Skechers x Kuromi: Koleksi Eksklusif Gabungan Gaya Comel & Rebellious!
SO. CUTE!
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Skechers, The Comfort Technology Company™ dan jenama global yang terkenal dengan kasut lifestyle dan performance, bekerjasama dengan ikon Sanrio, Kuromi, untuk kolaborasi pertama mereka: Skechers × Kuromi Collection.
Melalui koleksi ini, kedua-dua jenama membawa personaliti Kuromi yang ceria dan sedikit nakal ke hadapan, disatukan dengan keselesaan menjadi identiti Skechers.
Hasilnya ialah satu himpunan yang menonjolkan karakter Kuromi dengan lebih matang: playful namun tetap bergaya, santai tetapi mempunyai keunikan tersendiri.
Koleksi ini membantu peminatnya membawa elemen personaliti lebih bebas dan ringan dalam penampilan harian, tanpa perlu berlebihan.
Koleksi Skechers x Kuromi
Koleksi Skechers × Kuromi ditawarkan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, membolehkan peminat pelbagai usia mengekspresikan gaya masing-masing melalui potongan pakaian mudah dipakai dan aksesori direka dengan terperinci.
Untuk wanita, rangkaian ini merangkumi Knit Short Sleeve Tees dan Knit Shorts yang dihias dengan grafik Kuromi, serta Sling Bag dan stokin untuk melengkapkan keseluruhan gaya.

Manakala untuk kanak-kanak perempuan pula, koleksi ini disempurnakan dengan Short Knit Tee, Knit Shorts, Knit Dress, dan beg galas (Backpack) disesuaikan dengan gaya mereka yang aktif tetapi tetap ingin tampil comel.
Gaya Kuromi Dalam Rutin Harian Menerusi Apparel Skechers x Kuromi
Bagi koleksi wanita, reka bentuknya memfokuskan pada potongan selesa dan longgar, digabungkan dengan grafik Kuromi yang jelas tetapi tidak terlalu menonjol.

Bahannya menggunakan cotton-poly blend lembut, sesuai dipakai untuk rutin harian. Snow White Edition menampilkan sisi Kuromi lebih lembut dengan elemen sweet-meets-spooky.
Ilustrasinya memperlihatkan Kuromi memegang gula-gula berbentuk hati dengan motif seperti cherry skulls, pelangi dan kilat, disertakan logo kecil “Skechers × Kuromi” di bahagian depan dan label mini kolaborasi di belakang yang bertindak sebagai sentuhan kemasan halus.

Black Beauty Edition pula membawa sisi Kuromi yang lebih edgy dengan grafik lebih tegas. Bahagian depan memaparkan logo “KUROMIfy the World Project”, manakala bahagian belakang menampilkan Kuromi bersama Baku dan ahli kumpulan Kuromi’s 5: Chumy, Nyanmi, Wanmi dan Konmi.
Koleksi ini turut memperkenalkan Knit Shorts, potongan regular-fit direka untuk dipadankan dengan t-shirt.

Pada bahagian sisi terdapat butiran ringkas seperti logo kolaborasi, motif thunderbolt dan rainbow, serta ribbon-tie halus pada kedua-dua belah yang menambah perincian feminin yang sederhana.
Koleksi Kanak-kanak Perempuan: Santai, Comel & Selesa Dipakai Sepanjang Hari

T-shirt ini digayakan bersama Knit Shorts yang mempunyai ribbon-tie di sisi serta motif cherry skull kecil yang melengkapkan tema Kuromi.

Bagi mereka yang gemar pakaian satu helaian, Knit Dress menawarkan pilihan lebih mudah dipakai.

Aksesori Skechers x Kuromi
Bagi melengkapkan koleksi pakaian, rangkaian ini turut menyediakan aksesori seperti Sling Bag untuk wanita, Backpack untuk kanak-kanak perempuan, dan Socks untuk kedua-dua kategori.

Aksesori-aksesori ini direka agar mudah dipadankan dengan keseluruhan koleksi.
Sling Bag wanita dan Backpack untuk kanak-kanak memaparkan logo “Skechers × Kuromi” serta cetakan skull pada poket, memberi sedikit elemen playful tanpa terlalu mencuri perhatian.
Sling Bag direka kompak dan praktikal, sesuai untuk kegunaan harian, manakala Backpack untuk kanak-kanak pula direka tahan lasak dan ringan.

Bermula dari RM59, lengkap dengan pelbagai kategori, Skechers × Kuromi Collection kini boleh didapati di rangkaian kedai Skechers terpilih, termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, 1 Utama Shopping Centre dan beberapa lokasi lain di seluruh negara.
[Skechers x Kuromi]Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.