Now Reading
‘Chapters of Heritage’ Di The LIBRARI, The RuMa Hotel Cipta Pengalaman High Tea Penuh Budaya

‘Chapters of Heritage’ Di The LIBRARI, The RuMa Hotel Cipta Pengalaman High Tea Penuh Budaya

Chapters of Heritage Afternoon Tea tersedia setiap hari di The LIBRARI, mengundang tetamu untuk menikmati gabungan budaya, tradisi, dan kemewahan moden.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


The RuMa Hotel and Residences memperkenalkan pengalaman Afternoon Tea terbaharu iaitu Chapters of Heritage Afternoon Tea di The LIBRARI.

Lebih daripada sekadar santapan, pengalaman ini membawa tetamu menyelami warisan budaya melalui ritual unik, penceritaan evocative, serta layanan penuh kehalusan yang menjadi tanda hormat The RuMa terhadap seni hospitaliti.

Sentuhan Warisan

Sebagai sebuah destinasi urban retreat yang diinspirasikan daripada warisan Malaysia, The RuMa sentiasa dikenali kerana menggabungkan budaya dalam reka bentuk, perkhidmatan dan sajian.

Chapters of Heritage Afternoon Tea adalah kesinambungan falsafah yang meraikan tradisi dengan sentuhan moden, sambil menzahirkan keramahtamahan Malaysia yang penuh jiwa.

Keunikan pengalaman ini bermula sebaik tetamu melangkah masuk ke hotel, daripada instalasi sangkar burung yang ikonik serta arca Kebayaku, sehinggalah kepada ritual basuh tangan dan layanan penuh sopan.

Ritual basuh tangan.
Kesemua elemen ini menjadi pembuka kepada petang yang sarat dengan budaya dan makna. Hidangan utama pula disajikan di atas papan congkak buatan tangan, simbolik yang menggabungkan tradisi dengan kenikmatan gastronomi.

5 Chapters

Menu Chapters of Heritage dibahagikan kepada lima bab iaitu Savoury, Sweet, Artisanal Scones, The Trolley Delights, dan Artisan Chocolate Pralines.

  • Hidangan klasik waktu minum petang diberi nafas baharu dengan sentuhan tempatan – kelapa, pandan, dan gula Melaka.
  • Scones dihidangkan bersama kaya buatan sendiri dan marmalade oren lestari hasil lebihan kulit buah.
  • Praline istimewa termasuk praline kopi Tenom serta variasi rasa tempatan seperti Sweet Laksa, Cendol, dan Crunchy Peanut.
  • Setiap sajian dilengkapi dengan mocktail menyegarkan, manakala pada hujung minggu tetamu boleh menambah pilihan Beef atau Salmon Wellington sebagai tambahan atau dalam Grand Volume Set untuk berdua.

Rai Budaya Menerusi Busana

Sempena pelancaran, The LIBRARI mengajak tetamu meraikan budaya melalui pakaian. Untuk masa terhad, mereka yang hadir dengan busana tradisional berpeluang menikmati promosi “Double the Indulgence” iaitu tawaran dua untuk satu bagi pengalaman Chapters of Heritage Afternoon Tea.

Double the Indulgence Afternoon Tea Set ini hanya tersedia untuk tetamu yang hadir dengan busana tradisional. Sah dari 11 September hingga 10 Oktober 2025 sahaja.

Chapters of Heritage Afternoon Tea tersedia setiap hari di The LIBRARI, mengundang tetamu untuk menikmati gabungan budaya, tradisi, dan kemewahan moden dalam suasana yang eksklusif dan penuh makna.
  • Lokasi: The LIBRARI, The RuMa Hotel and Residences
  • Waktu: 2:30 petang – 5:00 petang
  • Harga:
    • The Prelude (Set untuk 1 pax) – RM158 | Harian
    • The Grand Volume (Set untuk 2 pax) – RM348 | Sabtu & Ahad sahaja

Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh terus WhatsApp atau hubungi +603 2778 0751. [THE RUMA].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd