Honda Malaysia Perkenal HR-V Facelift Dengan Rekaan Lebih Sporty & Teknologi Terkini
Honda Malaysia melancarkan HR-V Facelift dengan pembaharuan rekaan lebih moden, ruang dalaman lebih praktikal serta teknologi keselamatan dipertingkat bagi kekal mendominasi pasaran SUV bukan nasional.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Honda Malaysia secara rasmi melancarkan HR-V Facelift, model terkini bagi tahun 2025 yang meneruskan legasi SUV bukan nasional paling laris di Malaysia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, HR-V telah mencatatkan jualan melebihi 170,000 unit dan kekal menguasai pasaran Non-National B-SUV pada kadar pegangan sebanyak 41%.
Pelancaran HR-V 2025 ini turut bertepatan dengan sambutan 21 tahun teknologi hibrid Honda di Malaysia yang terus komited dalam memperkenalkan mobiliti lestari dan teknologi lebih mesra pengguna.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, HR-V terus mengekalkan DNA pemanduan menyeronokkan dengan rekaan lebih sporty serta teknologi canggih yang memenuhi keperluan pengguna moden.
Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Kereta Honda Dalam Senarai Ini Dipanggil Semula Oleh Honda Malaysia Untuk Penukaran Pam Bahan Api
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Honda Malaysia Kongsi ‘Teaser’ City Hatchback. Lawa!
Rekaan Lebih Modern, Lebih Sporty

Rekaan luaran HR-V Baharu kini tampil lebih bergaya dengan gril hadapan baharu dipadankan bersama lampu LED penuh serta ciri Active Cornering Light bagi pencahayaan lebih optimum.
Bahagian belakang turut dilengkapi jalur lampu LED penuh yang menyerlahkan penampilan moden SUV ini.

Semua varian kini menggunakan rim dua tona bersaiz 18 inci, manakala varian e:HEV RS hadir dengan pakej RS yang lebih sporty bagi menyerlahkan DNA prestasi Honda.
Dalaman Lebih Praktikal, Teknologi Lebih Canggih
Ruang dalaman HR-V 2025 diberikan nafas baharu menerusi rekaan yang lebih praktikal dan moden. Varian RS menampilkan tempat duduk sporty dengan kemasan RS embossed, sementara konsol tengah direka semula dengan kemudahan pengecas tanpa wayar (wireless).


Paparan utama kini menggunakan skrin terapung 8 inci bagi memudahkan pemanduan serta akses lebih jelas kepada sistem hiburan dan maklumat kenderaan.
Semua varian disertakan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dilengkapi port USB-C di hadapan dan belakang.
Selain itu, sistem Air Diffusion System kekal digunakan bagi memastikan pengedaran udara lebih sekata dan selesa di dalam kabin.
Pilihan Enjin Untuk Pelbagai Gaya Pemanduan

HR-V Baharu ditawarkan dengan tiga pilihan enjin mengikut keperluan pemandu. Antaranya:
- 1.5L DOHC i-VTEC (121PS, 145Nm) – sesuai untuk kegunaan harian.
- 1.5L VTEC Turbocharged (181PS, 240Nm) – pemanduan lebih bertenaga dan menyeronokkan.
- 1.5L e:HEV Hybrid (131PS, 253Nm) – teknologi hibrid cekap dengan peralihan lancar antara EV, Hybrid dan Engine Drive.
Pemandu turut boleh memilih tiga mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport bagi menyesuaikan pengalaman memandu dengan keperluan semasa.
Ciri Keselamatan Dipertingkat, Semua Varian Lebih Lengkap

Semua varian HR-V 2025 kini didatangkan dengan Honda SENSING secara standard, termasuk ciri keselamatan tambahan seperti Adaptive Driving Beam bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih selamat.

Sistem Honda CONNECT juga dipertingkat dengan penawaran sehingga ke varian S dan E, membolehkan pemilik memantau dan mengawal fungsi kenderaan dengan lebih mudah melalui telefon pintar.
Harga & Pilihan Warna Lebih Menarik

Berikut adalah harga atas jalan tanpa insurans (OTR) bagi HR-V 2025. Antaranya:
- e:HEV RS – RM143,900
- V – RM137,900
- E – RM130,900
- S – RM115,900
HR-V Baharu turut hadir dengan dua warna baharu iaitu Phoenix Orange Pearl dan Crystal Black Pearl. Pilihan lain termasuk Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic dan Stellar Diamond Pearl.
Dengan penawaran ini, Honda yakin HR-V 2025 akan terus kekal sebagai penanda aras utama dalam pasaran SUV kompak tempatan untuk tahun-tahun akan datang.n HR-V kekal sebagai pilihan utama SUV di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai HR-V Facelift 2025, anda boleh layari laman web rasmi Honda Malaysia di www.honda.com.my.
Baca Artikel Berkaitan: Honda Malaysia Lancar The All-New Honda HR-V, Harga Bermula RM114,800
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.