[Video] Betul Ke Wuduk Tak Sah Jika Air Mutlak Bercampur Air Musta’mal? Ini Jawapannya
Dari segi istilah air musta’mal bermaksud air yang telah digunakan untuk fardu taharah seperti mandi, wuduk dan menghilangkan najis hukmiah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui untuk mendirikan solat terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan agar sembahyang dilakukan sah.
Selain rukun solat, kita juga perlu mengambil wuduk terlebih dahulu serta tertib mengikut rukunnya.
Sebagai contoh wuduk dimulakan dengan niat kemudian membasuh muka, kedua belah tangan sehingga ke siku, kepala serta kaki sehingga ke buku lali.
Namun sekiranya ada rukun atau anggota wajib wuduk yang ditinggalkan ia menjadikan wuduk berkenaan tidak sah.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke Ambil Wuduk Dalam Keadaan Berbogel? Ini Hukum & Penjelasannya [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Apakah Hukum Mengelap Air Pada Tubuh Setelah Berwuduk, Ini Penjelasan Dr Kamilin [Video]
Betul ke wuduk tak sah jika air musta’mal termasuk dalam air mutlak?
Baru-baru ini, Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kg Nakhoda turut tidak ketinggalan mengulas mengenai air musta’mal.
Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dari segi bahasa air musta’mal bermaksud sesuatu yang telah digunakan.
Manakala dari segi istilah syarak, ia adalah air yang telah digunakan untuk fardu taharah seperti mandi, wuduk dan menghilangkan najis hukmiah.
Dari segi hukum pula, air musta’mal adalah suci namun tidak lagi boleh menyucikan seperti air mutaghayyirah iaitu air yang bercampur dengan bahan suci.
Menerusi satu video yang dikongsi oleh masjid terbabit, kelihatan mereka melakukan satu sketsa memaparkan situasi apabila air yang sudah disapukan ke bahagian wajah terjatuh dalam air mutlak yang digunakan untuk berwuduk.
Dalam video itu kelihatan Bilal melihat imam mengambil wuduk dan menegurnya mengatakan wuduk yang diambil tidak sah.
“Air yang jatuh dekat janggut awak dalam cebok (gayung) mana sah (tak sah). Tu air musta’mal tu,” kata Bilal kepada Imam berkenaan.
Air mutlak lebih 2 kolah tak terkesan jika ada air musta’mal termasuk kedalamnya
Tidak cepat melatah dengan kata-kata Bilal, Imam kemudian meletakkan gayung dan menerangkan kepada Bilal situasi yang sebenar.
“Air musta’mal? Okay dia macam ni, air musta’mal dia tidak mensucikan. Betul? Namun jika air musta’mal jatuh ke dalam air mutlak yang jumlahnya lebih daripada 2 kolah. Air mutlak tidak akan terkesan.
“Ia tetap suci lagi mensucikan. Macam mana pula jika air mutlak yang kurang daripada 2 kolah, jatuhnya air musta’mal dalam ni (gayung).
“Air mutlak tetap suci lagi mensucikan, jika dia tidak berubah daripada segi warna, bau dan rasa,” jelas Imam kepada Bilal.
Penjelasan sama turut diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Perkara sama turut dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan iaitu:
- Hukum mengambil wuduk dengan mencebok air dari bekas yang kecil seperti gayung adalah diharuskan, berdasarkan hadis-hadis sahih yang menunjukkan kepada perbuatan terbabit.
- Perbuatan mencebok air dari gayung berkenaan menggunakan tangan selepas basuhan di muka sewaktu berwuduk juga tak menyebabkan air dalam gayung menjadi air musta’mal kerana perbuatan mencebok tersebut tak diniatkan untuk mengangkat hadas sebaliknya diniatkan semata-mata untuk memindahkan air.
- Air percikan dari basuhan mana-mana anggota wajib wuduk juga tak menyebabkan air dalam gayung berubah menjadi musta’mal disebabkan kuantiti baki air berkenaan adalah sikit yang tak mengubah sifat air dan sukar dijaga pada kebiasaannya. Oleh itu, ia dimaafkan seperti mana yang difahami dari zahir hadis-hadis sahih.
- Tak boleh untuk kita menghukum seseorang yang berwuduk dengan cebokan menggunakan tangan daripada gayung sebagai tidak sah atas alasan air musta’mal kerana wujud nas-nas yang mengharuskannya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.