Bukan Sekadar Senaman Trendy, Ini Kebaikan Pilates Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Ramai golongan wanita kini mula jatuh hati dan aktif dalam Pilates sehinggakan setiap hujung minggu ke studio terdekat untuk melakukan senaman itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perasan atau tidak golongan anak muda kini semakin rajin menceburi aktiviti fizikal. Antara yang popular sekarang adalah pickle ball. Bagi golongan para gadis pula, Pilates semakin menjadi aktiviti pilihan.
Senaman yang kebiasaanya dilakukan secara indoor ini boleh disesuaikan mengikut tahap kecergasan individu dan kemampuan masing-masing.
Bagaimanapun, ada juga segelintir orang yang mendakwa bahawa Pilates ini hanyalah salah satu aktiviti trending dan ramai yang menyertainya disebabkan ‘hype’ semata-mata.
Senaman Pilates Adalah Berbeza Dengan Yoga
Sebelum itu, anda perlu ketahui dahulu apa itu Pilates. Menurut pakar perubatan dan usahawan Dr Rozmey, Pilates adalah senaman yang dicipta untuk regangan dan menyeimbangkan badan.
Pilates adalah latihan yang sistematik melalui pergerakan tertentu dan corak pernafasan.
Untuk info, Pilates mula diperkenalkan sekitar abad ke-20 oleh seorang atlet veteran Jerman bernama Joseph Pilates. Meskipun pergerakan antara aktiviti Pilates dan yoga kelihatan lebih kurang sama, ia adalah senaman yang berbeza.
Baca Artikel Berkaitan: Joseph Pilates Perkenalkan Teknik ‘Controlology’, Kini Dikenali Sebagai Pilates
Yoga berkait rapat dengan sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan Tuhan dengan menenangkan fikiran melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.
Manakala Pilates pula tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana agama lain.
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Pilates Haram Seperti Senaman Yoga? Ini Penjelasannya
Manfaat Senaman Pilates Yang Anda Patut Tahu
Buat anda yang tidak tahu, Pilates sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan kita. Antaranya:
- Meningkatkan fleksibiliti
- Kuatkan dan tegangkan otot, terutamanya di bahagian perut, belakang, pinggul dan punggung
- Seimbangkan kekuatan otot kiri dan kanan badan
- Tingkatkan kawalan otot di bahagian belakang badan
- Bantu menstabilkan tulang belakang
- Betulkan postur badan supaya nampak lebih sihat
- Elak atau pulihkan kecederaan akibat otot tidak seimbang
- Tingkatkan koordinasi dan keseimbangan badan
- Bantu melegakan bahagian bahu dan leher yang tegang
- Tingkatkan kapasiti paru-paru dan aliran darah melalui pernafasan yang betul
- Perbaiki fokus seseorang
- Melegakan dan mengawal stres

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Fokus Bersenam Setiap Hari Boleh Jejas Kesihatan! Ini Risiko Yang Anda Perlu Ambil Tahu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupanya Ini Sebab Kenapa Wanita Kerap Sakit Belakang Semasa Period
Siapa Yang Sesuai Mengikuti Kelas Pilates?
Pilates sesuai untuk semua peringkat, tidak kira anda baru bermula (beginner) ataupun sudah berpengalaman. Senaman ini juga boleh dilakukan menggunakan berat sendiri atau dengan bantuan pelbagai jenis peralatan seperti yang anda selalu lihat di media sosial.

Sesi Pilates yang biasa merangkumi beberapa jenis senaman dan regangan. Setiap pergerakan dilakukan dengan memberi perhatian kepada teknik pernafasan yang betul serta kawalan otot perut.
Untuk keberkesanan yang maksimum, anda disarankan melakukan Pilates sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Dengan latihan yang konsisten, anda mungkin akan mula melihat perubahan pada postur badan selepas 10 hingga 20 sesi.
Perlu diingatkan, setiap kelas Pilates mengenakan kadar bayaran yang berbeza bergantung kepada lokasi, jenis senaman dan tempoh bagi setiap sesi.

Golongan Yang Disarankan Dapatkan Nasihat Pakar Sebelum Jalani Sesi Pilates
Meskipun Pilates adalah senaman berimpak rendah, terdapat beberapa kelompok yang disarankan mendapatkan nasihat profesional sebelum memulakannya iaitu:
- Individu yang baru sahaja menjalani pembedahan
- Wanita hamil
- Lelaki berumur 45 tahun ke atas dan wanita berumur 55 tahun ke atas
- Individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung
- Seseorang yang mengalami kecederaan terutamanya di bahagian otot dan tulang
- Mereka yang sudah lama tidak bersenam
- Individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Hitam’ Lepas Join Spin Class, Warna Air Kencing Bertukar Gelap
Buat mereka yang nak mula ‘ber-pilates’, di sini kami kongsikan juga tujuh studio sekitar Kuala Lumpur anda boleh kunjungi. Antaranya:
- Hills Pilates
- Liberté Pilates
- Tone Reformer Pilates
- Urban Spring Pilates Mont Kiara
- Pavilion Pilates
- Bliss Pilates
- La Pilates
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Studio Pilates Di KL Anda Patut Terokai!
Baca Artikel Berkaitan: Girls, Jom Pergi 8 Gym Ini Yang Ditubuhkan Buat Para Wanita Sahaja
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.