Now Reading
Kunjungi Cat Cafe, Tulis Jurnal & 5 Lagi Aktiviti Solo Untuk Baiki Mood Anda

Kunjungi Cat Cafe, Tulis Jurnal & 5 Lagi Aktiviti Solo Untuk Baiki Mood Anda

Jangan tunggu orang lain kalau nak lakukan sesuatu, aktiviti secara solo juga mampu membuatkan anda ceria.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan cabaran dan kesibukan semasa meningkat dewasa, pasti ramai di antara kita yang mudah stres setiap kali melakukan sesuatu tugasan. Jika tidak dibendung, ia boleh membawa kepada keadaan lebih teruk iaitu burn out.

Ramai di kalangan masyarakat yang hanya membiarkan emosi kurang stabil berlarutan sehingga tidak sedar ia memudaratkan kesihatan mental. Sebagai contoh, dahulu gemar melakukan hobi tertentu tetapi sekarang tidak lagi.

Sebenarnya apa yang anda perlukan adalah masa untuk diri sendiri. Banyak sebenarnya aktiviti menyeronokkan di luar sana anda belum terokai lagi.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Slow Living’ Makin Popular Di Kalangan Anak Muda, Ini Tips Realisasi Gaya Hidup Itu

Aktiviti Solo Yang Boleh Dilakukan Untuk Baiki Kesihatan Mental

Buat mereka yang mahu berjinak-jinak melakukan aktiviti secara sendirian, di sini kami kongsikan antara yang anda boleh lakukan.

#1. Kunjungi Cat Cafe

Kalau anda perasan, orang ramai terutamanya pemilik bisnes F&B (Food and Beverage) sudah mula tampil dengan idea kreatif bagi membuatkan perniagaan mereka lebih unik berbanding yang lain.

Sebagai contoh, kedai makan yang dinaik taraf menjadi cat cafe (kafe kucing). Cat cafe merupakan tempat santai untuk golongan pencinta kucing untuk berinteraksi bersama haiwan comel ini sambil menikmati juadah makanan.

Sumber: The Neighbor’s Cat

Secara saintifiknya, bermain dan meluangkan masa bersama kucing mampu mengurangkan hormon kortisol atau hormon stres. Memetik Alo Dokter, dengkurannya iaitu purrr~ juga boleh menurunkan tekanan darah.

Dalam sesetengah situasi, kucing ini boleh mengesan sama ada anda sedang berada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya sebagai contoh sedih atau kemurungan. Kucing ini juga dikatakan boleh menyerap aura negatif seseorang.

Sumber: Pexels

Berikut kami kongsikan juga antara cat cafe yang boleh dikunjungi sekitar Kuala Lumpur:

Purradise Cat Cafe:

  • Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (2PM-9PM), Sabtu (2PM-10PM), Ahad (11AM-7PM)
  • Alamat: 24A, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Seri Talam Cat Cafe:

@seritalamcatcafe #cat #seritalamcatcafe #seritalamcatgallery ♬ What Is Love?(cat ver.) – TWICE

Tonton video penuh [DI SINI].

  • Waktu Operasi: Setiap hari (8AM-4PM)
  • Alamat: No. 13, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur

Coo & Riku @Lalaport BBCC, Bukit Bintang:

  • Waktu Operasi: Setiap hari (10AM-10PM)
  • Alamat: Lot L4‑05 & 06, Level 4, Mitsui LaLaport BBCC, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Puchi Marry Cat Cafe:

Monster.A Garden Cafe:

  • Waktu Operasi: Rabu-Isnin (12PM-8.30PM)
  • Alamat: No. 54, 1st Floor, Jalan Sultan, Kuala Lumpur
#2. Menulis Jurnal

Aktiviti solo seterusnya yang boleh dilakukan di rumah dan pada setiap hari adalah menulis jurnal. Caranya mudah sahaja anda hanya perlu mengambil pen serta buku nota sahaja dan kemudian mula mencatat segala yang bermain di fikiran.

Seperti yang kita tahu, setiap manusia meluahkan perasaannya dengan cara yang berbeza. Segelintir individu lebih memilih untuk berbual bersama insan tersayang dan kenalan rapat tentang masalah dilalui.

Sumber: Pexels

Namun ada juga yang memilih untuk berdiam diri kerana tidak tahu nak mula bercerita dari mana. Ia kemudiannya membuatkan seseorang itu pilih untuk memendam perkara yang dialami.

Dengan jurnal, anda boleh melepaskan segala yang anda fikirkan. Bukan sahaja tentang perkara negatif yang berlaku, malah hal-hal positif juga amat disarankan bagi meningkatkan lagi mood.

Sumber: Pexels

Kalau nak lagi ‘vibe’, pergi ke tempat yang tenang tanpa orang ramai untuk menulis jurnal sebagai contoh dalam bilik tidur, bilik belajar, taman, sungai dan sebagainya.

#3. Berzikir

Buat mereka yang beragama Islam, amalan berzikir amatlah dituntut dalam rutin harian. Berzikir merupakan satu ibadah bagi mengingati Allah SWT sama ada melalui lisan ataupun hati.

Sumber: Pexels

Menurut pendakwah Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi, keutamaan zikir disebutkan di dalam al-Quran sebagai sumber ketenangan bagi orang-orang yang beriman. Allah SWT berfirman:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

[Surah Ar-Ra’d, 13:28]

Tidak perlu tunggu waktu solat sahaja, anda boleh berzikir di mana pun anda berada sebagai contoh semasa perjalanan ke tempat kerja, ketika sedang berehat, dan sebagainya.

Di sini kami kongsikan video himpunan zikir untuk anda dengari:

#4. Bercuti Secara Solo

Kebiasaannya, anda akan merancang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan yang lain. Tetapi kali ini, apa kata anda mula menerokai kebebasan bercuti secara solo.

Sumber: Freepik

Walaupun ia kendengaran agar menakutkan lebih-lebih buat mereka yang tidak pernah melakukannya, namun percutian solo untuk beberapa hari mampu membuatkan anda tenang dan lebih mengenali diri sendiri.

Tips yang boleh kami kongsikan buat anda yang berminat untuk melancong secara solo tidak kira di dalam atau luar negara adalah:

Sumber: Pexels
  • Rancang perjalanan sebaik mungkin
  • Mengetahui tahap kekuatan diri sendiri
  • Sentiasa beritahu keberadaan anda pada keluarga
  • Bawa barangan yang diperlukan sahaja
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Percaya pada gerak hati anda
  • Sentiasa berwaspada dan jaga barangan berharga

Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu

#5. Menghias Diri

Walaupun kedengaran remeh tetapi mendandankan diri juga boleh menjadi salah satu langkah untuk menceriakan hari anda.

Kebiasaannya, kita akan bersiap apabila mahu keluar berjalan sahaja. Tetapi macam mana dengan orang yang kerap duduk di rumah sahaja?

Satu kajian oleh Temple University mendedahkan bahawa menghiaskan diri mampu meningkatkan tahap keyakinan diri.

Sumber: Pexels

Pakaian yang disarungkan juga mampu mempengaruhi mentaliti anda untuk sentiasa menghargai dan yakin dengan kecantikan diri sendiri.

Jika sudah bosan dengan pakaian-pakaian di dalam almari, anda boleh mula thrifting (membeli barangan terpakai) dan cuba fesyen terbaharu.

Sumber: Refash Malaysia
#6. Dengar Podcast

Podcast adalah satu bentuk kandungan audio digital yang boleh didengari pada bila-bila masa sahaja sebagai contoh dari YouTube atau Spotify. Podcast ini bukan sahaja memberikan hiburan kepada para pendengar tetapi juga ilmu bermanfaat.

Sumber: Pexels

Selalunya, podcast dimuat naik dalam bentuk temu bual, penceritaan atau perbincangan tentang sesuatu isu atau pengalaman hidup seseorang. Dengan mendengar podcast, anda akan mendapat motivasi daripada segala yang dibualkan.

Satu kajian tentang topik Mental Health & Preventation (2023) mendedahkan bahawa pendengar dengan kesihatan mental mendapat manfaat daripada mendengar podcast kerana perkongsian pengalaman hidup orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Podcast Untuk Kuatkan Ilmu Agama Di Bulan Ramadan. Jom Dengar!

#7. Brisk Walk (Berjalan Laju)

Berjalan secara laju mampu memperbaiki kesihatan mental seseorang dengan mengurangkan stres, anxiety dan beberapa simptom kemurungan lain.

Berjalan laju atau lebih dikenali sebagai brisk walk boleh membuat seseorang lebih ceria. Hal ini kerana aktiviti fizikal ini mampu merangsang sel dalam otak dan menghasilkan hormon gembira secara semula jadi.

Sumber: Open University Malaysia

Tidak perlu lama, 15 ke 20 minit sahaja sudah boleh memulihkan mood anda yang serabut dengan masalah duniawi itu. Berjalan kaki secara kerap turut membantu meningkatkan daya ingatan, fokus dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Joging Di Trek Baru KLCC Park, Netizen Beri Idea Buka Banyak Lagi Taman Rekreasi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd