Budaya Potong Spring Kereta Untuk Kosmetik, Ramai Tak Tahu Keburukan & Risikonya
Tindakan memotong atau membakar spring kereta untuk merendahkan kenderaan boleh mengundang beberapa risiko buruk yang akan menyusahkan diri dalam jangka masa panjang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pemilik kereta pasti ada cita rasa tersendiri bila bercakap tentang gaya dan modifikasi. Ada yang sukakan gaya stance, ada yang mahu kereta nampak garang dan rendah ke bumi (lowered), sehingga tahap menyentuh jalan.
Trend merendahkan kereta dengan memotong atau membakar spring bukan perkara baru dalam dunia permotoran tempatan. Malah ada yang menganggap ia satu budaya wajib sebelum timbul rasa puas hati dengan rupa kereta sendiri.
Namun, tak semua tahu bahawa perbuatan ini boleh memberi kesan serius pada prestasi dan keselamatan kereta. Apatah lagi kalau kereta itu direka untuk ekonomi dan digunakan setiap hari untuk urusan kerja dan keluarga.
Baca Artikel Berkaitan: Cermin Lampu Brek Terlampau Gelap Jadi Punca Pengguna Jalan Raya Hampir Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang, Owner Myvi Ubahsuai Lampu Signal Jadi Warna Putih Hingga Kelirukan Orang Lain
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Axia Susah Jalan Kerana Kereta ‘Lowered’, Netizen Perli Rendahkan Lagi Hingga Cecah Lantai [Video]
Jangan Leka Ubah Suai Semata Kosmetik, Fahami Fungsi Sistem Kereta
Tidak semua kereta sesuai dimodifikasi tanpa mengambil kira jenis pemanduan, kapasiti beban, serta reka bentuk asal. Kereta mewah sekalipun, jika suspensi diubah tanpa kajian, tetap akan memberi kesan pada pengalaman pemanduan.
Bagi kereta ekonomi atau jenis kompak yang dibina untuk kegunaan bandar, sistem asal direka khusus untuk memberi keselesaan dan kecekapan bahan api.
Menukar komponen seperti spring tanpa menyesuaikannya dengan komponen lain hanya akan mengundang masalah di masa hadapan.
Modifikasi kosmetik mungkin beri rupa yang menarik di mata sesetengah pihak, tetapi realitinya, keselesaan dan keselamatan tetap menjadi keutamaan. Jangan korbankan fungsi asas kereta hanya kerana mahu nampak rare atau kental.
Potong Atau Bakar Spring Memang Nampak Lawa, Tapi Banyak Risiko Tersembunyi

Ramai pemilik kereta memilih untuk memotong atau membakar spring asal kereta demi mendapatkan rupa kenderaan yang lebih rendah (sporty). Namun tindakan ini sebenarnya memberi kesan besar kepada sistem suspensi kereta secara keseluruhan.
Antara kesan utama yang boleh berlaku ialah:
- Spring Rate Berubah
Bila spring dipotong, kadar kekerasannya berubah dan tidak lagi seimbang dengan sistem absorber asal. Spring yang didatangkan dari kilang (stock) merupakan produk akhir yang sempurna untuk berat dan bentuk sesebuah kenderaan itu. - Absorber Bekerja Lebih Keras
Disebabkan ketidakseimbangan tadi, absorber menanggung beban berlebihan dan akan lebih cepat rosak. - Spring Asal Mungkin Rosak
Apabila spring asal rosak dalam proses pembikinan (bakar atau potong), anda terpaksa keluarkan lebih banyak wang untuk mengganti komponen tersebut pada kereta. Suka untuk diingatkan, spring tidak dijual per unit (tiada ala carte), hanya dalam set sahaja. - Sukar Ditanggung Insurans dan Tiada Waranti
Jika kemalangan berlaku dan pihak adjuster dan insurans mendapati suspensi telah diubah tanpa pengisytiharan, tuntutan boleh ditolak dan sudah pasti, tiada lagi waranti untuknya.
Sport Spring Jadi Alternatif Lebih Selamat, Tapi Tetap Ada Trade-Off

Sebagai penyelesaian yang lebih baik, ramai kini beralih kepada sistem sport spring. Ia direka khas untuk merendahkan kereta dengan kadar kekerasan yang sesuai.
Dalam masa yang sama, ia juga menjadikan pengendalian lebih baik kerana pusat graviti yang lebih rendah.
Namun begitu, penggunaan sport spring juga memberi kesan dari segi keselesaan. Apabila kereta direndahkan, sistem suspensi perlu dikeraskan untuk elak badan kereta dan tayar bergesel.
Dalam pada itu, ini menyebabkan rasa hentakan lebih kuat, terutama bila melalui jalan tidak rata. Bagi pemilik kereta yang hanya ada satu kenderaan juga digunakan untuk keluarga dan urusan harian, ini boleh menjadi sangat tidak praktikal.
Apatah lagi apabila perlu parkir kenderaan di lot bertingkat, muatan ramai menyebabkan kenderaan lebih rapat ke tanah, dan penumpang pula terpaksa tanggung rasa melantun dalam kabin.
Jadi, walaupun sport spring menjadi alternatif yang lebih selamat, ia masih lagi bukan penyelesaian mutlak.
Ubah Kereta Biar Kena Tempat, Bukan Sekadar Nak Nampak Berbeza

Modifikasi kereta bukanlah satu dosa, tapi ia perlu dibuat dengan ilmu dan kefahaman agar tidak menyusahkan diri pada masa akan datang.
Tidak semua perubahan sesuai untuk semua jenis kereta, apatah lagi jika kereta itu digunakan setiap hari untuk urusan penting dan melibatkan penumpang ramai.
Lainlah anda seorang pelumba, dan kenderaan itu sememangnya perlu modifikasi ekstrem serta hanya digunakan dalam trek bagi tujuan pertandingan.
Jangan sampai gaya jadi punca risiko. Apa yang nampak cool di mata orang mungkin sebenarnya menyusahkan dan membahayakan dalam jangka masa panjang.
Baca Artikel Berkaitan: “Wujud Lagi Jenis Ni?” – Kereta Terlalu ‘Lowered’ Hingga Sukar Bergerak Raih Kecaman Ramai [Video]
Jika ingin ubah suai, pilihlah komponen yang diyakini selamat dan sesuai dengan spesifikasi asal kereta.
Ingat, apa sahaja modifikasi pada kereta yang mengorbankan fungsi asal akan sentiasa menjadi downgrade dan bukannya upgrade.
Akhir sekali, tujuan utama kenderaan ialah memberi keselesaan dan keselamatan. Biarlah ubah suai itu menambah nilai, bukan mengurangkannya.
Semoga bermanfaat buat semua pemilik kereta yang sedang mempertimbangkan untuk up gaya tunggangan masing-masing.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lebih 2 Juta Tontonan, Myvi ‘Lowered’ Keluar Percikan Api Ketika Dipandu Bikin Ramai Bimbang
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bakar Lemang Ke?” – Myvi ‘Flex’ Ekzos Berapi & Siap Letak Kereta Di Parkir OKU [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lampu DRL Dan Fog Lamp, Bila Anda Perlu Guna?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



