[Foto] CASETiFY Hadir Dengan Koleksi Nostalgia Care Bears & Seni Murakami. Cute OK!
Uh-do-rable! <3
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
CASETiFY bakal menutup tirai tahun ini dengan dua pengumuman menarik yang pasti menceriakan gaya hidup dan aksesori teknologi.
Dari kolaborasi penuh nostalgia hingga koleksi seni eksklusif, ini antara tawaran hebat menanti pengguna tegar CASETiFY.
Serius comel sangat! 😍
BACA JUGA: Pestle Mortar & Clothing Jenama Fesyen Pertama Dari Malaysia Berkolaborasi Dengan CASETiFY!
#1. Kembali Ke Care-A-Lot dengan Care Bears X CASETiFY
Kolaborasi terbaru CASETiFY bersama Care Bears hadir dengan rangkaian aksesori teknologi, termasuk sarung telefon dan bekas AirPods dipenuhi warna pastel, rekaan manis, dan elemen nostalgia.

Pendek kata: Mood positif dalam bentuk aksesori. 🥳
Koleksi terbaru ini membolehkan anda custom sarung telefon, tambah gambar kenangan, letak teks bermakna, atau cipta reka bentuk tersendiri.
Care Bear dangler blind box pun ada. Anda boleh cuba nasib untuk dapatkan Good Luck Bear, Grumpy Bear, Share Bear, dan yang extra rare adalah Cheer Bear!

Produk istimewa lain termasuk:
- Care Bears Shake Shake Phone Case
- Care Bears Plush AirPods Case (menampilkan Cheer Bear, Grumpy Bear & Share Bear)
- Care Bears Phone Charm

#2. Takashi Murakami X CASETiFY
Berita baik untuk penggemar seni! CASETiFY memperluaskan lagi kerjasama dengan Takashi Murakami melalui koleksi Flowers Bloom menampilkan produk istimewa dan edisi terhad.

Untuk info, motif FLOWERS karya Murakami sebenarnya diinspirasikan daripada kajian beliau terhadap Nihonga (lukisan tradisional Jepun) dan konsep ‘setsugetsuka’ iaitu salji, bulan dan bunga.

Dengan mentafsir semula elemen tradisional ini dalam konteks seni moden, Murakami menghasilkan versi FLOWERS tersendiri, membawa bersama konsep ‘Superflat’ yang menjadi identiti kuat karya beliau.
Dengan motif bunga ikonik Murakami yang ceria dan penuh warna, aksesori dalam koleksi ini bukan sahaja cantik dipandang, malah layak digelar item koleksi mini untuk peminat seni.

Koleksi Murakami x CASETiFY: Fun, Seni & Elemen Surprise!
FLOWERS RIPPLE PHONE CASE hadir dalam konsep blind box cara playful untuk gabungkan perlindungan telefon, seni halus, dan elemen kejutan.
Ripple Case tersedia dalam warna Biru, Hitam, Merah, dan Pink, dengan dua varian istimewa untuk kolektor bertuah: RAINBOW (rare) dan FLOWERS 18K GOLD PLATE (ultra-rare!).

Anda boleh beli blind box secara berasingan atau set empat.
- FLOWERIAN EARBUDS CASE — praktikal, comel, dan penuh karakter Murakami.
- FLOWERS PHONE CHARM edisi terhad — charm yang menceriakan hari dengan bunga berwarna-warni dan bead silikon lembut.
Oh! Anda juga boleh mencuba nasib dengan FLOWERIAN DANGLER BLIND BOX, menampilkan figura mini FLOWERIAN yang boleh dipasang pada pelbagai casing atau peranti.
Terdapat lima warna: pink, biru, merah, hitam dan varian rainbow (rare).

Produk ini juga boleh dibeli sebagai set empat blind box!
Paling best, setiap pembelian item edisi khas ini akan menerima TAKASHI MURAKAMI x CASETiFY: FLOWERS BLOOM promo card. Manakala pembelian blind box set pula akan menerima empat promo card.
Kad tersedia dalam warna hitam, merah, biru, dan pink, dengan kad rainbow (rare) dan gold (ultra-rare) yang memang menjadi kegilaan ramai.
[CASETiFY Malaysia]BACA JUGA: CASETiFY Malaysia Tampil Dengan 3 Koleksi Baharu Ogos Ini, Lebih Menarik & Versatil!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.