Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di ASEAN, Ada Yang Sampai Berhutang
Menurut Profesor Keusahawanan dan Perniagaan UMK Dr Nik Maheran, ramai di kalangan anak muda sekarang yang menangguh perkahwinan mereka kerana bebanan kewangan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam Islam, menyegerakan majlis pernikahan dan menghalalkan pasangan adalah satu perkara yang dituntut dan dikira sebagai ibadah.
Namun perkara yang merumitkan sesuatu perkahwinan itu apabila ada pihak yang mahukan majlis persandingan atau akad nikah yang serba mewah.
Buat mereka yang tidak begitu mampu, ia boleh menjadi satu beban yang perlu ditanggung. Oleh disebabkan itu, kalau anda perasan pada ketika ini, majlis persandingan secara tertutup atau ‘intimate wedding’ sudah menjadi satu trend di kalangan masyarakat.
Meskipun ramai yang memilih kenduri sebegitu dengan alasan mahu menghabiskan masa lebih bersama kenalan rapat, tetapi ramai juga berpandangan bahawa ia lebih jimat.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rata-rata Anak Muda Anggar RM20,000 Wajar Sebagai Wang Hantaran Kahwin
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Raja Sehari Minta Tetamu Bayar Majlis Undang Pelbagai Reaksi. Setuju Atau Tidak?
Satu Majlis Perkahwinan Kini Boleh Mencecah Hingga RM200,000
Baru-baru ini, Profesor Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata inflasi, peningkatan kos dewan dan katering, serta jangkaan masyarakat telah menyebabkan perbelanjaan sesuatu majlis perkahwinan melonjak antara RM50,000 dan RM200,000.
Perkara ini sekaligus menyumbang kepada cabaran kewangan yang ketara bagi pasangan lebih muda untuk menabung bagi mengadakan majlis tersebut.

“Perbelanjaan perkahwinan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asean, dengan kos purata antara RM50,000 hingga RM200,000.
“Sebagai perbandingan, perkahwinan di Kemboja dan Filipina jauh lebih berpatutan, dengan purata sekitar AS$15,000 (RM71,000) dan AS$4,800 (RM22,800), masing-masing,” ujar beliau.
Ramai Terpaksa Berhutang Semata-mata Untuk Bayar Kos Perkahwinan
Memetik The Sun, kajian mendedahkan bahawa pasangan bangsa Cina memperuntukkan lebih banyak dana untuk tempat persandingan mewah dan katering.
Manakala pasangan bangsa Melayu dan India kebiasaannya mengutamakan deko dan jemputan yang ramai.

Sumber: Pexels/Lerozza Wedding Hall
Tanpa mengira budaya, kos perkahwinan yang semakin meningkat memberi kesan kepada semua masyarakat, menyebabkan ramai pasangan terpaksa berhutang untuk membiayai hari istimewa impian mereka.
“Ada yang membuat pinjaman peribadi atau mengumpul hutang kad kredit antara RM30,000 hingga RM100,000.
“Lebih membimbangkan, Jabatan Insolvensi Malaysia telah mengaitkan beban kewangan berkaitan perkahwinan dengan peningkatan kes muflis dalam kalangan anak muda Malaysia,” jelas Dr Nik Maheran.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Faktor Golongan Muda ‘Blacklist’ Awal
Baca Artikel Berkaitan: 53,000 Individu Bawah 30 Tahun Di Malaysia Miliki Hutang Terkumpul Sebanyak RM1.9 Bilion – AKPK
Tangguh Hari Perkahwinan Kerana Bebanan Kewangan
Malah, profesor itu juga berkata bebanan kewangan juga menjadi penyebab mengapa ramai anak muda kerap menangguhkan pernikahan.
“Statistik menunjukkan bahawa kadar perkahwinan dalam kalangan warga Cina Malaysia telah menurun secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurun daripada 9.8% setiap 1,000 pada 2016 kepada hanya 6.6% pada 2022. Trend ini terus menurun pada 2024.
“Memandangkan kos sara hidup dan harga hartanah terus meningkat, kadar perkahwinan mungkin menurun lagi melainkan keadaan ekonomi bertambah baik,” kata beliau.

Sumber: Pexels
Perlu Tetapkan Bajet Perkahwinan Lebih Awal Agar Semua Berjalan Lancar
Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh generasi sekarang bagi mengelakkan diri terjerat dalam masalah bebanan kewangan akibat pernikahan.
Dr Nik Maheran menasihati para pasangan di luar sana untuk menetapkan bajet yang jelas lebih awal, membolehkan mereka merancang mengikut kemampuan mereka.
Selain itu, perlu membuat tabung simpanan agar anda tidak bergantung kepada pinjaman di kemudian hari.

Cara bagi mengurangkan kos dengan lebih ketara adalah menetapkan jumlah tetamu yang lebih sedikit atau memilih tarikh perkahwinan di luar waktu puncak sebagai contoh ketika cuti umum.
“Elakkan ikut orang lain dalam melangsungkan perkahwinan yang besar jika tidak mampu. Buat perkahwinan kecil-kecilan, dan mungkin rancang untuk meraikan ulang tahun ke-10 atau ke-25 yang gah apabila anda mempunyai pendapatan yang stabil,” ujarnya.
Raih RM40,000 Hasil Buat Lebih Dari Satu Pekerjaan Untuk Simpanan Perkahwinan
Tegas profesor itu lagi, anak muda perlu ingat bahawa majlis perkahwinan hanya mengambil masa sehari sahaja tetapi pendapatan yang stabil adalah untuk selamanya.
Sebagai contoh, seorang eksekutif perkhidmatan pelanggan, Nurizyan Syafiqah Mohd Shafruddin, 27, berjaya membiayai perkahwinannya yang berjumlah RM40,000 sepenuhnya melalui simpanan sahaja dan bukan pinjaman.

“Saya mempunyai bajet simpanan RM40,000 untuk majlis perkahwinan, termasuk kedua-dua majlis nikah dan bersanding.
“Untuk tambah pendapatan, saya menjual minyak wangi dan melakukan pemasaran gabungan (affiliate) Shopee, menggunakan pendapatan tambahan itu untuk perbelanjaan harian sambil menyimpan sepenuhnya gaji saya untuk majlis perkahwinan.”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.