“Tak Make Sense” – Pakar Kongsi Rutin Skincare Yang Patut Dihentikan
Ramai individu mahukan kulit wajah yang mulus tetapi tidak menyedari sesetengah rutin skincare dilakukan selama ini sebenarnya boleh membawa kesan buruk.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan di pasaran sekarang, semakin banyak produk penjagaan muka yang dikeluarkan bagi setiap jenis kulit iaitu normal, sensitif, berminyak, kering ataupun combination (berminyak + kering).
Tonton pula K-Drama di rumah, ramai di kalangan anak muda yang terikut-ikut dengan tips skincare dikongsi oleh pakar atau selebriti kegemaran mereka yang mempunyai kulit mulus. Bak kata orang, kulit jenis ‘glass skin’.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bukan semua tips dikongsi sesuai dengan kulit muka. Ada sesetengah daripada petua tersebut memang jelas berkesan, namun segelintirnya pula hanya lebih memburukkan keadaan kulit sedia ada.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kulit Orang Korea Jenis ‘Glass Skin’ & Mulus! Ini Rupanya Rahsia Mereka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Kulit Wajah Orang Zaman Dahulu Jauh Lebih Baik Dari Sekarang? Ini Sebabnya
3 Rutin Skincare Yang Selalu Dilakukan Tetapi Tak Bagus Untuk Kulit Wajah
Baru-baru ini, seorang pakar estetik dikenali sebagai Faridz (@faridzaesthethics) berkongsi tiga (3) trend penjagaan muka yang disifatkan sebagai ‘mengarut’ dan tidak membawa apa-apa kebaikan.
Berikut adalah antaranya:
#1. Penggunaan Brush Cleanser
Trend pertama adalah menggunakan brush cleanser (pembersih jenis berus) untuk mencuci muka. Ramai yang tidak sedar bahawa bulu yang berada pada alat tersebut boleh merosakkan kulit setiap kali anda menggunakannya.
Apa yang orang tidak nampak adalah brush cleanser ini bukan sahaja bertindak sebagai pencuci tetapi juga penyental kulit (exfoliater).

“Awak bayangkan kalau awak cuci muka sehari empat kali. Sebanyak empat kali sehari juga awak exfoliate kulit awak,” katanya.
Ia sekaligus akan membuatkan lapisan pelindung kulit (skin barrier) rosak dengan cepat.
Selain itu, berus itu juga boleh menjadi perangkap kepada bakteria jahat dan membuatkan ia membiak di kulit muka.

#2. Wipes Solekan
Barangan kedua yang selalu digunakan para wanita adalah pembersih solekan (makeup wipes). Kebiasaannya, ia dibawa ke mana-mana apabila keluar berjalan terutamanya ketika nak cuci makeup semasa mahu menunaikan solat.
“Trend ni sebenarnya dah lama tapi dibawa sehingga sekarang dari semasa ke semasa. Cuma di tahun 2025 ni, kita dah jumpa solusi baru iaitu dengan menggunakan cleansing balm (balm pembersih) untuk hilangkan makeup,” kongsinya.
Penggunaan makeup wipes secara kerap akan membawa masalah sama seperti brush cleanser sebentar tadi iaitu kerosakan lapisan pelindung kulit.

Selain itu ia juga meningkatkan risiko individu melalui fasa penuaan pada usia muda.
“Bertukarlah kepada (produk) yang lebih lembut. Sebab risiko untuk awak yang memang hampir setiap hari pakai makeup dan perlu gunakan makeup wipes setiap kali nak berwuduk. Risikonya awak bakal berhadapan dengan penuaan pramatang iaitu penuaan di usia muda,” kata Faridz.
Penuaan itu akan menyebabkan timbulnya kesan kedut pada wajah anda.

#3. Produk Yang ‘Boleh Hilangkan Pori’
Perkara terakhir adalah berhenti mencari atau mempercayai produk yang mendakwa boleh menghilangkan atau membuang liang pori di muka. Tegas Faridz, pori tidak boleh sesekali dibuang.
“Pori sejak azali dari awak lahir duduk bertapak di atas kulit. Dan pori ada kerjanya (fungsi) sendiri. Macam mana pula ada produk yang katanya boleh hapuskan pori daripada kulit awak. Tidak masuk akal.
“Mungkin ada yang bermaksud menutup penampakan pori tu. Itu pun tak masuk akal dan berisiko untuk kulit awak,” jelasnya.

Kesan buruk yang akan berlaku jika liang pori ditutup dengan sesuatu bahan adalah masalah pori tersumbat yang serius. Hal ini kerana pori menghasilkan minyak dan ia merupakan salah satu hormon yang menjaga lapisan pelindung kulit.
Apabila laluan minyak itu disekat, maka kesemua minyak yang terhasil pada kulit wajah akan berkumpul dalam pori sekaligus menyebabkan minyak itu teroksida dan membawa kepada masalah keradangan atau jerawat.

“Awak masih ikut lagi ke trend yang mengarut ni? Kalau ada jom kita sama-sama tinggalkan. Yang lepas biarkan lepas, yang baru kita pertimbangkan,” tambah Faridz lagi.
@faridzaesthetics 3 trend skincare yang patut awak tinggalkan. Semoga bermanfaat ☺️ #skincaretrends #healthyskin #beautytips #tipsskincare ♬ original sound – Faridz Skin Aesthetic
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Ilmu Buat Anda Yang Pertama Kali Pakai Retinol
Baca Artikel Berkaitan: Banyak Vitamin & Baik Untuk Kulit? Jom Ketahui Khasiat Petai Yang Masih Ramai Tak Tahu
Sediakan Masker Kunyit Untuk Atasi Masalah Kulit Berjerawat
Buat mereka yang mempunyai masalah muka berjerawat akibat rutin-rutin di atas, anda boleh mencuba sapuan masker kunyit pada permukaan wajah.
Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa menawarkan manfaat kesihatan, terutamanya kurkumin iaitu komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksidan.

Ia juga mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria.
Anda boleh melihat keberkesanannya apabila kunyit itu dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astrigen. Astrigen ini memainkan peranan sama seperti toner biasa.
Baca Artikel Berkaitan: Pudarkan Parut, Rawat Jerawat & Lima Lagi Manfaat Kunyit Untuk Kulit Anda
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



