Now Reading
[Video] Wanita Jelaskan Kenapa Tak Boleh Guna Perfume Kalau Nak Hormon Sihat & Tidak Haywire

[Video] Wanita Jelaskan Kenapa Tak Boleh Guna Perfume Kalau Nak Hormon Sihat & Tidak Haywire

Difahamkan, beberapa jenis bahan dalam wangian berkemungkinan menjadi faktor utama hormon lelaki dan wanita terganggu tanpa disedari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam kesibukan memilih bauan yang menyenangkan, tidak ramai yang menyedari bahawa kandungan dalam produk pewangi harian boleh membawa kesan yang jauh lebih besar terhadap kesihatan diri.

Bau wangi memang sinonim dengan keyakinan dan penjagaan diri. Namun bagi sesetengah individu, penggunaan minyak wangi (perfume) yang berlebihan atau mengandungi bahan tertentu sebenarnya boleh mencetuskan gangguan hormon.

Fenomena ini bukanlah suatu perkara baharu, malah sudah mula dibincangkan oleh pakar-pakar kesihatan dan pengguna yang mula cakna terhadap produk harian mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Obesiti Dialami Para Wanita Boleh Jadi Punca Hormon Terganggu

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Tak Malas, Cuma Tak Ada Sistem” – Lelaki Kongsi Cara Saintifik Hilangkan Rasa Malas

Baca Artikel Berkaitan: Tips Untuk ‘Hack’ Hormon Gembira Dalam Tubuh Badan Anda. Jom Try!

Wangian Harian Mungkin Penyebab Hormon Tak Stabil

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@nurulaziahzaki), seorang wanita berkongsi pengalamannya menghadapi masalah hormon yang tidak stabil dipercayai berpunca daripada penggunaan minyak wangi dalam rutin harian.

Menurutnya, dia dahulunya sangat meminati minyak wangi sehingga menjadikannya sebagai koleksi. Setiap kali muncul haruman baharu yang menarik, dia akan membelinya dan memakainya secara bergilir-gilir.

Namun dalam tempoh sama, dia mengalami gangguan hormon yang ketara. Antaranya termasuk kitaran haid yang tidak menentu, senggugut yang sangat menyakitkan, serta sakit kepala teruk menjelang waktunya.

Tambahnya lagi, ketika itu dia tidak menyedari bahawa minyak wangi yang digemarinya itu mengandungi bahan yang menyumbang kepada kemasukan xenoestrogen dalam badan.

Bahan tersebut dipercayai boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon tanpa disedari. Kini, dia memilih untuk menggunakan minyak pati (essential oil) berasaskan bunga seperti geranium yang lebih lembut dan tidak mencolok baunya.

https://www.tiktok.com/@nurulaziahzaki/video/7514959185948249352?_r=1&_t=ZS-8xACzQ06r1c
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Setuju, Kongsi Pengalaman Hormon Tidak Stabil Kerana Wangian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian tersebut dan turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Ada yang mendakwa mula mengalami simptom pelik seperti pening kepala, jerawat hormon dan haid tidak menentu selepas mula obses dengan perfume tertentu.

Sumber: TikTok @nurulaziahzaki
Sumber: TikTok @nurulaziahzaki

Menurut beberapa pengguna, bukan sekadar perfume, bahkan banyak lagi produk harian seperti jenis pakaian, sabun, syampu dan pelembut kain juga boleh mengandungi bahan yang bertindak sebagai pengganggu hormon.

Sumber: TikTok @nurulaziahzaki
Sumber: TikTok @nurulaziahzaki

Minyak Wangi & Gangguan Hormon Sebenarnya Ada Kaitan

Sumber: Freepik

Berdasarkan semakan kami, terdapat beberapa kajian saintifik yang menunjukkan kaitan antara kandungan dalam minyak wangi dan gangguan hormon.

Salah satu bahan utama yang sering dikaitkan dengan isu ini ialah phthalates, sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memanjangkan bau serta membantu perfume melekat lebih lama pada kulit dan fabrik.

Difahamkan, bahan ini boleh bertindak sebagai pengganggu endokrin (endocrine disruptors), yang memberi kesan kepada beberapa perkara. Antaranya:

  • Kitaran haid wanita
  • Kualiti sperma lelaki
  • Keseimbangan hormon estrogen dan testosteron
  • Risiko ovulasi tidak normal atau penghasilan sperma terganggu

Berdasarkan kajian dari Science Direct (2017), individu yang terdedah kepada kadar phthalates yang tinggi menunjukkan tahap hormon (testosteron) yang lebih rendah.

Sementara itu, kajian dari jurnal Fertility and Sterility (2019) pula mendapati wanita dengan kandungan phthalates tinggi dalam air kencing mengalami kadar kejayaan In Vitro Fertilization (IVF) yang sangat minima.

Pendedahan bahan ini bukan hanya datang dari minyak wangi, tetapi juga termasuk dengan:

  • Sabun wangi
  • Pewangi bilik
  • Losyen berbau
  • Pelembut pakaian

Kurangkan Bau Wangi Sintetik, Pilih Alternatif Lebih Sihat

Tidak salah untuk ingin berbau wangi. Tetapi dalam konteks menjaga hormon, terutama bagi wanita yang cuba hamil (TTC), pemilihan produk harus lebih dititik beratkan. Antara langkah praktikal yang boleh diambil adalah:

  • Pilih produk tanpa pewangi sintetik (label “fragrance-free” atau “phthalate-free”)
  • Elakkan menyembur minyak wangi terus ke kulit
  • Kurangkan penggunaan produk pewangi dalam ruang tertutup seperti bilik tidur
  • Gunakan minyak pati semula jadi (essential oil) dengan bau yang lembut dan bersumberkan tumbuhan

Langkah ini bukan sekadar pilihan gaya hidup tetapi satu bentuk perlindungan jangka panjang terhadap kesuburan dan keseimbangan dalaman.

Hormon yang seimbang sangat penting untuk memastikan ovulasi yang normal, penghasilan sperma yang sihat, dan keseimbangan antara estrogen dan progesteron.

Jika anda sedang cuba untuk hamil, atau mahu menjaga kesihatan reproduktif jangka panjang, semak semula barangan harian anda. Mungkin langkah kecil ini mampu membawa perubahan besar dalam hidup.

Baca Artikel Berkaitan: LAC Malaysia Perkenal Mega Maca Untuk ‘Boost’ Tenaga & Kecergasan Tubuh Buat Kaum Adam

Baca Artikel Berkaitan: ‘Detox’ Media Sosial & 6 Lagi Jenis Rehat Jika Badan Anda Rasa ‘Burnout’

Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd