Ini Tujuh Studio Pilates Di KL Anda Patut Terokai!
Senaman Pilates yang semakin popular ini membantu membetulkan postur individu selain meningkatkan fleksibiliti seseorang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, Pilates antara aktiviti yang semakin diminati ramai khususnya di kalangan anak muda.
Kalau dulu, orang ramai akan berkumpul dan berjalan dengan rakan di pusat membeli-belah, tetapi sekarang ramai mula menceburi aktiviti yang boleh meningkatkan kecergasan badan.
Alhamdulillah kesedaran yang kian meluas ini membentuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesihatan fizikal dan mental.
7 Studio Pilates Anda Boleh Kunjungi Sekitar KL
Buat anda yang berada di sekitar kawasan ibu kota dan tercari-cari studio Pilates untuk bersenam, di sini kami kongsikan beberapa studio Pilates yang boleh dikunjungi:
#1. Hills Pilates
Fokus Hills Pilates adalah kesihatan dan kesejahteraan pengunjung secara menyeluruh melalui bimbingan daripada pakar berkemahiran tinggi.
Harga bagi sesi pilates di sini adalah seperti:
Private Class
- Trial Class: RM99
- Starter Pack (3 Class): RM290
Duet Class
- Trial Class: RM160
- Starter Pack: RM480
- Waktu operasi: Isnin-Jumaat [7AM-9PM]/Sabtu-Ahad [7AM-5PM]
- Alamat: D4-G4-8, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
- Laman web: [DI SINI]
#2. Liberté Pilates
Liberté Pilates merupakan studio Pilates lengkap yang menawarkan kelas peribadi dan berkumpulan. Misi Liberté Pilates adalah untuk membantu individu mencapai tubuh badan yang lebih seimbang, bertenaga dan bebas dari rasa tegang.
Harga bagi sesi pilates di sini adalah seperti:
- Group Trial Pack 4 Class: RM200
- Group – 1 Session: RM90
- Group – 10 Pack (berkongsi): RM650
- Group – 20 Pack (berkongsi): RM1,200
- Group – 20 Pack (berkongsi): RM2500
Harga bagi sesi pilates di sini adalah seperti:
- Waktu operasi: Isnin-Jumaat [8AM-9PM]/Sabtu-Ahad [8AM-1PM]
- Alamat: B-1-2 Plaza Arkadia, 3, Jalan Intisari, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur
- Laman web: [DI SINI]
#3. Tone Reformer Pilates
Tone Reformer Pilates sesuai buat mereka yang baru mula berjinak ke arah dunia Pilates. Selain menawarkan pakej yang pelbagai, setiap sesi Pilates di sana juga disediakan tenaga pakar bagi membimbing senaman anda.
Harga bagi sesi pilates di sini adalah seperti:
PT Intro Package:
- Tier 1 – 3 Sesi: RM350
- Tier 2 – 3 Sesi: RM450
PT Tier 1:
- 1 on 1/1 Sesi: RM190
- 1 on 1/10 Sesi RM1615
- 2 on 1/1 Sesi: RM290
- 2 on 1/10 Sesi: RM2465
- Waktu operasi: Isnin-Jumaat [7.15AM-8PM]/Sabtu-Ahad [8AM-5PM]
- Alamat: Unit G-01, 1.1, Platinum Park, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal
- Laman web: [DI SINI]
#4. Urban Spring Pilates Mont Kiara
Studio Pilates ini direka dengan suasana yang lapang dan sesuai untuk anda bersenam dengan santai. Lengkap dengan peralatan Pilates dan kelas berasaskan mat (tikar), semua yang anda perlukan untuk bersenam tersedia di sana.
Di Urban Spring Pilates, setiap ruang disusun mengikut jenis kelas.
Untuk mengetahui harga-harga kelas ditawarkan, anda perlu mendaftar di aplikasi mereka menerusi IOS atau Android.
- Waktu operasi: Isnin-Khamis [7AM-9PM]/Jumaat [7AM-8PM/]Sabtu-Ahad [7AM-5PM]
- Alamat: LG1-6, LG1-7 & LG1-8 , Lower Ground 1 Level Arcoris, 10, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
- Laman web: [DI SINI]
#5. Pavilion Pilates
Pavilion Pilates terbuka untuk semua tidak kira yang baharu sahaja nak bermula, ‘kaki workout’, atau sedang dalam proses pemulihan kecederaan.
Pilates yang ditawar di sana membantu peserta memahami pergerakan dengan lebih mendalam agar mereka boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam rutin harian.
Untuk info mengenai jenis kelas dan harganya, anda boleh layari [DI SINI].
- Waktu operasi: Isnin-Jumaat [7AM-9.30PM]/Sabtu-Ahad [7AM-12PM]
- Alamat: No 2-3A & No 2-5, Kompleks Niaga LTAT, Jalan Bukit Jalil Indah 4, Taman Ltat, 57000 Kuala Lumpur
- Laman web: [DI SINI]
#6. Bliss Pilates
Bliss Pilates bukan sekadar tentang fizikal semata-mata. Ia adalah ruang selamat dan selesa, khas untuk semua wanita terutamanya buat saudari Muslimah yang nak rasa seperti di rumah sendiri.
Studio ini menjadi ruang mesra Muslimah pertama bagi Pilates, dengan suasana tertutup dan privasi yang terjaga supaya anda boleh fokus sepenuhnya pada kesihatan serta kesejahteraan diri tanpa gangguan.
Harga bagi sesi pilates di sini adalah seperti:
- Reformer Pilates Blush (4 Sesi): RM280
- Reformer Pilates Beige (12 Sesi): RM780
- Reformer Pilates Ivory (20 Sesi): RM1,240
- Reformer Pilates Drop-in (Sesi Single): RM75
- Reformer Pilates Lilac (50 Sesi): RM2,990
- Waktu operasi: Setiap hari [8AM-6PM]
- Alamat: 14, Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Laman web: [DI SINI]
#7. La Pilates
La Pilates membantu anda menguatkan teras badan dan menenangkan minda dengan kuasa Pilates. Tenaga pengajar bertauliah dari sana akan membimbing setiap sesi tersebut dengan selamat mengikut keupayaan para peserta.
Harga bagi sesi pilates di sini adalah seperti:
Machine Package
- 1 Class: RM80
- 10 Class: RM650
- 20 Class: RM1,200
- 40 Class: RM2,000
- 4 Class Starter Pack: RM199
Private Machine Class
- 1 to 1/1 Class: RM200
- 1 to 1/10 Class: RM1,750
- 1 to 1/3 Class Starter Pack: RM540
- Duet 1 Class: RM270
- Duet 10 Class: RM2,550
- Duet 2 Class Starter Pack: RM500
- Waktu operasi: Isnin-Jumaat [9AM-9PM]/Sabtu-Ahad [8AM-3PM]
- Alamat: Unit 28-2, level 2, ECO SKY 972, Batu 6 1/2, Jalan Ipoh, Taman Wahyu, 68100 Kuala Lumpur
- Laman web: [DI SINI]
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Pilates Haram Seperti Senaman Yoga? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Girls, Jom Pergi 8 Gym Ini Yang Ditubuhkan Buat Para Wanita Sahaja
Baca Artikel Berkaitan: Introducing An Exciting All-In-One Fitness Lifestyle Concept ‘The GlowHouse KL’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.