[Video] Gen Z Lebih Suka Kerja Hibrid Sebab Fleksibiliti, Betul Ke?
Kini, ramai golongan anak muda lebih memilih untuk bekerja dari rumah (WFH) berbanding perlu memasuki pejabat pada setiap hari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, bekerja secara alam maya atau dari rumah (WFH) semakin mendapat perhatian selepas ia dipraktikkan kebanyakan syarikat bermula pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia.
Malah ia dilihat semakin berterusan di sesetengah syarikat di negara ini selepas majikan menyedari impak positifnya terhadap produktiviti pekerja.
Namun begitu, ada juga dakwaan yang mengatakan anak muda seperti Gen Z tidak tahan bekerja di dalam pejabat dan menyebabkan mereka ini terlalu cerewet dalam pemilihan kerjaya.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Spot Menarik Di KL & Selangor Khas Buat Geng Digital Nomad
Baca Artikel Berkaitan: Digital Nomad, Ini 6 Kafe Untuk Anda ‘Remote’ Di Pavilion Bukit Jalil
Betul Ke Gen Z Memilih Kerja?
Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Hazwan Syafiq (@hzwnsyfq) memberikan pandangannya tentang trend pekerjaan yang semakin diterima oleh golongan Gen Z.
Sesetengah individu mendakwa bahawa golongan tersebut manja dan terlalu memilih kerja meskipun peluang pekerjaan di pasaran kini adalah terhad akibat persaingan yang begitu tinggi.
Sesetengah individu pula akan menolak tawaran jawatan yang sudah diterima dari majikan hanya kerana syarat dan terma tidak menepati prinsip mereka.

Jelas Hazwan, ramai Gen Z tidak lagi memilih syarikat yang menetapkan waktu jam bekerja yang tetap seperti 9AM ke 6PM. Bukan itu sahaja, perjalanan ke pejabat pula dikatakan mengambil masa yang agak lama sekiranya mereka bekerja di tengah ibu kota atau di kawasan sekitarnya.
“Sangkut dua jam dalam trafik sesak. Duduk pejabat, kerja ikut sistem lama dan bos yang micromanage (campur tangan secara keterlaluan). Apa yang diorang (Gen Z) nak sekarang?” ujarnya.

Gen Z Kejar Fleksibiliti Di Dalam Bidang Pekerjaan
Kata lelaki tersebut, mereka lebih memilih fleksibiliti berbanding semua perkara yang dinyatakan tadi. Sebagai contoh pekerjaan yang menawarkan anda bekerja di mana-mana sahaja dengan syarat tugasan disiapkan dalam tempoh diberikan.
Flesibiliti berkenaan turut dikaitkan dengan penjagaan kesihatan mental di mana pekerja masih boleh melakukan rutin harian tanpa dibebani dengan tugas yang melampau.
“Sebab diorang tahu kesihatan mental adalah lebih penting daripada KPI (Key Performance Indicator) yang diorang kena capai. Tapi jangan salah anggap, diorang bukan tak nak kerja, saya sendiri pun dah jumpa ramai Gen Z untuk temu duga kerja. Bukan diorang malas.
“Bila saya tanya apa pengalaman kerja, macam-macam diorang buat, freelance, kerja remote (bekerja dari jauh), jadi rider, buat konten dan jual produk sendiri. Ada yang sampai buat tiga kerja sampingan,” kata Hazwan.

Sumber: Malay Mail
Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri
Manfaat WFH Atau Kerja Jarak Jauh Melebihi Faedah Diberi Oleh Sesetengah Syarikat
Tambahnya, kerja-kerja yang dilakukan adalah menepati kriteria mereka iaitu kebebasan dan keseimbangan dalam tanggungjawab serta urusan peribadi. Bekerja secara jarak jauh ini juga mempunyai pelbagai kebaikan.

“Diorang fikir kenapa aku nak kena stres hari-hari dekat pejabat kalau aku boleh buat kerja daripada rumah. Jaga mak ayah sambil-sambil tu jimat minyak dan tak kena silent treatment (senyap tanpa komunikasi) oleh bos. Tambah lagi sekarang ni, dunia dah berubah.
“Teknologi boleh buat semua kerja jadi fleksibel tapi sistem kerja lama masih lagi tersekat dalam mod 90-an. Gen Z cuma mahu hidup yang seimbang. Kerja elok, otak waras dan ada masa dengan orang tersayang,” luah Hazwan di akhir perkongsian.
Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan
Bagaimanapun, tidak dinafikan juga bahawa ada sesetengah bidang kerjaya yang memerlukan kaedah bersemuka berbanding kerja jarak jauh sebagai contoh jurutera tapak bina, mekanik, doktor dan sebagainya.
Namun setiap individu mempunyai hak bagi menentukan mod bekerja sesuai untuk diri sendiri misalnya Gen Z yang suka bekerja dari rumah.
@hzwnsyfq Betul ke Gen Z memilih kerja?
♬ Hustle – Burce Producer
Tonton video [DI SINI].
Ramai Burn Out Kerana Perlu Hadap Trafik Sesak Ke Tempat Kerja
Menerusi semakan kami sebelum ini, ramai warganet berkata mereka tertekan kerana perlu menghadap trafik hampir setiap hari semata-mata untuk pergi dan balik dari tempat kerja.
“Aku tak tau sampai bila aku boleh tahan hadap benda ni setiap hari. At this point rasa nak berhenti kerja, meniaga je lah apa-apa depan rumah atau balik je lah kampung,” kata seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor
Sementara itu, tinjauan Workmonitor 2024 oleh agensi pengambilan pekerja, Randstad turut mendedahkan bahawa 86% pekerja di Malaysia memilih untuk hadir ke pejabat tiga hari seminggu.
39% daripada responden dalam negara ini pula memilih untuk berhenti kerja jika diminta bekerja lebih lama di pejabat.

Sumber: Malay Mail
Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem menjelaskan bahawa ia sudah menjadi satu trend dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49%) dan Milenium (47%) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
Baca Artikel Berkaitan: 86% Pekerja Di Malaysia Selesa Masuk Ofis 3 Kali Seminggu, Ada Sanggup Berhenti Jika Kerap Disuruh Ke Pejabat
Baca Artikel Berkaitan: Setiap Pekerja Boleh Mula Mohon Aturan Kerja Fleksibel Bermula 1 September. Get Ready!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.