Now Reading
Uniqlo Buka ‘Roadside Store’ Pertama Di Negeri Sembilan

Uniqlo Buka ‘Roadside Store’ Pertama Di Negeri Sembilan

Pembukaan Roadside Store di Seremban 2, Negeri Sembilan ini juga bertepatan dengan ulang tahun ke-15 Uniqlo dan ia turut mudah diakses oleh orang ramai selain dekat dengan kawasan perumahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja mengenai jenama pakaian Uniqlo yang berasal dari Jepun ini, pastinya ia menjadi kegemaran ramai.

Mana tidaknya, rekaan pakaian yang trendy dan sesuai dengan cita rasa orang ramai ini telah membuatkan jenama itu sebagai pilihan utama kebanyakan masyarakat di negara ini.

Bukan itu sahaja, jenama ini turut memberikan pelanggan kualiti pakaian yang baik serta sesuai dengan pengayaan rakyat di negara ini bagi setiap lapisan umur.

Uniqlo buka Roadside Store pertama di Negeri sembilan

Hari ini (9 Mei), Uniqlo telah melakar satu lagi kejayaan jenamanya di negara ini apabila membuka satu lagi roadside store yang pertama di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Ini secara tidak langsung menjadikan ia kedai keenam yang berada di tepi jalan di seluruh negara setakat ini.

Lokasi ini telah mencerminkan komitmen berterusan jenama berkenaan dalam menjadikan pakaian harian berkualiti tinggi yang lebih mudah untuk dikunjungi, selain mewujudkan peluang pekerjaan tempatan serta menyokong komuniti melalui falsafah teras LifeWear jenama itu.

“Memandangkan Uniqlo meraikan ulang tahunnya yang ke-15 di Malaysia pada tahun ini, kami ingin kekal fokus untuk berkembang bersama-sama pelanggan dengan menawarkan kualiti tinggi dan berfungsi selain lebih mudah untuk diakses,” kata Ketua Pegawai Operasi Uniqlo Malaysia, Rie Aramoto.

Pembukaan di Seremban 2 cerminkan komitmen Uniqlo kepada komuniti tempatan

Selain itu, pembukaan jenama pakaian ini di Seremban 2 merupakan perkara penting dalam pelan perkembangan strategik di Malaysia.

Jelasnya, ia mencerminkan komitmen mereka kepada komuniti tempatan dan mewakili satu lagi langkah dalam misi untuk menjadikan LifeWear untuk semua.

Sempena meraikan ulang tahun Uniqlo ke-15

Bukan hanya itu, pembukaan ini juga bertepatan dengan ulang tahun ke-15 Uniqlo selepas memasuki pasaran di Malaysia sejak 2010.

Jenama pakaian ini telah berkembang dengan pesat di seluruh negara dengan rekaan pakaian yang teliti termasuklah kualiti untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Roadside Store baharu ini terletak di tengah-tengah kawasan Seremban 2 dan berkeluasan sekitar 12,000 kaki persegi.

Apa yang lebih menarik ia terletak di kawasan yang sedang membangun serta dekat dengan kemudahan yang mesra keluarga seperti kawasan perumahan dan sebagainya.

Rekaan kedai di Seremban 2 utamakan komuniti

Malah roadside store di Seremban 2 ini juga memberikan pelanggan pengalaman untuk membeli belah dengan ruang yang lebih luas.

Tidak hanya itu ia juga direka dengan mengutamakan komuniti seperti:

  • Tempat letak kereta yang luas
  • Susun atur yang tidak mempunyai tangga
  • Mudah diakses setiap lapisan umur termasuklah warga emas serta individu kurang upaya.

Seperti yang diketahui umum, kedai pakaian ini menawarkan pelbagai jenis pakaian untuk kehidupan hari yang berkualiti tinggi serta selesa dan memenuhi keperluan golongan lelaki, wanita termasuklah kanak-kanak.

Selain itu, pelanggan atau peminat jenama ini juga boleh mendapatkan koleksi bermusim terkini, termasuklah pakaian versatil asas, pakaian sukan dan juga pakaian kasual yang trendy serta bergaya.

Promosi eksklusif turut ditawarkan sempena pembukaan cawangan di Seremban 2, siap boleh menang baucar RM1,000

Untuk meraikan pembukaan Roadside Store di Seremban 2 ini, Uniqlo turut menawarkan promosi ekslusif serta barangan baharu edisi terhad yang hanya boleh didapatkan di cawangan ini.

Tawaran istimewa ini merupakan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan berterusan mereka.

Selain itu, mana-mana pelanggan yang berbelanja minimum RM250 dalam satu resit tunggal juga boleh menyertai cabaran Batu Seremban dan memenangi hadiah wang tunai RM1,000.

Pengumuman pemenang bagaimanapun akan diumumkan pada 12 Mei.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd