Now Reading
‘A Majestic Christmas’: Pokok Krismas Bertingkat & Skating Rink Outdoor Pertama Di Malaysia Oleh Suria KLCC

‘A Majestic Christmas’: Pokok Krismas Bertingkat & Skating Rink Outdoor Pertama Di Malaysia Oleh Suria KLCC

Oh, so magical!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Musim perayaan kembali meriah di Suria KLCC!

Tahun ini, pusat beli-belah ikonik ini menjemput semua rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman Krismas yang penuh magical dengan tema ‘A Majestic Christmas’, berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026.

Seluruh ruang Suria KLCC ditransformasikan menjadi alam fantasi perayaan, lengkap dengan dekorasi memukau dan aktiviti interaktif yang memang sesuai untuk seisi keluarga.

Foto: Suria KLCC

Keindahan Centre Court Suria KLCC

Masuk saja ke Centre Court, terus terasa vibe Krismas!

Tarikannya? Pokok Krismas bertingkat yang megah, dihias cantik dengan lampu berkelip dan dekorasi penuh perayaan. Pengunjung boleh berjalan masuk ke dalam instalasi ini sambil ditemani pencahayaan interaktif dan melodi Krismas yang menceriakan suasana.

Foto: Suria KLCC
Foto: Suria KLCC

Di tengah-tengah struktur ini terletaknya Mirror Room iaitu bilik imersif penuh panel cermin yang mencipta ilusi cahaya yang sangat Instagrammable. Lagi menarik, ruangan ini turut diserikan dengan haruman elegan daripada Lancôme, menjadikan pengalaman bergambar lebih eksklusif.

Foto: Suria KLCC
Foto: Suria KLCC

Tak cukup dengan itu, ada juga Interactive Music Box, di mana pengunjung boleh memilih antara enam lagu Krismas klasik. Setiap lagu akan diiringi permainan lampu yang bergerak ikut rentak. Memang cantik!

Untuk kenangan, jangan lupa singgah di Festive Photobooth yang menawarkan foto percuma dalam bentuk cetakan dan digital.

Terima Pengiktirafan Oleh Malaysia Book of Records!

Foto: Suria KLCC

Tahun ini Suria KLCC mencipta sejarah apabila Festive Skating Rink diiktiraf sebagai “The First Outdoor Skating Rink in Malaysia” oleh Malaysia Book of Records!

Gelanggang ais ini mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki, menjadikan ia lokasi skating paling menarik dengan pemandangan Menara Berkembar PETRONAS di belakang.

Ia dibuka setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025.

Foto: Suria KLCC
Foto: Suria KLCC

Ganjaran & Aktiviti Menarik Sepanjang Musim Perayaan

Dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, Suria KLCC menawarkan pelbagai ganjaran dan aktiviti istimewa seperti:

#1. Ganjaran Membeli-Belah
  • Tier 1 – Festive Skating Experience
    Belanja RM500 ke atas dalam 1 resit, dapat pengalaman skating untuk 2 orang.
  • Tier 2 – Christmas Rewards
    Belanja RM2,500 ke atas dalam 2 resit, dapat e-Voucher Suria KLCC bernilai RM100 + pengalaman skating untuk 2 orang.
#2. Aktiviti Perayaan
  • Santa Claus Meet & Greet
    25 November, Sabtu terpilih (29 Nov, 6, 13, 20 Dis), dan 25 Disember.
  • Christmas Carolling
    25 November, Ahad terpilih (30 Nov, 7, 14, 21 Dis), dan 25 Disember.
  • Christmas Wreath Workshops
    29 Nov, 6, 13, 20 & 25 Disember.
  • Festive Photobooth
    Ambil gambar cantik, percuma saja!

Menurut Francis Tan, Pengarah Eksekutif & CEO Suria KLCC Sdn Bhd, “Sebagai destinasi ikonik di tengah Kuala Lumpur, Suria KLCC adalah tempat di mana kenangan dibina dan pengalaman dikongsi.

“Tahun ini, tema ‘Majestic Christmas’ kami dengan pokok Krismas bertingkat dan First Outdoor Skating Rink in Malaysia direka untuk memberi pengalaman percutian bertaraf dunia.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd