Now Reading
[Video] Makan Lambat Terus Grumpy! Ini Sebab Kenapa Wanita Cepat Emosi Bila Lapar

[Video] Makan Lambat Terus Grumpy! Ini Sebab Kenapa Wanita Cepat Emosi Bila Lapar

Kadangkala, emosi seseorang wanita itu boleh berubah dalam beberapa saat sahaja hanya kerana kelaparan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Secara umumnya, rakyat Malaysia memang sukakan makanan. Lebih-lebih lagi apabila negara ini kaya dengan masakan daripada pelbagai jenis etnik sebagai contoh makanan Melayu, India dan Cina.

Siapa je boleh menolak makanan yang kaya dengan rempah ratus ini? Kalau boleh sepanjang masa nak cari juadah untuk mengunyah.

Walaupun dah makan makanan berat pada waktu pagi, namun masih berasa kelaparan meskipun tidak masuk waktu tengahari lagi.

via GIPHY

Emosi Manusia Akan Berubah Jika Tidak Dapat Benda Yang Diingini

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli (@amirul.ramli) yang juga Pengasas Mental Kuat Centre berkongsi tentang keadaan yang selalu dilalui orang ramai tidak kira umur iaitu rasa lapar.

Apabila rasa lapar, ramai di antara kita yang tidak dapat ‘function’ dengan baik sehingga menyebabkan emosi tidak stabil. Nak buat kerja pun rasa lemau sahaja dan tidak bermaya.

Namun kalau anda perasan, ramai yang mengaitkan golongan wanita dengan masalah moody akibat kelaparan.

Sumber: Pexels

Adakah Lelaki Tak Beremosi Jika Lapar?

Tetapi adakah lelaki tidak mengalami emosi yang sama?

Menurut Amirul, kajian dari National Library of Medicine mendapati para lelaki lebih aktif pada kawasan frontotemporal dan paralimbik berbanding wanita. Paralimbik ini berkait rapat dengan emosi dan keinginan seseorang bagi mendapatkan sesuatu.

“Maksudnya otak lelaki lebih mengganas bila perut kosong tetapi lelaki ni tak tunjuk. Emosi perempuan ni pula tak sekuat lelaki emosi tu bila lapar,” ujar Amirul.

Dalam konteks ini, sistem otak telah pun menghantar signal bahawa ia mahukan makanan. Namun keinginan tersebut tidak dapat dipenuhi sehingga menyebabkan emosi terganggu.

Sumber: Moneycontrol

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Lapar Cepat Marah? Ini 5 Tips Kawal Emosi Di Bulan Ramadan

Kitaran Hormon Wanita Berkait Rapat Dengan Rasa Moody Ketika Lapar

Bagaimanapun, kenapa kaum Hawa ini lebih beremosi berbanding lelaki apabila perut kosong? Ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba.

Contohnya, individu itu pada awalnya elok sahaja berbual dengan rakannya, tetapi dalam beberapa saat terus senyap, monyok dan bermasam muka.

Sumber: Freepik

Dedah Amirul, golongan wanita mempunyai kitaran hormon dan kawalan gula dalam darah yang lebih sensitif. Oleh disebabkan itu, perubahan emosi mereka lebih ketara dan cepat beremosi apabila sedang lapar.

Jadi kalau nampak rakan wanita anda tidak mahu bercakap, cepat-cepat beri makanan. Mesti mereka terus ceria selepas itu.🤪🍛

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Emosi Lebih Stabil” – Pakar Dedah Kerap Sertai Event Sosial Mampu Pulihkan Kesihatan Mental

Rasa Lapar Boleh Buatkan Seseorang Itu Menangis

Walaupun ia adalah situasi normal dalam rutin harian, namun jangan pandang remeh perkara ini. Rasa lapar yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu menangis.

Seperti sebelum ini, pelakon tempatan Reen Rahim menangis semasa percutiannya kerana ketiadaan makanan di dalam bilik hotel.

Jelas Reen, sejak kecil lagi keluarganya tidak pernah membiarkannya kelaparan, lapor mStar. Dalam video yang pernah dikongsi sebelum ini, kelihatan pelakon tersebut turut memarahi si suami kerana gagal mendapatkan makanan.

Baca Artikel Berkaitan: “Lapar Sangat Ke? Mati Ke Kalau Tak Makan?” – Lelaki Tengking Isteri Minta Beli Snek Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Raih 38 Juta Tontonan, Kisah Hiba Si Ayah Tahan Lapar 4 Hari Demi Anak Sakit Leukemia Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Lapar La Ibu..” – Rider Kongsi Kisah Wanita Tak Cukup Duit Nak Beri Anak Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd