Now Reading
Johnson’s Tampil Dengan Kempen PlayDays, Cipta Masa Dengan Si Kecil & Kurangkan ‘Screen Time’

Johnson’s Tampil Dengan Kempen PlayDays, Cipta Masa Dengan Si Kecil & Kurangkan ‘Screen Time’

Johnson’s® mempercayai kanak-kanak berkembang maju apabila mereka terlibat dalam permainan aktif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Johnson’s®, jenama yang dipercayai dengan lebih daripada 125 tahun dan jenama No. 1* Dunia dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak, kini kembali dengan kempen Johnson’s® PlayDays untuk memberi inspirasi kepada ibu bapa di Malaysia untuk meluangkan lebih banyak waktu bermain bersama dan kurangkan waktu tonton skrin.

Dengan aktiviti-aktiviti fizikal bersesuaian untuk ibu bapa dan kanak-kanak, kempen ini menggalakkan keluarga meneroka, belajar dan meluangkan masa bersama melalui permainan aktif sambil kekal bersih dan berasa segar sepanjang hari.

Kempen ini menekankan peranan penting bermain and meneroka bersama dalam perkembangan kanak-kanak, bukan sahaja sebagai sumber keceriaan tetapi juga cara untuk memupuk kreativiti, kemahiran sosial, kebolehan menyelesaikan masalah dan hubungan keluarga.

Menjelang cuti akhir tahun yang membawa lebih banyak aktiviti fizikal, jamuan makan dan lawatan bersama keluarga, Johnson’s® membantu ibu bapa mengubah rutin harian menjadi detik bermain yang menceriakan, memberikan anak-anak kebebasan untuk meneroka sambil berasa segar dan bersih kerana kulit lembut dilindungi sepanjang hari.

Dengan produk Johnson’s® yang lembut pada kulit, bebas daripada bahan kimia yang berbahaya, dan diuji oleh para pakar pediatrik dan dermatologi, ibu bapa boleh berasa yakin bahawa anak-anak mereka kekal bersih, segar dan gembira.

Untuk memenuhi harapan ibu bapa terhadap produk yang memastikan kanak-kanak sentiasa berasa segar, kulit dilindungi dan selesa semasa bermain, Johnson’s® menawarkan rangkaian yang dipercayai oleh keluarga Malaysia, seperti mandian Johnson’s® Active Kids Clean & Fresh, serta Johnson’s® Shiny Drops Shampoo dan Conditioner.

Keperluan harian ini membantu melindungi kanak-kanak daripada kuman dan membantu mereka berasa segar sepanjang hari sambil memastikan masa bermain tanpa kerisauan ibu bapa.

Melalui pendekatan yang menggabungkan rutin kebersihan dalam bermain, Johnson’s® memperkasakan keluarga untuk menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama.

Detik Bermain Yang Bermakna & Ceria

Johnson’s® mempercayai kanak-kanak berkembang maju apabila mereka terlibat dalam permainan aktif. Melalui roadshow PlayDays, keluarga boleh menyertai dalam zon permainan interaktif yang direka untuk merangsang daya imaginasi serta menggalakkan aktiviti fizikal.

Kemeriahan Roadshow Di Seluruh Malaysia

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Roadshow Johnson’s® PlayDays yang akan diadakan dari 14 November sehingga 7 Disember 2025 di lokasi-lokasi terpilih berhampiran anda!

Setiap keluarga berpeluang untuk:

  • Melangkah ke zon permainan kreatif dengan menyertai aktiviti yang menyeronokkan dan menawarkan manfaat pembelajaran, seperti:
    • “Tossing Game” untuk membantu meningkatkan koordinasi mata serta tangan dan kawalan fizikal. 
    • “Giant Bricks Castle” bagi meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah.
    • “Secret Hero Finder” aktiviti yang mencabarkan untuk mengasah kepekaan visual dan imaginasi anak-anak.
[Johnson’s]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 


Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd