[Video] Pakar Kongsi Pros & Cons Ambil Pinjaman Kereta Selama 5 Serta 9 Tahun
Pemilihan tempoh pembayaran semula hutang kereta itu hendaklah berdasarkan sikap seseorang dalam menyimpan duit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sudah meningkat usia, sudah tentu ramai di antara kita akan mula membeli kenderaan sendiri agar dapat permudahkan urusan harian tidak kiralah motosikal atau kereta.
Namun disebabkan komitmen tinggi, ramai yang bertindak mengambil pinjaman bank bagi membayar kereta dibeli.
Antara dilema para pengguna adalah membayar semula pinjaman berkenaan dalam tempoh masa berapa tahun. Untuk info, sembilan tahun merupakan waktu maksimum bagi membayar hutang kereta tersebut.
Mana Lebih Baik, Pinjaman Kereta 5 Tahun Atau 9 Tahun?
Sebelum ini, seorang Pakar Kewangan dikenali sebagai Faiz Azmi berkongsi pandangannya tentang tempoh seseorang membuat bayaran semula pinjaman kereta.
Kebiasaannya, pengguna akan diberi pilihan lima atau sembilan tahun. Namun setiap pilihan itu sudah pasti kebaikan dan keburukan tersendiri. Jelasnya, jika anda jenis yang tidak konsisten membuat simpanan, maka pilihan tempoh lima tahun adalah lebih baik berbanding sembilan tahun.
“Kalau kamu boleh urus duit dengan bijak, sembilan tahun boleh jadi langkah yang lebih bijak.
“Contoh la bayaran bulanan Perodua Bezza dalam RM880 sebulan kalau ambil lima tahun. Ya, akan habis bayar hutang dengan cepat. Tapi dengan cara ini, mungkin kamu tak sempat bina simpanan atau pelaburan kerana komitmen bulanan yang tinggi,” kata Faiz.

Boleh Buat Pelaburan Jika Ambil Pinjaman Kereta Selama 9 Tahun
Namun begitu, jika memilih untuk membayar semula hutang pinjaman kereta dalam masa sembilan tahun, anda akan mempunyai simpanan tambahan untuk kegunaan lain misalnya dengan membuat pelaburan.
Sebagai contoh, caj dikenakan setiap bulan untuk Bezza selama sembilan tahun adalah sebanyak RM584. Baki RM296 itu boleh disimpan untuk pelaburan dengan pulangan yang lebih tinggi.
“Bayangkanlah RM296 kamu simpan untuk sembilan tahun. Tetapi itu tak mengambil kira faedah kompaun (compounding interest). Maknanya tiap-tiap bulan yang kamu simpan tu, akan ada pulangan yang beranak-pinak sampai cecah sembilan tahun.
Contoh tempat simpanan lain yang boleh menguntungkan para pengguna adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kerana ia tersedia dengan dividen sebanyak 4.05% bagi tahun lepas (2024).
“Bestnya pasal SSPN ni adalah pengguna diberi pelepasan cukai sebanyak RM8,000. Kalau korang berada dalam golongan dengan cukai yang tinggi sekitar 24-25%, RM8,000 yang kamu letak dalam SSPN tu kamu boleh dapat penjimatan cukai sebanyak 25% iaitu RM2,000,” jelasnya.

Tambah Faiz lagi, duit yang dilaburkan adalah fleksibel dan boleh digunakan semasa waktu-waktu kecemasan. Bagaimanapun, pinjaman semula dalam tempoh sembilan tahun ini sesuai bagi mereka yang pandai berjimat sahaja.
Jika anda seorang yang boros, adalah lebih praktikal untuk mengambil pinjaman lima tahun agar hutang itu dapat melangsaikan hutang dengan cepat dan tidak dibazirkan.
@financialfaiz Loan kereta 5 vs 9 Tahun? Selalu orang tertanya-tanya kan, antara dua ni, mana yang lagi berbaloi? Yang lagi berbaloi adalah…. #financialfaiz #loankereta #kereta #investment ♬ original sound – Financial Faiz
Tonton video penuh [DI SINI].
Panduan Untuk Mereka Yang Baru Pertama Kali Beli Kereta
Buat anda yang pertama kali membeli kereta, di sini kami kongsikan panduan dan langkah perlu diikuti bagi mendapatkan kenderaan idaman itu. Antaranya:

- Buat tempahan dan hantar dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan lesen dan slip gaji tiga bulan terkini kepada penasihat jualan (Sales Advisor-SA).Â
- Tunggu hingga pinjaman diluluskan oleh bank
- Tandatangan perjanjian pembelian kereta.
- Membeli nombor pendaftaran kereta jika anda inginkan abjad atau nombor tertentu.
- Tunggu sehingga kereta tempahan sampai yang kebiasaannya mengambil masa 2-3 bulan.
- Membayar duit muka kereta (down payment) mengikut kadar dalam perjanjian.
- Melakukan pendaftaran kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Mengambil kereta daripada SA.
- Membayar bulanan kereta mengikut tempoh di dalam perjanjian.
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Kereta? Ini Panduan & Tips Penting Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: Nak Beli Kereta Terpakai? Ini Cara Lakukan Pemeriksaan Untuk Elak Ditipu [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â