Now Reading
ecoBrown’s Brice Lancar Perisa Baru Truffle Dengan Kumpulan K-Pop TREASURE Di Acara Pelancaran Eksklusif

ecoBrown’s Brice Lancar Perisa Baru Truffle Dengan Kumpulan K-Pop TREASURE Di Acara Pelancaran Eksklusif

Peminat berpeluang bertemu ahli TREASURE secara eksklusif dengan hanya membeli satu Brice perisa Truffle dan satu lagi mana-mana perisa, serta menyertai peraduan seperti ditetapkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


SW Food, di bawah jenama ecoBrown’s, akan melancarkan perisa ketiga snek sihat Brice iaitu “Truffle”, dengan menampilkan kumpulan K-pop terkenal, TREASURE, di acara pelancaran untuk bertemu peminat di Malaysia.

Ini selepas kejayaan dua pilihan perisa iaitu Spicy Cheese dan Seaweed, mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak dilancarkan tahun lalu.

Kumpulan K-Pop TREASURE Di Sunway Pyramid

Sumber: Instagram @ecobrownsrice

Acara ini akan berlangsung selama lima hari, dari 29 Mei hingga 2 Jun, di Sunway Pyramid Orange Concourse. Pada 30 Mei, seramai 100 peminat bertuah berpeluang hadir ke sesi pertemuan eksklusif bersama ahli-ahli TREASURE yang mereka sayangi, CHOI HYUN SUK, DOYOUNG, HARUTO, dan PARK JEONG WOO.

Peminat-peminat akan menerima barangan yang telah ditandatangani dan berpeluang bergambar berkumpulan bersama TREASURE sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Syarat Penyertaan Peraduan

Untuk menyertai sesi meet-and-greet bersama TREASURE, peminat-peminat bertuah akan dipilih berdasarkan syarat penyertaan dengan membeli sekurang-kurangnya satu (1) Brice berperisa Truffle dan satu lagi mana-mana perisa.

Tempoh penyertaan akan berlangsung pada 14 April hingga 11 Mei 2025 dan 100 peminat bertuah akan diumumkan pada 19 Mei 2025.

Langkah Penyertaan Mudah

  • Langkah 1: Membeli produk Brice (sekurang-kurangnya 1 perisa truffle dan satu lagi perisa) dalam satu resit untuk layak menyertai peraduan.
  • Langkah 2: Ambil gambar jelas atau rakam video pendek (dalam 15 saat) yang memaparkan produk Brice
  • Langkah 3: Muat naik gambar/video anda di Facebook, Instagram, atau TikTok dan gunakan hashtag #BricewithTREASURE dan tag @ecobrownsrice untuk menyertai peraduan.
  • Langkah 4: Ambil gambar resit sebagai bukti pembelian dan muat naik melalui Google Form (tersedia di laman web atau halaman Instagram @ecobrownsrice) untuk melengkapkan penyertaan.

Aktiviti Interaktif & Hadiah Istimewa

Selain itu, pengunjung-pengunjung juga berpeluang memenangi ‘hadiah istimewa’ jika berjaya melengkapkan tiga aktiviti permainan.

Ketua Pemasaran SW Food, Vynce Lim berkata pelancaran snek ketiga keluaran ecoBrown’s itu bertepatan dengan slogan ‘Snack the Smart Way’ kerana ia mencipta detik istimewa bersama kawan-kawan dan keluarga tersayang apabila merasai produk itu.

“Truffle bukan sahaja menawarkan snek yang lazat tetapi juga dihasilkan daripada beras berkualiti premium dengan bahan-bahan terpilih. Ia juga mampu memberikan kepuasan buat mereka yang menggemari snek ringan sambil mengekalkan tubuh badan yang sihat.

“Jadi, kami sangat teruja dengan pelancaran ini dengan penampilan khas kumpulan K-pop terkenal, TREASURE dan memberikan pelanggan setia kami pengalaman eksklusif yang tidak dapat dilupakan,” kata Vynce.

Untuk makluman, produk Brice boleh didapati di pasar raya besar seperti Jaya Grocer, Mydin, Lotus’s, AEON dan lain-lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd