NutriWell Lancar Kempen ‘Should Taste This Good’, Perkenal 4 Perisa Susu Vegan
Empat perisa NutriWell yang diperkenalkan ialah Oat M!lk, Almond M!lk, Oats & Quinoa Soy M!lk dan Purple Rice Soy M!lk.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Susu bukan tenusu atau ‘non-dairy milk’ kini menjadi pilihan ramai dalam mendapatkan nutrisi seimbang yang lebih sihat.
Semalam (10 September), jenama terkenal NutriWell, yang baru sahaja diperkenalkan di pasaran Malaysia telah dilancarkan.
Jenama kesejahteraan dari Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) itu pada mulanya bertapak di Singapura dan baru diperkenalkan di Thailand sebelum tiba ke tanah air.
NutriWell Tawar 4 Perisa Susu ‘Non-Dairy’
Dalam debut di Malaysia, NutriWell menjalankan kempen ‘Should Taste This Good’ yang memperkenalkan empat susu bukan tenusu dengan perisa berbeza.
Menerusi kempen itu, NutriWell mencabar persepsi bahawa pilihan yang lebih sihat selalunya berasa kurang sedap.
Susu bukan tenusu NutriWell tidak mengandungi kolesterol dan perservatif tambahan, sebaliknya diperkaya dengan kalsium yang dapat membantu pembentukan tulang dan gigi serta vitamin D.
Empat susu bukan tenusu yang diperkenalkan NutriWell ialah:
- Oat M!lk
- Almond M!lk
- Oats & Quinoa Soy M!lk
- Purple Rice Soy M!lk

“Kami terinspirasi dengan rakyat Malaysia yang lebih muda yang mengamalkan kesihatan dan kesejahteraan, meneroka pilihan makanan lebih sihat dan menyertai aktiviti kecergasan dengan elemen sosial seperti kelab berlari, pickleball dan pilates.
“Untuk menjadi sebahagian daripada permintaan ini, kami membangunkan NutriWell dengan perisa yang sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia, menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan bernutrisi,” kata Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) F&N, Leong Wai Yin.
Susu NutriWell kini boleh didapatkan di Lotus’s, AEON MaxValu, AEON BiG, Mydin, Giant serta cawangan Jaya Grocer dan TFP Retail terpilih.

Pakar Pemakanan Ben Chee Jelaskan Tentang Pemakanan Sihat
Dalam acara pelancaran yang diadakan di Pickle Park, Petaling Jaya semalam, satu sesi panel turut diadakan bersama pakar pemakanan terkenal Ben Chee, yang membincangkan tentang gaya hidup sihat.
Chee berkata berdasarkan data pelanggannya, kebanyakan rakyat Malaysia pasti mempunyai kandungan vitamin D yang tidak mencukupi.
Tambahnya lagi, satu hidangan susu NutriWell mempunyai kandungan vitamin D bersamaan suku jumlah cadangan harian khasiat itu, yang menjadikan empat cawan mencukupi untuk memenuhi keperluan harian vitamin D.
Pakar nutrisi itu turut berkongsi kaedah pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi mengelakkan peningkatan gula dalam darah tinggi.
Katanya, mulakan makan dengan menyuap sayur-sayuran atau serat terlebih dahulu, diikuti dengan protein dan barulah karbohidrat seperti nasi.
Dia juga menjelaskan berkenaan ratio 2-1-1 iaitu dua hidangan serat bagi setiap satu hidangan protein dan karbohidrat.

NutriWell Perkenalkan 4 Menu Dihasilkan Guna Susu NutriWell
Dalam acara pelancaran yang diadakan di Pickle Park, Petaling Jaya itu, NutriWell turut memperkenalkan beberapa menu yang dicipta khas menggunakan keempat-empat perisa susunya.
Empat menu tersebut yang dihidangkan di Snack Corner ialah Latte Oat M!lk, cowder udang Almond M!lk, panna cotta Purple Rice Soy M!lk dan mochi laici Oats & Quinoa Soy M!lk.

Selepas acara pelancaran, NutriWell Day Out telah dibuka kepada orang ramai dari 12pm hingga 12am semalam yang menyediakan beberapa Game Station untuk disertai.
Orang ramai juga boleh bermain pickleball dan mendapatkan bimbingan dari coach secara percuma di acara tersebut.
Lebih menarik lagi, pengunjung boleh mendapatkan susu NutriWell percuma dengan membawa kotak susu bukan tenusu mana-mana jenama lain.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.