[Video] Betul Ke Ibu Berpantang Tak Boleh Minum Air Berais? Ini Penjelasan Doktor
Seperti yang kita tahu, para ibu mempunyai pantang larang makanan tertentu bagi memastikan tubuh kembali pulih dengan baik selepas bersalin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selepas melahirkan cahaya mata, para ibu akan melalui proses berpantang lebih kurang dalam tempoh 40 ke 100 hari atau sehingga keadaan badan mereka seakan sama seperti sebelum tempoh hamil. Ini termasuklah perubahan emosi dan juga fizikal badan.
Proses berpantang adalah penting bagi mengumpul semula kekuatan tubuh. Untuk memastikan badan dalam keadaan yang sihat, si ibu perlulah mendapatkan rehat secukupnya sambil mengambil makanan tinggi nutrisi.
Selain itu, ada juga pantang larang makanan yang disarankan pakar dan dari sudut tradisional bagi mempercepatkan proses pemulihan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Makan Sushi Lepas Bersalin, Tindakan Wanita Ini Bikin Ramai Angkat Kening
Baca Artikel Berkaitan: Tips Berpantang Selepas Bersalin, Ini Barang-Barang Yang Ibu Perlu Ada
Baca Artikel Berkaitan: Relevan Lagi Ke Pantang 44 Hari Lepas Bersalin? Ini Penjelasan Doktor
Betul Ke Minum Minuman Berais Punca Rahim Kembang?
Ada segelintir individu mendakwa bahawa ibu berpantang tidak disarankan mengambil minuman berais kerana bimbang merisikokan kesihatan. Tetapi betul ke fakta tersebut?
Sebelum ini, doktor perubatan, Dr Aen Ramli atau lebih dikenali sebagai Dr Aen Bebel ada mengulas tentang dakwaan itu. Jelasnya, air berais tidak akan sesekali menyebabkan rahim anda mengembang. Ia hanyalah satu mitos yang diuar-uarkan kepada orang ramai.

Menurut Dr Aen, rahim boleh mengembang atas beberapa faktor seperti:
- Anda mempunyai fibroid
- Sekiranya anda masih di fasa hamil
- Sisa-sisa uri masih berada dalam rahim
Ia bukan sahaja membuatkan rahim anda mengembang, malah menyebabkan pendarahan masih berterusan.
“Fibroid pulak, selepas anda pantang mungkin rahim akan lagi kembang,” katanya.

Dr Aen Minum Smoothie Selepas Bersalin Untuk Turunkan Berat
Bercerita tentang pengalamannya sendiri, Dr Aen berkata dia telah kembali kepada berat asalnya selepas bersalin meskipun berat badan naik lebih kurang 20KG semasa hamil.
Antara rutin yang diamalkan sewaktu berpantang adalah minum smoothie iaitu campuran ais kisar, beri, kurma, pisang dan juga epal.
“Sepanjang bersalin, saya adalah seseorang yang tak boleh langsung minum air panas, tekak saya akan rasa sakit. Jadi saya akan cari air sejuk atau ais. Semua bengkak-bengkak di kaki semua hilang walaupun minum air sejuk dan ais,” kongsinya.

Susu Badan Bertambah Selepas Amalkan Smoothie
Selain bengkak badan yang hilang, Dr Aen juga menyedari bahawa susu badan semakin bertambah dan mampu menyimpan serta buat stok untuk tiga bulan.
Tambah Dr Aen, ia berkemungkinan berlaku disebabkan pengambilan buah-buahan sihat sepanjang tempoh berpantang.

Baca Artikel Berkaitan: “Frozen EBM Naik Kulat?!” – Kaunselor Penyusuan Perjelas Tompok Putih Yang Ada Pada Susu Beku
@draenbebel Mitos 21: Tak boleh minum ais masa pantang, nanti rahim kembang? #draenbebel #letsbebel #mitosmengandung #pregnancy #mengandung
♬ original sound – Dr Aen | Let’s Bebel – Dr Aen | Let’s Bebel
Tonton video penuh [DI SINI].
3 Mitos Lain Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh
Sebelum ini, doktor perubatan terkenal Dr Malar Santhi turut berkongsi beberapa nasihat yang kurang tepat diberikan kepada ibu muda di luar sana sehingga ramai yang terpengaruh mendengarnya.
Antara mitos tersebut adalah seperti berikut:
- Si manja tidak berhenti menangis kerana susu ibu tidak mencukupi
- Tidak boleh minum banyak air, makan sayur dan bersenam untuk jaga badan selepas bersalin
- Anak kecil tidak memerlukan car seat (kerusi keselamatan dalam kereta)

Baca Artikel Berkaitan: 3 Nasihat ‘Mitos’ Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh. #3 Paling Bahaya!
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Momen Berpantang,Suami Uruskan Perihal Rumah A-Z Buat Netizen Kagum
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Ibu Berpantang Tak Boleh Makan Sushi? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



