Now Reading
[Video] Wanita Kongsi Pengalaman Naik Rapid-On-Demand, Netizen Teruja Servis Hanya RM1

[Video] Wanita Kongsi Pengalaman Naik Rapid-On-Demand, Netizen Teruja Servis Hanya RM1

Difahamkan, perkhidmatan pengangkutan itu hanya perlu ditempah melalui beberapa aplikasi khas termasuk Rapid-On-Demand yang telah disediakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pengangkutan awam kini semakin dipelbagaikan dengan pelbagai inisiatif yang menepati gaya hidup pengguna. Salah satu tumpuan utama ialah usaha menambah baik mobiliti bagi penumpang last mile, iaitu perjalanan dari stesen ke destinasi akhir.

Selain MRT, LRT dan bas biasa, kini wujud satu lagi alternatif baharu yang semakin menarik perhatian pengguna iaitu perkhidmatan atas permintaan daripada Rapid KL.

Baru baru ini, seorang pengguna TikTok tampil berkongsi pengalamannya menaiki Rapid-On-Demand buat pertama kali dan hasilnya berjaya menarik minat ramai kerana ciri mesra pengguna serta penjimatan kos yang ketara.

Baca Artikel Berkaitan: Rapid KL Catat Rekod Tertinggi, Hampir 1.5 Juta Penumpang Pada 31 Disember 2024

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 15 Lokasi Stesen Terpilih Bagi Rapid KL X Mechamato Ride & Catch: Robot Hunt

Baca Artikel Berkaitan: Rapid KL Tawar Perjalanan Percuma Buat Komuniti OKU Bermula 4 Hingga 12 Disember

Jimat RM17, Pemandu Mesra & Terus Sampai Ke Destinasi

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@hnmyza), seorang wanita berkongsi pengalaman pertamanya menggunakan perkhidmatan Rapid-On-Demand yang disediakan di sekitar stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Ketika sedang berada dalam tren, dia sempat menyemak harga e-hailing ke destinasinya seperti biasa. Tambang yang tertera ketika itu hanyalah RM9.

Namun sebaik sahaja tiba di stesen dan membuat semakan semula, harga tambang telah meningkat kepada RM18. Terkejut dengan perubahan mendadak itu, dia mula mencari alternatif lain.

Secara kebetulan, dia terlihat van Rapid On Demand menunggu di kawasan berhampiran.

Tertarik dengan perkhidmatan tersebut, dia terus bertanya kepada kakitangan bertugas mengenai cara penggunaannya, lalu memuat turun aplikasi dan mencubanya sendiri.

Menurutnya, hanya RM1 sahaja yang ditolak daripada pas My50 miliknya dan jumlah itu akan dipulangkan semula ke dalam akaun.

Lebih menyenangkan, ketika menaiki van itu dia merupakan satu-satunya penumpang. Pemandu wanita yang bertugas juga disifatkan sangat mesra dan sudi berbual sepanjang perjalanan.

https://www.tiktok.com/@hnmyza/video/7516387765966146824?_r=1&_t=ZS-8xGoSi1tm5v
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Puji Servis Rapid, Kongsi Pengalaman Manis Guna Perkhidmatan Sama

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen menyambut baik inisiatif ini dan ramai yang menganggap servis Rapid-On-Demand sangat membantu terutamanya ketika harga e-hailing tidak menentu.

Ada juga pengguna lain yang berkongsi pengalaman mereka, menyatakan servis ini memang penyelamat kerana murah dan telus.

Sumber: TikTok @hnmyza
Sumber: TikTok @hnmyza

Namun begitu, ada juga yang memberi peringatan bahawa permintaan tinggi boleh menyebabkan waktu menunggu menjadi agak lama.

Walau apa pun, ramai bersetuju ia merupakan alternatif bijak terutamanya bagi pengguna My50 yang ingin maksimumkan penggunaan pas tersebut.

Sumber: TikTok @hnmyza

Rapid-On-Demand Kini Tawarkan 47 Zon Dengan Aplikasi Baharu

Sumber: Rapid Bus Sdn. Bhd.

Untuk info, Rapid-On-Demand beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kadar tambang promosi RM1 sahaja.

Menurut kenyataan rasmi Rapid Bus Sdn Bhd, perkhidmatan ini kini boleh ditempah melalui aplikasi khusus Rapid-On-Demand yang diperkenalkan secara rasmi.

Sebanyak 13 zon baharu telah diperkenalkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 47 zon setakat ini. Antaranya:

  • MRT Semantan ke KTM Segambut
  • MRT Bukit Dukung ke Sungai Sekamat
  • MRT Sungai Buloh ke Bandar Rahman Putra
  • MRT Serdang Raya Selatan ke Taman Bukit Serdang
  • MRT Metro Prima ke Taman Botani Kepong
  • MRT Kentonmen ke MITEC
  • MRT Sungai Jernih ke Taman Puncak Saujana
  • MRT Serdang Raya Utara ke Pavilion Bukit Jalil
  • MRT Taman Equine ke Lestari Perdana
  • MRT Metro Prima ke Taman Bukit Maluri
  • MRT Sri Delima ke Sri Segambut

Dua lagi zon iaitu Kota Kemuning ke Gamuda Walk Mall dan LRT Alam Megah ke Alam Megah pula boleh ditempah melalui aplikasi Kumpool.

Rapid memaklumkan bahawa aplikasi ini dibangunkan dengan keutamaan terhadap kemampanan, responsif dan mesra pengguna bagi menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama warga Lembah Klang.

Baca Artikel Berkaitan: Rapid KL Ingatkan Penumpang Agar Tidak Duduk Di Atas Panel Pandu Tren

Baca Artikel Berkaitan: Dianggarkan Hanya Separuh Sahaja Bas Rapid Beroperasi Secara Aktif – Anthony Loke


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd