetamu seperti bengkel tembikar, kelas kulinari interaktif dan persembahan tarian tradisional.

Dalam masa sama, tetamu juga dijemput untuk menyertai lawatan khas bagi menikmati pelbagai ‘hidden gem’ di sekitar resort tersebut, iaitu:
- Lawatan kebudayaan yang merangkumi lawatan ke Mari-Mari Cultural Village bagi mengenali tradisi lima kumpulan etnik pribumi dan persinggahan di Kota Kinabalu Central Market.
- Adventure pulau yang sesuai bagi mereka yang mahukan pengalaman snorkeling di Pulau Tiga, diikuti aktiviti trekking menerusi hutan ke sebuah gunung berapi lumpur.
- Safari sungai membawa tetamu belayar menyelusuri sungai sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk melihat haiwan ikonik Borneo dalam habitatnya termasuk monyet Proboscis dan burung enggang.

Club Med Borneo Utamakan Kelestarian, Sasar BREEAM & Green Globe
Sejajar dengan program global Happy to Care Club Med, kelestarian menjadi visi resort berprestij itu yang direka agar memenuhi standard BREEAM (Building Research Establishment Environmental Assessment Method) di samping mengejar sijil Green Globe bagi operasi hariannya.
Komitmen Club Med Borneo terhadap kelestarian dapat dilihat menerusi empat tiang terasnya:
- Infrastruktur resort direka dengan mementingkan alam sekitar dan menampilkan reka bentuk yang menghormati serta mengekalkan hutan pantai dan hutan bakau di sekelilingnya.
- Resort itu turut menerapkan falsafah sifar sisa dengan usaha bagi mengelakkan penggunaan plastik sekali guna menerusi inisiatif ‘Bye-Bye Plastics’ dan disokong loji pembotolan air di lokasi tersebut.
- Pengurusan sumber secara pintar mengutamakan protokol cekap tenaga, sistem penjimatan air dan memanfaatkan pengudaraan semula jadi.
- Club Med Borneo turut bertindak sebagai pelindung bagi fauna dan flora Sabah yang pelbagai menerusi kerjasama dengan organisasi pemuliharaan tempatan.
Baca Artikel Berkaitan: Raih Sijil ‘Green Globe’, Club Med Cherating Jadi Lokasi Holiday Mesra Alam Sekitar
“Malaysia telah menjadi sebahagian daripada kisah Club Med selama beberapa dekad, bermula dengan pembukaan Club Med Cherating pada 1979. Dengan Club Med Borneo, kami meneruskan perjalanan ini dengan memperkenalkan destinasi baharu yang mencerminkan apa yang paling dihargai tetamu kami hari ini: alam sekitar yang imersif, penerokaan budaya dan percutian keluarga yang sempurna.
“Sabah menawarkan persekitaran menakjubkan untuk menghidupkan visi ini dan kami bangga dapat meningkatkan komitmen terhadap Malaysia dengan resort yang meraikan kekayaan rantau ini,” kata Pengurus Besar Singapura dan Malaysia Club Med, Olivier Monceau.

Nikmati Room Upgrade Percuma Antara 16 Nov 2026 – 3 Jan 2027
Dengan tempahan rasmi Club Med Borneo dibuka pada 24 Mac 2026, orang ramai boleh membuat tempahan menerusi laman web [DI SINI] atau pusat panggilan di talian +60320531888.
Tetamu juga dapat menikmati upgrade percuma kepada bilik Deluxe bagi tempoh penginapan antara 16 November 2026 hingga 3 Januari 2027, bergantung kepada ketersediaan bilik.
Baca Artikel Berkaitan: 7 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Jika Berkunjung Ke Club Med Cherating!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Aktiviti Untuk 48 Jam Di Club Med Cherating. Produktif & FUN!
Baca Artikel Berkaitan: Club Med Cherating Tawar Aktiviti Di Resort, Sesuai Untuk Percutian Yang Tenang!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



