Now Reading
Tunggang Kuda Mainan? Ini Info Menarik Tentang Sukan Hobby Horsing Anda Mungkin Tak Tahu

Tunggang Kuda Mainan? Ini Info Menarik Tentang Sukan Hobby Horsing Anda Mungkin Tak Tahu

Sebelum ini, tular seorang atlet Poland dikenali sebagai Kayet sedang menyertai sebuah kejohanan sukan Hobby Horsing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, masyarakat kini lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti fizikal tidak kira selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu. Antaranya seperti bermain badminton, memasuki maraton, menyertai futsal, dan banyak lagi.

Selain itu, sukan yang baharu mula trending di Malaysia iaitu pickleball juga tidak terkecuali. Walaupun pada awalnya segelintir individu agak janggal dengan sukan tersebut, namun kini semakin ramai yang mula tempah slot gelanggang pada setiap minggu.

Kalau anda nak tahu, terdapat satu lagi sukan yang tidak popular di Malaysia tetapi terkenal di negara luar. Mungkin kita pun akan cuba tidak lama lagi?

Baca Artikel Berkaitan: Padel & Pickleball Bertemu Gaya Urban, Sentul Depot Kini Miliki Daya Tarikan Baharu!

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Main Sukan Pickleball? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: ASICS Kongsi Kisah Para Wanita Terokai Pickleball, Bantu Pemain Kekal Cergas

Atlet Poland Sertai Kejohanan Sukan Hobby Horsing

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang atlet profesional Hobby Horsing berasal dari Poland dikenali sebagai Kayet (@kayet.dressage) berkongsi video dirinya sedang menyertai sebuah kejohanan sukan tersebut.

Kelihatan lain daripada lain, sukan moden ini sudah wujud sekitar awal 2000-an di Finland. Menerusi video perkongsian, kelihatan Kayet sedang menunggang Hobby Horse (kuda kayu mainan) dalam bulatan di gelanggang.

Tonton video penuh [DI SINI].

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di platform Threads.

“Awalnya ingatkan ni macam simulasi naik kuda, rupanya bukan ek,” kata pengguna Threads itu.

View on Threads

Ramai juga warganet yang tidak sangka Hobby Horsing dijadikan sebagai satu bentuk sukan dan bukan hanya permainan anak kecil.

“Saya ingat tengah berlatih naik kuda atau panaskan diri dulu sebelum naik kuda betul. Rupanya pertandingan menyamar jadi kuda ke?” tanya seorang individu.

Sumber: Threads

Info Menarik Tentang Sukan Hobby Horsing

Menerusi semakan kami di akaun Instagram Kayet, wanita ini telah menyertai banyak kejohanan dan perlawanan Hobby Horsing sebelum ini. Siap kumpul medal dan piala kemenangan lagi!

Memetik LarDen Hobby Horsing, sukan ini lebih berkembang pesat di beberapa negara di Eropah.

Sumber: Instagram (@keppihevostalli_kayet)

Sukan Hobby Horsing Popular Di Kalangan Gadis

Pada mulanya, Hobby Horse hanya dihasilkan secara buatan tangan di rumah, tetapi kini proses pembuatannya telah berkembang menjadi lebih moden dan canggih.

Rekaan kuda tersebut sentiasa dipertingkatkan agar mampu memberi prestasi terbaik dalam sukan terutamanya dari aspek bentuk, berat, panjang serta saiz batang.

Memetik CNN, Hobby Horsing lebih popular di kalangan gadis dan anak muda. Bukan sahaja mengelilingi padang, tetapi sukan ini juga memerlukan peserta untuk melompat setiap palang dengan ketinggian lebih kurang 1.2 meter.

Boleh diibaratkan seperti olahraga lompat tinggi. Tetapi bezanya kali ini peserta harus memegang Hobby Horse dan tidak menjatuhkan badannya.

Sumber: Instagram (@keppihevostalli_kayet)

Sukan Hobby Horsing Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

Kejohanan pertama Hobby Horsing telah dianjurkan di Eropah sejak tahun 2022, dan dalam masa singkat ia telah meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Memetik AP News, Persatuan Hobby Horsing di Jerman pula baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2023 dengan hanya 13 ahli.

Namun, dalam masa yang singkat, bilangan ahli meningkat dengan mendadak, dan kini melebihi 5,000 atlet aktif dengan lebih 200 kelab di seluruh negara.

@7newsaustralia Germany has held its first hobby horse championship in which competitors on their wooden stick horses were scored across various categories. #hobbyhorse #hobbyhorsejumping #hobbyhorsegermany #horse #horsejumping #horsecompetition #Germany #7NEWS ♬ original sound – 7NEWS Australia

Tonton video penuh [DI SINI].

Bagaimana Cara Main Hobby Horsing?

Para atlet yang biasa berlatih dengan kuda atau poni sendiri akan berjalan meniru gaya kuda dengan posisi tangan seperti seorang penunggang.

Dengan cara ini, mereka boleh melakukan rutin dressage (gerakan dalam sukan ekuestrian) dengan bermacam jenis gaya bahkan menyelesaikan laluan lompatan penuh di arena dressage klasik, iaitu tempat kuda sebenar berlatih bersama penunggang.

Untuk info, mereka yang mengamalkan Hobby Horsing ini dipanggil sebagai Hobby Horser.

Sumber: LarDen

Menurut HKM Sports, sukan itu adalah bagus bagi menguatkan otot peserta terutamanya golongan kanak-kanak selain mencergaskan badan.

Selain itu, sukan yang sering dilakukan secara berkumpulan ini menggalakkan semangat berpasukan, mewujudkan atau mengeratkan persahabatan, serta membantu mengukuhkan tingkah laku sosial si kecil.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd