Padel & Pickleball Bertemu Gaya Urban, Sentul Depot Kini Miliki Daya Tarikan Baharu!
Pickle Depot & Padel Depot bukan sekadar venue untuk bersukan, ia adalah pengalaman gaya hidup yang direka untuk menyatukan komuniti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pickleball here, pickleball there.
Tidak dapat dinafikan, sukan pickleball kini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan boleh dikatakan hampir setiap orang mula meminati sukan ini.
Untuk yang masih belum mencuba atau FOMO (Fear of Missing Out) tentang apakah maksud sukan ini, ia merupakan gabungan elemen tenis, badminton, dan pingpong.
Golongan tua, muda, atau kanak-kanak pun boleh main. Praktis je.
Ok, this is too cute.
Pickle Depot & Padel Depot @ Sentul Depot Jadi Lokasi Baharu
Ruang sukan bertemu gaya! Kuala Lumpur kini mempunyai destinasi sukan raket yang serba premium dan penuh gaya.

Dengan 12 gelanggang pickleball premium, termasuk 1 gelanggang utama (show court), serta 4 gelanggang padel berteknologi tinggi MejorSet dengan rumput Mondo Turfs (gelanggang rasmi Persekutuan Padel Antarabangsa dan Premier Padel), fasiliti ini menetapkan penanda aras baharu dalam arena sukan raket di rantau ini.

The HUB @ Sentul Depot
Pickle Depot & Padel Depot bukan sekadar venue untuk bersukan, ia adalah pengalaman gaya hidup yang direka untuk menyatukan komuniti.

Daripada perlawanan kasual hinggalah ke kejohanan berprestij, Pickle Depot & Padel Depot turut disediakan untuk acara jenama, aktivasi kreatif, dan pengalaman gaya hidup yang dikhususkan.
Dengan latar urban yang ikonik dan fasiliti bertaraf antarabangsa, ia adalah lokasi ideal untuk kolaborasi penuh impak, sama ada buat jenama, komuniti sukan, mahupun acara eksklusif.
Maserati Sebagai Rakan Strategik

Kolaborasi ini menyatukan dua dunia iaitu sukan dinamik dan reka bentuk mewah dalam ruang komuniti yang penuh tenaga dan aspirasi moden.
Projek ini turut disokong oleh nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan keusahawanan Malaysia, Amelia Henderson, pelakon dan usahawan yang juga pengasas bersama PickleDepot & PadelDepot.
“Saya memang suka menghubungkan orang ramai dan membina komuniti. Kini, dengan PickleDepot & PadelDepot, kami boleh lakukannya melalui sukan yang menyeronokkan dan penuh gaya.
“Pickleball dan padel kini bukan sekadar aktiviti sukan, ia satu cara baharu untuk bersosial dan merasai tenaga baharu di tengah kota,” jelasnya.
Selain gelanggang dan kemudahan bertaraf antarabangsa, pelancaran ini turut memperkenalkan jenama pakaian aktif premium WearRamé, jenama athleisure beretika dan berinspirasikan pentas peragaan yang direka di Bali dan kini debut secara eksklusif di PickleDepot & PadelDepot.
- Pickleball: RM60 (waktu luar puncak) | RM80 (waktu puncak)
- Padel: RM140 (waktu luar puncak) | RM180 (waktu puncak)
- Promosi Pelancaran Julai & Ogos (Padel sahaja): RM120 (waktu luar puncak) | RM160 (waktu puncak)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.