[Video] Pakar Jelaskan 4 Kebaikan Asid Glikolik Untuk Kulit
Asid glikolik merupakan sejenis pengelupas (exfoliant) kimia yang berkesan untuk menyingkirkan lapisan kulit luar dan minyak pada kulit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap orang tidak kira lelaki mahupun wanita mesti mahukan kulit yang cantik, mulus dan bebas daripada sebarang masalah.
Menerusi rutin penjagaan kulit yang bersesuaian, bahagian wajah terutamanya dapat dijaga dan dielakkan daripada mengalami kerosakan sehingga menjadi kusam.
Bukan sahaja kulit muka, namun penting juga untuk melindungi kulit di bahagian lain tubuh badan agar kekal bersih dan berseri.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kulit Orang Korea Jenis ‘Glass Skin’ & Mulus! Ini Rupanya Rahsia Mereka
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesilapan Orang Selalu Buat Ketika Lakukan Rutin Skincare, Jangan Pandang Remeh!
Baca Artikel Berkaitan: Elak Kering & Kusam, Doktor Ini Kongsi Teknik Cuci Muka Dengan Betul
Pakar Dermatologi Jelaskan 4 Kebaikan Asid Glikolik
Menurut seorang pakar dermatologi yang dikenali sebagai Dr Neera, salah satu bahan yang bagus untuk kulit ialah asid glikolik.
Dia memberi maklum balas kepada satu video yang menjelaskan bahawa asid glikolik bagus untuk mengelupas (exfoliate) kulit kepala.
Wanita itu telah berkongsi empat kebaikan asid glikolik terhadap kulit.
#1. Masalah kulit kepala
Jika rambut kelihatan berminyak walaupun setelah dicuci atau kulit kepala mengelupas, asid ini dapat membantu dalam mengurangkan masalah terbabit.
Hanya letakkan asid glikolik di atas kulit kepala dan biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan syampu.
Dr Neera berkata kaedah ini dapat membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dan minyak lebihan.
Lakukan perkara ini sebanyak satu atau dua kali dalam masa seminggu.

#2. Jerawat di belakang badan
Selain itu, asid glikolik juga berkesan untuk merawat jerawat yang timbul pada bahagian belakang badan.
Untuk masalah ini, semburkan asid itu pada bahagian yang bermasalah sekitar tiga ke empat kali seminggu.
Asid glikolik membantu untuk mengurangkan lebih banyak pertumbuhan jerawat.

#3. Keratosis pilaris dan kulit strawberi
Antara masalah kulit yang berlaku ialah keratosis pilaris iaitu kulit yang menjadi kering, kasar dan berbintik serta keadaan kulit strawberi yang membuatkannya kelihatan hitam dan pori tersumbat dengan folikel bulu roma.
Walaupun selalunya tidak berbahaya, masalah kulit ini boleh menyebabkan seseorang berasa kurang yakin dengan diri sendiri.
Dr Neera menjelaskan ia boleh dirawat dengan meletakkan asid glikolik di atas kapas dan disapu ke tempat berkenaan sebanyak tiga ke empat kali seminggu.
Asid ini merupakan sejenis pengelupas (exfoliant) kimia yang berkesan untuk menyingkirkan lapisan kulit luar dan minyak pada kulit.
Jangan lupa untuk sapu pelembap urea juga untuk elak kulit menjadi kering.

#4. Tapak kaki merekah dan berbau
Selalunya terjadi pada bahagian tumit dan hadapan tapak kaki, rekahan atau callus boleh menyebabkan kaki berbau apabila bakteria terperangkap di celah rekahan.
Sama seperti di atas, sapukan asid glikolik sebanyak tiga ke empat kali seminggu ke bahagian kaki yang bermasalah.
Menurut Medical News Today, asid glikolik mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang dapat menghalang pertumbuhannya.
Gunakan Asid Glikolik Dengan Betul
Pun begitu, anda diingatkan agar menggunakan asid glikolik secara berpatutan dan mengikut saranan pakar.
Ini kerana asid tersebut juga mempunyai risikonya yang tersendiri termasuk menyebabkan kerosakan UV pada kulit apabila lapisan kulit luar menjadi mengelupas.
Sesetengah individu juga sensitif dengan asid glikolik yang boleh menyebabkan kegatalan, keradangan, kemerahan, bengkak malah rasa hangat seperti terbakar.
Oleh itu pastikan anda melakukan ‘patch test’ terlebih dahulu sebelum menggunakan asid ini dalam kuantiti yang banyak.
Lebih elok jika gunakan asid glikolik pada sebelah malam, dan pastikan anda memakai sunscreen jika menggunakannya sewaktu siang hari.
Kunyit Juga Bagus Untuk Kulit
Selain daripada asid glikolik, satu lagi bahan yang senang didapatkan dan mempunyai manfaat terhadap kulit ialah kunyit. Boleh dikatakan setiap rumah memiliki bahan masakan ini.
Dalam sesetengah budaya, kunyit digunakan sebagai petua untuk merawat dan memulihkan kulit kerana mengandungi komponen anti-oksidan dan anti-radang.
Antara kebaikan lain kunyit termasuk:
- Mengatasi masalah jerawat degil.
- Memperlahankan proses penuaan.
- Menyembuhkan luka.
- Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.
- Menyembuhkan psoriasis.
- Merawat parut dan tanda regangan.
Namun untuk mereka yang mengambil ubat-ubatan lain, diingatkan agar menggunakan kunyit dengan berhati-hati dan mengambil kira jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Pudarkan Parut, Rawat Jerawat & Lima Lagi Manfaat Kunyit Untuk Kulit Anda
Baca Artikel Berkaitan: Kulit Kering Akibat Cuaca Panas? Ini Tips Pilih Jenis Pelembap Untuk Wajah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Kongsi ‘Vitamin’ Sebenar Yang Perlu Diambil Sebelum Masuk Usia 40-an
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.