Now Reading
[Video] Doktor Kongsi Kaedah Bancuh Kopi Terbaik Untuk Elak Kadar Kolesterol Naik

[Video] Doktor Kongsi Kaedah Bancuh Kopi Terbaik Untuk Elak Kadar Kolesterol Naik

Satu kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati pengambilan enam cawan kopi yang tidak ditapis boleh meningkatkan LDL sebanyak 0.46 mmol/L.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kopi seolah-olah sudah menjadi ‘ruji’ dalam kalangan orang dewasa yang sering kali mengambilnya setiap pagi bagi mendapatkan tenaga.

Terdapat pelbagai cara untuk membancuh kopi, seperti menggunakan French Press, mesin espresso atau paling senang bancuh guna serbuk segera sahaja.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya kaedah penyediaan kopi yang berbeza ini boleh memberi kesan berbeza terhadap tahap kolesterol dalam tubuh badan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Minuman Untuk Ganti Kopi Anda Boleh Ambil Setiap Pagi. Terus Terbeliak Mata!

Baca Artikel Berkaitan: Suka Minum Kopi? Doktor Dedah Boleh Tingkatkan Risiko Osteoporosis Pada Wanita

Cara Bancuh Kopi Boleh Beri Kesan Pada Kadar Kolesterol

Perkara itu telah diterangkan oleh doktor kesihatan dari Singapura, Dr Samuel, menerusi hantaran di TikTok (@drsamuelgp).

Katanya, kaedah penyediaan kopi yang dipilih akan memberi impak berbeza terhadap kadar kolesterol seseorang.

Oleh itu, mereka dengan masalah kolesterol tinggi perlu mengamalkan cara membancuh kopi yang bersesuaian.

Terdapat pelbagai kaedah membancuh kopi yang dinikmati orang ramai

Diterpena Dalam Kopi Tingkatkan Kadar Kolesterol LDL

Menurut Dr Samuel, kopi yang disediakan secara ditapis seperti menggunakan kertas penapis (filter paper) akan menyingkirkan kompaun diterpena (diterpene) yang terdapat di dalam minyaknya.

Tapi apa kena mengena diterpena ini dengan tahap kesihatan seseorang?

Mengulas lanjut, dia berkata kajian mendapati diterpena meningkatkan kadar kolesterol LDL (low-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol jahat, terutamanya apabila seseorang mengambil kopi dalam jumlah yang banyak.

Memetik kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, pengambilan enam cawan kopi yang tidak ditapis boleh meningkatkan LDL sebanyak 0.46 mmol/L.

Satu kajian lain pula mendapati apabila seseorang berhenti meminum kopi yang tidak ditapis selama lima minggu, kadar kolesterol menunjukkan penurunan. Kadar kolesterol kemudiannya meningkat apabila mereka mula minum kopi tidak ditapis semula.

Namun, kajian sama menunjukkan jika mereka minum kopi yang ditapis, kadar kolesterol mereka tidak berubah dan kekal rendah sama seperti tidak mengambil kopi.

@drsamuelgp Better latte then never. Coffee preparation methods that can affect your cholesterol (LDL) levels #medicine #coffee #cholesterol #learnontiktok #espresso ♬ Coffee Break, On the Terrace – Cozy-Cozy-Moodscape

Kaedah Sediakan Kopi Berlainan Hasilkan Kadar Diterpena Berbeza

Dalam masa sama, Dr Samuel turut menyenaraikan mengikut turutan cara-cara membancuh kopi yang akan menghasilkan kadar diterpena paling tinggi, iaitu:

  • Turkish Coffee
  • French Press
  • Espresso
  • Moka Pot
  • Pod Coffee

Sebaliknya, kopi yang disediakan seperti berikut akan menghasilkan kadar diterpene terendah:

  • Kopi segera (instant coffee)
  • Kopi bancuhan sejuk (Cold Brew) yang ditapis
  • Drip Coffee
  • Coffee Pads

Dalam masa sama, orang ramai juga diingatkan bahawa kopi yang dibancuh dengan penapis kain seperti di kopitiam, tidak dapat menyingkirkan diterpena memandangkan kain kapas itu boleh ditembusi oleh minyak kopi.

Bagaimanapun Dr Samuel berkata rata-rata individu hanya minum satu atau dua cawan kopi sehari, yang tidak akan meningkatkan kadar kolesterol LDL dengan banyak.

Dia memberi saranan agar peminat kopi mematuhi garis panduan yang menghadkan pengambilan kopi antara dua ke tiga cawan sehari.

Kopi Ditapis Dapat Kurangkan Risiko Penyakit Arteri

Dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam European Journal of Preventive Cardiology, kopi yang dibancuh dan ditapis didapati lebih bagus untuk kesihatan, khususnya dalam kalangan individu yang lebih berumur.

Malah kajian juga mendapati bahawa kopi yang tidak ditapis mempunyai kandungan diterpena 30 kali ganda lebih tinggi berbanding kopi telah ditapis.

Menerusi kajian yang dijalankan, mereka yang kurang dari 60 tahun dan mengambil 1 ke 4 cawan kopi yang ditapis setiap hari, mempunyai risiko penyakit arteri dan kematian lebih rendah.

Kadar kematian yang rendah kekal dalam kalangan individu berusia lebih 60 tahun, namun kebaikan itu tidak dapat dinikmati oleh mereka yang minum lebih lima cawan kopi sehari.

Baca Artikel Berkaitan: Dinobatkan Sebagai Kopi Ke-10 Terbaik Di Dunia, Ini 6 Tempat Untuk Cuba ‘Ipoh White Coffee’

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kopi Lokal Yang Anda Patut Cuba. Mesti Sedap Punya!

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Minum Kopi Dapat Panjangkan Umur?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd