Now Reading
[Eksklusif] Kopi & Komuniti: Diagram Cafe Shah Alam Jadi Tumpuan Baharu Di Seksyen 13

[Eksklusif] Kopi & Komuniti: Diagram Cafe Shah Alam Jadi Tumpuan Baharu Di Seksyen 13

Diagram dalam tiga perkataan: Comforting. Easygoing. Local.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kafe atau restoran dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada sahaja lokasi baharu yang boleh diterokai di setiap kawasan di Lembah Klang. Nampaknya ramai juga yang telah mengeluarkan bakat terpendam dalam pengendalian F&B.

Syabas, anak muda!

BACA JUGA: [Eksklusif] Tiramisu Monét Jadi Buruan Ramai, Siapa Sebenarnya Pemilik Kafe Viral Di Jalan J, Taman Melawati Ini?

Diagram Cafe, Seksyen 13 Shah Alam

Di tengah suasana tenang Laman Seri, Shah Alam, berdiri sebuah kafe yang namanya cukup unik iaitu Diagram Café. Dari luar, ia tampak minimal dan bersahaja, tapi di sebalik setiap cawan kopi dan pinggan yang dihidang, ada cerita tentang antara manusia, makanan, dan momen.

Siapa pernah singgah kafe ini mesti pernah rasai sendiri vibe dan momen di situ.

Foto: @maggie19c

Apa Makna Di Sebalik Nama ‘Diagram’ Ini?

Menurut salah seorang pengurus kafe yang dikenali sebagai Hariez, nama Diagram ini bukanlah sekadar untuk nampak moden atau “catchy” sahaja.

Ia lahir daripada idea mudah: hubungan.

Dalam satu diagram, setiap titik dan garisan saling bersambung untuk mencipta gambaran keseluruhan dan itulah semangat yang menjadi asas kafe ini.

Foto: @maggie19c

Mereka mahu wujudkan tempat di mana orang boleh berhubung secara semula jadi melalui cerita, rasa, dan suasana.

Secara simbolik, diagram juga sudah lama jadi cara manusia berkomunikasi. Dari zaman purba, kita guna bentuk, simbol dan visual untuk jelaskan sesuatu. Semangat komunikasi yang jelas dan jujur itu jugalah yang mereka bawa ke dalam jenama ini.

Unik, kan? Bukan sekadar nama, tapi penuh dengan maksud di sebaliknya.

Inspirasi Awal: Cinta Pada Makanan, Kopi & Komuniti

Segalanya bermula daripada minat mendalam terhadap tiga perkara iaitu makanan, kopi, dan komuniti. Bukan itu sahaja, ia juga tercipta buat mereka yang menganggap Shah Alam ini sebagai ‘Rumah’.

Foto: @maggie19c

“Jujurnya, kami cuma nak bina sesuatu yang kami sendiri suka,” kata salah seorang pengasas. “Kami nak cipta kafe yang terasa hangat, tenang, dan tulen.”

Apabila melihat ruang di kawasan Laman Seri Seksyen 13, mereka nampak peluang di mana kawasan ini pernah menjadi lokasi yang meriah dengan budaya kafe suatu ketika dulu.

Foto: @maggie19c

Selepas bertahun-tahun melawat pelbagai tempat, mereka ingin wujudkan satu ruang yang menyatukan makanan sedap, kopi autentik, dan tenaga positif yang kesemuanya di bawah satu bumbung.

Budaya Kerja di Diagram

Di Diagram, mereka percaya bahawa layanan yang baik lebih penting daripada sekadar tahu cara bekerja sahaja.

“Semua orang boleh diajar ambil pesanan, tapi yang membezakan ialah sikap dan kepekaan,” kata pengurus operasi mereka.

Mereka tekankan tiga nilai utama: konsistensi, kebaikan hati, dan rendah diri.

“Orang mungkin lupa apa yang mereka pesan, tapi mereka takkan lupa macam mana kita buat mereka rasa.”

Itulah falsafah yang membentuk budaya kerja di sini. Bagi mereka, makanan sedap + layanan mesra = pemasaran terbaik. Tak perlu banyak iklan pun sebab bila pelanggan gembira, mereka sendiri akan bercerita. Word of mouth, orang kata.

Konsep & Suasana

Masuk saja ke Diagram, anda akan rasa satu suasana yang terang, lapang dan menenangkan. Segalanya direka untuk memberi ruang kepada pelanggan memperlahankan rentak dari hiruk-pikuk jadual harian, sama ada dengan menikmati secawan kopi, semangkuk nasi, atau sepotong pencuci mulut.

Foto: @maggie19c

Menu mereka pula menggabungkan keselesaan kafe moden dengan sentuhan cita rasa tempatan.

Tak mewah, tak membebankan. Hanya ruang yang membuatkan anda rasa “di tempat sendiri”. Kalau nak me-time, Diagram adalah salah satu lokasi yang sesuai. Memang akan rasa tenang dan jauh dari kesibukan harian.

Mesti ada yang tertanya, crowd di hujung minggu macam mana? Mesti kafe penuh, kan?

Hujung minggu di Diagram memang meriah, tapi pasukan mereka sememangnya sudah cukup terlatih untuk mengendalikannya dengan tenang. Malah, sebelum kafe ini dibuka secara rasmi, mereka dah melakukan ‘dry run’ untuk pastikan aliran kerja lancar.

Team di Diagram.

Kunci utamanya? Komunikasi dan sentiasa tenang. “Bila tenaga pasukan betul, pelanggan pun rasa tenang,” kata salah seorang barista.

Cabaran Awal, Pembelajaran & Perancangan Masa Depan Untuk Diagram

Seperti mana-mana kafe baru, bulan pertama adalah tentang mencari rentak.

Daripada latihan staf ke sistem operasi, semuanya perlukan penyesuaian. Tapi berkat pasukan perintis yang berdedikasi, setiap cabaran jadi pelajaran berharga.

Mereka belajar bersama, berkembang bersama, dan itulah antara bahagian paling bermakna dalam perjalanan Diagram.

Diagram melihat masa depan dengan berhati-hati tapi optimis. Mereka memiliki rancangan untuk membuka beberapa cawangan baharu di sekitar Lembah Klang, dan mungkin juga sub-brand yang membawa DNA yang sama.
(Foto: Kiri, Hariez Hazman & Joe Alif, Pengasas Diagram)

Selain itu, mereka turut mengumumkan Diagram sangat membuka peluang dan pintu untuk kolaborasi dan pop-up bersama jenama tempatan. “Kalau anda jenama yang baca artikel ini, DM je, kami suka bersembang,” mereka berseloroh.

Walau apa pun bentuk perkembangan nanti, matlamat mereka kekal sama iaitu mengekalkan sentuhan peribadi yang buat pelanggan rasa dekat.

Untuk info, buat masa ini Diagram memberikan tumpuan sepenuhnya kepada servis pada waktu siang terlebih dahulu meskipun terdapat beberapa orang pelanggan yang meminta mereka untuk memanjangkan waktu operasi hingga ke waktu malam juga.

“Buat masa ini, Diagram memberi tumpuan kepada servis siang. Tapi ya, waktu operasi malam mungkin akan jadi langkah seterusnya, bermula dengan dinner hujung minggu,” jelas mereka.

Ingin Hidup Dalam Dunia Kafe Yang Semakin Padat

Dalam dunia kafe yang semakin sesak, Diagram memilih untuk tidak bersaing namun mengekalkan keaslian. Fokus mereka mudah sahaja iaitu makanan sedap, layanan mesra, dan ruang yang terasa peribadi.

Setiap butiran daripada menu hingga muzik telah disusun supaya pelanggan rasa selesa dan dihargai.

Mereka juga gemar menggabungkan rasa tempatan dalam konteks moden, contohnya melalui menu seperti Kam Heong Chicken Bowl atau Masak Lemak Chicken Bowl, sesuatu yang dekat di hati rakyat Malaysia, tapi disajikan dengan sentuhan kafe kontemporari.

Hidangan Wajib Cuba di Diagram

Kalau pertama kali datang, tiga menu ini wajib masuk senarai:

  1. Hainanese Chicken Chop – versi nostalgia dengan ayam goreng rangup, sos bawang manis, dan kombinasi sisi yang seimbang.
  2. Egg & Chicken Sausage Muffin – sarapan keselesaan yang ringkas tapi dibuat segar setiap hari.
  3. French Toast – lembut, kaya, dan jadi kegemaran ramai sejak hari pertama dibuka.
Foto: Siti Murni/TRP
Foto: Siti Murni/TRP
Foto: Siti Murni/TRP

Selain itu, rice bowls mereka seperti Kam Heong Chicken, Masak Lemak Chicken, dan Angus Beef Bowl semakin jadi tumpuan pelanggan tetap.

Dan jangan terkejut, Diagram juga ada steak!

Untuk kopi pula, mereka amat mengambil serius. Diagram menggunakan house blend tersendiri hasil kerjasama dengan roaster tempatan. Ada dua jenis iaitu:

  • First Draft – berprofil rasa anggur Concord, beri hutan dan chamomile.
  • Blend No. 2 – dengan nota hazelnut, nougat dan kayu manis.
    Kedua-duanya dipanggang sederhana bagi mengekalkan keseimbangan rasa yang lembut tapi berkarakter.

Diagram Cafe

  • Alamat: G-02, Blok, Persiaran Sukan, 1, Persiaran Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi: 9am – 6pm (Tutup setiap Jumaat)
  • Instagram: @diagramcafe

BACA JUGA: ‘Chapters of Heritage’ Di The LIBRARI, The RuMa Hotel Cipta Pengalaman High Tea Penuh Budaya

BACA JUGA: Sakana Japanese Dining Di Suria KLCC Perkenal Menu Baharu “Small Bites, Big Flavours”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd