Now Reading
‘Slow Living’ Makin Popular Di Kalangan Anak Muda, Ini Tips Realisasi Gaya Hidup Itu

‘Slow Living’ Makin Popular Di Kalangan Anak Muda, Ini Tips Realisasi Gaya Hidup Itu

Segelintir individu terlalu terkejar-kejar dalam sesuatu perkara sehingga tidak menikmati momen dalam kehidupan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu mempunyai gaya hidup mereka tersendiri. Ada yang lebih menggemari kehidupan yang aktif dan penuh dengan aktiviti. Daripada celik sahaja biji mata pada awal pagi, hinggalah ke waktu malam hidup mereka terlalu sibuk.

Segelintir masyarakat pula menyukai kehidupan yang lebih santai tanpa terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Itu sebenarnya dipanggil sebagai ‘slow living’ iaitu gaya hidup yang perlahan.

Sumber: Freepik

Manfaat utama pendekatan gaya hidup sebegitu adalah ia akan mengurangkan tekanan dipikul dan mengurangkan stres dalam setiap yang berlaku dalam kehidupan.

Mungkin ada yang salah faham, adakah slow living ini bermaksud anda perlu lebih malas? Tidak sama sekali.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Malay Mail

Individu Mudah Terpengaruh Dengan Kehidupan Orang Lain

Kalau anda perasan sejak dahulu lagi, masyarakat dibiasakan dengan istilah bahawa seseorang itu perlu rajin untuk sentiasa berjaya. Namun ramai yang salah anggap tentang perkara itu.

Bagi sesetengah individu, cara untuk berjaya adalah melakukan kerja dengan banyak dalam satu masa agar mendapatkan hasil lebih memberansangkan.

Apa yang tidak disedari adalah tindakan sedemikian akan membuatkan anda cepat berasa burn out dari segi fizikal dan mental.

Sumber: Pexels

Selain itu, kita kadangkala mudah rasa terbeban dan terlampau berfikir selepas melihat kehidupan orang lain yang dianggap lebih teratur dan berjaya berbanding diri sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Kedua Di Asia Tenggara Sebagai Negara Paling Ramai Pekerja Tidak Gembira

Sebagai contoh, ada sesetengah individu yang rasa dirinya jauh ketinggalan selepas melihat rakan lain mempunyai kerjaya tetap, ada rumah serta kereta, sudah membina rumah tangga dan banyak lagi.

Sumber: Freepik

Ramai Anak Muda Semakin Cakna Tentang Gaya Hidup Slow Living

Pun begitu, ramai juga dilihat mempunyai kesedaran tentang perkara ini.

Sebagai contoh, golongan warganet sudah mula menasihati golongan belia khususnya untuk berhenti terkejar-kejar bagi mencapai sesuatu atau mendapatkan validasi daripada seseorang.

Sumber: Freepik

Dengan cara itu, anda akan lebih tenang dan mensyukuri nikmat dan fasa kehidupan yang berikan Tuhan pada ketika itu. Ini seperti mana ungkapan, “Allah SWT memberikan sesuatu di waktu yang tepat.”

Tips Amalkan Gaya Hidup Slow Living

Buat mereka yang rasa tersangkut dalam kehidupan yang serabut, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk ke arah slow living. Antaranya:

#1. Hadkan Waktu Dalam Sesuatu Perkara

Segelintir individu sukar mengurus masa mereka lebih-lebih bab kerja. Ada yang sanggup kerja lebih masa sehingga 10-11PM walaupun masuk bekerja jam 9AM.

Alasannya? Mahu menyelesaikan semua tugasan, kadangkala disebabkan mahu membantu individu lain hingga masa dengan diri sendiri terabai.

Sumber: Pexels

Dengan meletakkan batasan dan mengehadkan waktu, anda akan lebih tenang. Dari aspek pekerjaan pula, anda tidak akan rasa ia sebagai satu bebanan yang perlu dihadap pada setiap hari.

Selain itu, jauhi sikap menunda melakukan sesuatu tugasan agar anda tidak akan terkejar-kejar semasa sudah mendekati tarikh akhir (deadline).

Sumber: Freepik
#2. Hindari Gajet Jika Boleh

Slow living mengajar seseorang untuk lebih menghargai kehidupan dan sedar tentang realiti sebenar. Fokus yang tertumpu hanya pada gajet selama 24 jam sehari mampu menyebabkan anda mudah berasa resah.

Sumber: Pexels

Penggunaan AI (kecerdasan buatan) yang semakin popular pada era ini juga dilihat mampu mengambil alih kerja manusia. Kalau dahulu, orang meluahkan perasaan kepada si rakan, kini ramai yang beralih untuk bercerita tentang emosi mereka kepada AI sebagai contoh ChatGPT.

Jika anda mempunyai sesuatu masalah, cara terbaik bagi menyelesaikannya adalah dengan bercerita kepada mereka yang dipercayai.

Sumber: Freepik
#3. Cuba Bersatu Dengan Alam Semula Jadi

Kehidupan yang sibuk selama lima hari bekerja dalam masa seminggu sememangnya membuatkan orang ramai rasa lesu dan kepenatan. Bukan sahaja di kalangan pekerja, suri rumah juga boleh merasai perkara sama.

Selain menghabiskan diri dengan berjalan di pusat membeli-belah pada hujung minggu, anda boleh mengambil kesempatan itu dengan melakukan sebarang aktiviti yang mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Sumber: Hazwani/TRP

Sebagai contoh berkelah di pantai, mandi sungai, hiking, berjoging di taman, mengunjungi taman bunga, berkayak, dan banyak lagi.

Satu kajian dari Frontiers in Psychology (2019) mendedahkan bahawa menikmati suasana alam mampu mengurangi tahap stres dialami. Yang paling penting, hargailah setiap momen tidak kira sama ada ia perkara yang kecil atau besar.

Sumber: Malay Mail

Selepas diteliti, slow living ini mempunyai pelbagai kebaikan khususnya buat diri sendiri dan meningkatkan lagi rasa syukur kita terhadap kehidupan yang dinikmati kini. 🩷

Baca Artikel Berkaitan: Apa Beza Stres & Burnout? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd