Now Reading
Rasa Rimas Lihat Barang Menimbun? Ini Kepentingan ‘Declutter’ Untuk Emosi Anda

Rasa Rimas Lihat Barang Menimbun? Ini Kepentingan ‘Declutter’ Untuk Emosi Anda

Membuang dan mengasing barangan tidak diperlukan penting untuk emosi yang lebih stabil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu pasti ada masalah dan cabaran dilalui oleh mereka secara senyap tanpa pengetahuan kenalan terdekat mereka. Bukannya tidak mahu bercerita, tetapi enggan menyusahkan orang lain.

Walaupun segelintir mampu menjaga emosi sendiri, namun sesetengah pula tidak boleh sehingga menyebabkan kesihatan mental mereka terjejas. Kadangkala, perkara yang tidak disedari sesetengah pihak adalah persekitaran sekeliling juga antara faktor utama emosi and itu tidak stabil.

Contoh mudah adalah pasti ramai berasa rimas dan stres selepas melihat keadaan bilik tidur yang bersepah dipenuhi barang-barang lama serta usang.

Hapuskan Barang Tak Diperlukan Boleh Beri Kesan Baik Kepada Mental

Sekiranya sedang mencari langkah efektif bagi mengurangkan tekanan jiwa, mengemas atau mengasingkan barang (decluttering) di persekitaran anda mungkin antara cara terbaik sebagai permulaan.

Membuang barangan yang berlebihan boleh memberi manfaat kepada kesihatan mental dengan membuatkan anda berasa lebih santai, gembira, dan terkawal. Ruang lebih kemas pula boleh menyumbang kepada minda yang lebih tenang.

Sumber: Pexels

Satu kajian dijalankan sebelum ini mendedahkan bahawa wanita yang menggambarkan rumah mereka dengan kata-kata positif didapati mempunyai paras hormon stres (kortisol) yang lebih rendah berbanding mereka yang menganggap rumah mereka berselerak atau belum siap sepenuhnya.

Meskipun begitu, satu lagi kajian lain mendapati walaupun persekitaran yang teratur lebih mendorong kepada pilihan gaya hidup sihat, persekitaran berselerak pula boleh merangsang kreativiti dan idea-idea baharu.

Kebaikan Mengasingkan Barangan Tidak Diperlukan

Bagi kebanyakan orang, mengasingkan barangan yang tidak diperlukan memberi pelbagai kesan baik lain untuk kesihatan mental dan juga produktiviti.

Antaranya manfaat lain adalah:

  • Fokus lebih baik: Barang yang berselerak di sesuatu ruangan membuatkan anda susah mencari benda yang diperlukan pada ketika itu.
  • Keyakinan diri meningkat: Apabila barang berselerak, kepala pun boleh jadi serabut. Kemas secara sederhana boleh buat anda rasa lebih yakin dan puas hati dengan diri sendiri.
  • Hubungan dengan orang lain lebih baik: Anda akan lebih selesa mengajak rakan-rakan atau kenalan rapat ke rumah yang kemas dan bersih.
  • Kurangkan risiko alami penyakit: Barangan yang berselerak akan mengundang habuk serta kuman yang boleh menyebabkan anda mengalami alahan atau penyakit asma.
  • Perbaiki gaya hidup: Lebih senang untuk menyediakan makanan sihat apabila dapur teratur. Selain itu, kebanyakan individu akan tidur lebih lena bila bilik kemas dan katil tersusun rapi.
Sumber: Freepik

Nilai Sentimental Antara Cabaran Orang Ramai Untuk ‘Declutter’

Mungkin sesetengah akan berkata, cakap lebih senang dari membuatnya.

Lebih-lebih lagi barang disimpan dengan tempoh masa yang lama itu mempunyai nilai sentimental dan kenangan bersama orang tersayang sebelum ini.

Bukan itu sahaja, sesetengah individu perlu mengumpul tenaga sebelum memulakan proses declutter kerana barangan yang terlampau banyak.

Hal ini menyebabkan ramai bertindak menangguh perkara itu dan membiarkan barangan berselerak begitu sahaja sehinggakan ia membuatkan mata anda ‘sakit’ melihatnya.

Sumber: Freepik

Obses Simpan Barang Lama Mungkin Petanda Anda Alami Hoarding Disorder

Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan individu yang mengalami Hoarding Disorder iaitu tingkah laku suka menyimpan barang dan sukar untuk membuangnya walaupun sudah rosak atau berusia bertahun-tahun.

Tabiat ini turut menjadi petanda bahawa seseorang mengalami masalah mental.

Baca Artikel Berkaitan: 20 Tahun Hidup Dalam Rumah Penuh ‘Sampah’, Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Menangis Tak Mahu Barang Dibuang

Rata-rata individu yang mengalami masalah Hoarding Disorder berpunca daripada beberapa sebab. Antaranya:

  • Percaya bahawa barang-barang tersebut akan diperlukan pada masa akan datang.
  • Berasa lebih selamat apabila dikelilingi oleh barangan yang disimpan.
  • Tidak mahu membazir.
  • Peristiwa kehidupan yang menimbulkan stres melampau.

Tips Dapatkan Semangat Untuk Buang Atau Derma Barang Tidak Diperlukan

Buat mereka yang sedang bergelut, di sini kami kongsikan tips yang anda boleh cuba untuk mula mengasingkan barang tidak diperlukan:

  • Mula dengan perkara kecil terlebih dahulu. Sebagai contoh, bersihkan barangan di dalam laci dahulu sebelum beralih ke almari.
  • Jemput orang datang ke rumah supaya anda ada motivasi untuk mengemas.
  • Jangan kejar kesempurnaan dan elak membandingkan ruang kita dengan rumah orang lain.
Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Guna Aksesori” – Lelaki Ada Masalah Kumpul Barang Siap Beli Kereta Rosak

Baca Artikel Berkaitan: Banyak Barang Diikat Pada Axia Hingga Jatuh Berselerak Atas Jalan Raya Buat Ramai Bimbang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd