4, 5 Atau 6 Tahun? Pakar Kongsi Waktu Terbaik Untuk Hantar Anak Ke Pusat Asuhan & Tadika
Antara dilema ibu bapa sekarang adalah mereka tidak tahu waktu atau usia anak yang paling sesuai untuk dihantarkan ke tempat asuhan seperti taska atau tadika.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Membesarkan anak bukan sesuatu yang mudah kerana ia bukan sahaja memerlukan perhatian penuh, malah masa yang secukupnya dari ibu bapa.
Oleh disebabkan itu, segelintir penjaga mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan sedia ada dan memberikan fokus sepenuhnya kepada si kecil.
Bagaimanapun tidak semua berpeluang mengorbankan tanggungjawab tersebut sekaligus menyebabkan golongan ibu bapa ini perlu menghantar anak mereka ke tempat asuhan kanak-kanak (taska) atau taman didikan kanak-kanak (tadika).
Pakar Pediatrik Kongsi Usia Terbaik Jika Nak Hantar Si Kecil Ke Tempat Asuhan
Pun begitu, berapakah usia paling sesuai dan selamat untuk menghantar si kecil ini ke tempat-tempat berikut? Sebelum ini, Perunding Neonatologi dan Pediatrik Am di Hospital Assunta, Petaling Jaya dikenali sebagai Dr Syed Khaliq ada mengulas tentang topik berkenaan.
Jelasnya, tiada umur khusus bagi menentukan sama ada anda boleh menghantar anak kecil ke taska atau tadika ini. Bagaimanapun secara idealnya, adalah sesuai untuk membawa anak ke tempat asuhan dan pembelajaran itu pada umur mencecah 2-3 tahun.

Sumber: Pexels
Hal ini kerana, kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan sudah pandai melakukan beberapa perkara secara bersendirian sebagai contoh bermain, belajar makan atau pergi ke tandas.
Namun dalam sesetengah kes, ada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan penjagaan sebelum mencecah umur setahun oleh disebabkan urusan yang tidak boleh dielakkan. Jika anda berada dalam situasi itu, usia bayi yang disarankan adalah selepas mencapai tiga bulan.
Menurut Dr Syed, imun sistem si bayi belum cukup kuat sebelum usia tiga bulan.

Sumber: Pexels
“Tiga bulan pertama ni adalah fasa yang paling penting untuk bayi dapat hubungan yang betul dengan ibu dia, penyusuan susu ibu yang baik. Susu ibu ni banyak sangat manfaat kepada bayi dan menyusu secara terus dari ibu pun ada manfaat yang lebih sebagai contoh EQ (Emotional Quotient) lebih baik.
“Kejayaan breastfeeding ni banyak bergantung pada bagaimana attachment di antara ibu dengan bayi tu. Kalau boleh sebelum tiga bulan, belum sesuai lagi untuk kita hantar anak-anak kita ke tempat asuhan,” tambah pakar tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan
Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Ibu Sengaja Tak Mahu Menyusu Badan
Pros & Cons Hantar Anak Kecil Ke Tempat Asuhan
Dr Syed memaklumkan bahawa menghantar si manja ke tempat asuhan mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri.
Untuk manfaatnya, menghantar anak kecil ke sana mampu meningkatkan kemahiran pertuturan, bahasa, dan cara bersosial apabila berkomunikasi bersama rakan-rakan. Selain itu, interaksi bersama pendidik juga boleh meningkatkan perkembangan minda si kecil.

Sumber: Freepik
Dari segi keburukannya pula adalah anak berisiko menghidap penyakit berbahaya melalui jangkitan dari rakan lain. Kongsi pakar terbabit, segelintir kanak-kanak yang dihantar ke tempat asuhan akan jatuh sakit dengan kerap iaitu sebulan sekali.

Sumber: Freepik
Untuk info, penyakit yang biasa dilalui di kalangan anak kecil adalah Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD). HFMD ialah jangkitan virus yang amat mudah menular dan lazimnya menyerang kanak-kanak di bawah usia lima tahun.
Antara gejalanya adalah demam, sakit tekak, kurang selera makan dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Kes HFMD: Ini Simptom Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Lonjakan Kes Penyakit HFMD Di Malaysia: Ini Fakta Penting & Tip Pencegahan [Pendapat]
Bukan itu sahaja, antara perkara yang digeruni ramai penjaga adalah kes pengasuh yang mengabaikan anak sehingga membahayakan nyawa sebagai contoh membiarkan bayi minum susu botol tanpa pengawasan.
Baca Artikel Berkaitan: Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Lepas Kain Lampin Tertutup Muka
“Kalau nak hantar anak, pastikan anda hantar kepada orang yang betul (dipercayai). Kalau ke tempat asuhan, pastikan cara mengasuh mereka macam mana. Adakah mereka dilatih dan ada lesen atau pun tidak?
“Tengok ada orang hisap rokok atau vape ke tidak dalam rumah tu. Bagaimana persekitaran keluarga (pengasuh) tu? Jadi tinggalkan anak dengan orang yang anda percaya,” nasihat Dr Syed di akhir perkongsian.
@drsyedkhaliq Umur berapa yang selamat untuk kita hantar baby atau anak kita ke pengasuh, taska atau sekolah #drsyedkhaliq #drbabybydsk #doktorbabybydsk #doktorbudak #doctorsoftiktok #kpjtawakkalkl #ipctawakkal #sihat #anak #baby #earlychildhoodeducation
♬ Piano melody for loved ones(1258931) – naopapa
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: 5 Perkara Perlu Elak Bila Jumpa Bayi Ketika Ziarah Raya. Take Note Semua!
11 Perkara Ibu Bapa Perlu Cakna Bagi Memilih Tempat Asuhan Terbaik
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Fadzielah Ayub menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya telah berkongsi beberapa perkara yang perlu dikenali pasti oleh ibu bapa sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak ke tempat asuhan. Antaranya:

- Waktu operasi
- Jenis pemakanan yang disediakan oleh pengasuh atau tadika
- Jadual mandi anak di tempat asuhan
- Kekerapan penjaga menukar lampin bayi
- Bertanya tentang kekerapan menyusu dan pengalaman pengasuh dalam menyusukan anak kecil
- Minta kebenaran untuk melihat tempat anak bermain dan belajar
- Memastikan tempat asuhan tidak terdedah dengan barang atau perabot berbahaya
- Kelulusan tempat asuhan
- Jumlah kanak-kanak yang mendaftar di tempat sama
- Bayaran dikenakan bagi seorang kanak-kanak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.