Now Reading
[Eksklusif] CEO KyoChon Malaysia Dedah Fakta Menarik Tentang KyoChon Chicken Yang Ramai Tak Tahu

[Eksklusif] CEO KyoChon Malaysia Dedah Fakta Menarik Tentang KyoChon Chicken Yang Ramai Tak Tahu

KyoChon mula menjejakkan kaki ke Malaysia pada tahun 2014 dengan pembukaan restoran flagship pertama di 1 Utama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila teringat nak makan ayam goreng, jenama terkenal yang akan terlintas di kepala semestinya KyoChon Chicken, kan? Waktu tengah lapar, kalau terfikir dan sukar untuk dapat dalam masa yang sama; terseksa jugalah rasanya.

Di sini kami ingin merungkaikan serba sedikit tentang sejarah jenama KyoChon yang mungkin ramai tidak tahu.

Nama & Asal Usul KyoChon Chicken

Untuk pengetahuan umum, nama KyoChon ini berasal daripada dua perkataan Korea — “Kyo” yang bermaksud kebijaksanaan dan pencerahan, manakala “Chon” pula bermaksud kampung atau pekan.

Nama ini diilhamkan daripada sekolah tradisional Korea yang dikenali sebagai ‘hyanggyo’, yang suatu ketika dahulu wujud di setiap kampung. Ia melambangkan semangat kami terhadap ilmu, dan juga kecintaan terhadap rasa.

Ditubuhkan di Gumi, Korea Selatan pada tahun 1991, KyoChon Chicken kini merupakan jenama global terkenal dengan ayam goreng Korea yang berkualiti tinggi dan autentik.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

KyoChon Chicken Berpegang Pada 3 Janji Ini Buat Para Peminat Ayam Goreng

#1. Bahan Terbaik
Pihak KyoChon hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk pengalaman makan yang asli dan menyeluruh.

#2. Gaya Hidup Sihat
Pihak KyoChon komited menyokong gaya hidup seimbang dengan memastikan makanan mereka menepati piawaian nutrisi dan kualiti yang tinggi.

#3. Kesempurnaan dalam Setiap Sajian
Setiap keping ayam disediakan dengan penuh teliti, perhatian, dan semangat — demi rasa yang tidak pernah kompromi.


Ayam Goreng KyoChon Dimasak Segar, Bukan Makanan Segera

Tidak seperti rangkaian makanan segera, KyoChon Chicken ialah restoran servis penuh di mana setiap pesanan dimasak segar dari dapur — tiada microwave, tiada pemanas.

#1. Ayam Premium

Kami hanya gunakan ayam broiler halal, segar, bebas antibiotik dan hormon yang dibesarkan dalam persekitaran terkawal, bebas virus. Ayam mereka berumur 30–35 hari, iaitu tempoh terbaik untuk daging yang juicy dan lembut.

#2. Gorengan Lebih Sihat

Ayam mereka juga digoreng menggunakan minyak kanola premium — rendah lemak tepu dan terbukti baik untuk kesihatan. Kaedah gorengan pula sangat unik iaitu menggunakan sedikit salutan tepung, menghasilkan ayam yang rangup tetapi kurang berminyak.

#3. Sos Asli dari Korea

Setiap perasa, sos dan glaze dibuat daripada bahan semula jadi yang ditanam di Korea — 100% bebas MSG dan bahan tambahan. Semuanya dihasilkan di satu kilang khas di Seoul dan diimport sejuk beku ke Malaysia, supaya rasa yang anda nikmati sama seperti di Korea.

Menariknya, perisa mereka juga berubah mengikut musim — contohnya, Red Pepper Series akan jadi lebih pedas antara Jun hingga Oktober disebabkan cuaca panas dan kering di Korea waktu itu.


KyoChon Chicken di Malaysia

Untuk yang mungkin tidak tahu, KyoChon mula menjejakkan kaki ke Malaysia pada tahun 2014 dengan pembukaan restoran flagship pertamanya di 1 Utama Shopping Centre. Sejak itu, mereka berkembang pantas ke seluruh negara, memperkenalkan rasa ayam goreng Korea yang digemari ramai kepada rakyat Malaysia.

Kini, dengan 36 cawangan di seluruh Malaysia, mereka terus kekal konsisten dalam menyajikan hidangan yang dimasak segar dengan kualiti tinggi, sambil mengekalkan keaslian resepi dari Korea.

Pensijilan Halal di Malaysia

Sejak hari pertama di Malaysia, KyoChon Chicken telah komited menggunakan hanya bahan-bahan Halal berkualiti tinggi dari Korea. Pada tahun 2023, mereka menerima pensijilan rasmi Halal dari JAKIM, sebagai tanda kesungguhan mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan.

Kini, kesemua 31 cawangan mereka di Malaysia beroperasi mengikut piawaian Halal yang ketat dan 5 lagi cawangan sedang menunggu kelulusan permohonan Halal.

Mereka teliti dalam setiap aspek, dari pemilihan bahan hingga proses dapur supaya semua operasi mereka selari dengan standard Halal tertinggi.

Usaha ini bukan sekadar memenuhi syarat, tapi juga tanda penghormatan mereka kepada nilai tempatan, dan untuk membolehkan mereka menyambut lebih ramai pelanggan dari pelbagai latar belakang di seluruh negara.

Setiap bahan termasuk sos dan perapan istimewa dihasilkan dari kilang di Korea yang telah disahkan Halal, jadi anda boleh nikmati rasa asli tanpa ragu.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Interview Eksklusif TRP Bersama Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon Malaysia

#1. Bagaimana perjalanan pertumbuhan KyoChon di Malaysia, dan bagaimana ia berbanding dengan pasaran ASEAN yang lain?

Perjalanan pertumbuhan KyoChon di Malaysia boleh dikatakan sangat luar biasa. Kami mula menapak ke pasaran Malaysia pada tahun 2013 dengan misi yang ringkas tetapi penuh cita-cita iaitu menyajikan ayam goreng Korea yang autentik menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi, sambil memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman makan yang terbaik.

Hari ini, dengan 36 cawangan aktif di seluruh negara, mereka dengan bangganya mengakui bahawa Malaysia merupakan pasaran luar negara mereka yang paling berjaya setakat ini.

Industri F&B sememangnya mencabar — ramai jenama sukar untuk kekal relevan melebihi sedekad, apatah lagi dengan gangguan besar seperti pandemik.

Namun begitu, kejayaan mereka di Malaysia membuktikan tiga perkara:

  • Ketahanan pasukan
  • Kesetiaan para pelanggan
  • Tarikan global terhadap masakan Korea

Apa yang lebih mengagumkan, rakyat Malaysia bukan sahaja menyukai makanan mereka, tetapi turut menyambut pengalaman budaya dan kulinari Korea secara menyeluruh.

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, Malaysia kini mendahului semua pasaran luar negara KyoChon dari segi jumlah cawangan, mengatasi negara-negara berikut:

  • China – 19 cawangan
  • Indonesia – 12 cawangan
  • Taiwan – 7 cawangan
  • UAE – 5 cawangan
  • Amerika Syarikat – 4 cawangan
  • Kanada – 1 cawangan

Kebolehan mereka untuk berkembang sambil mengekalkan konsistensi dalam kualiti produk dan kecemerlangan servis adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

Sebagai pengiktirafan atas pencapaian ini, KyoChon Malaysia pernah menerima anugerah Best Business Partner daripada KyoChon Korea pada tahun 2018 — satu bukti bahawa operasi mereka mantap dan pendekatan mereka sentiasa mengutamakan pelanggan.

Melangkah ke masa depan, Malaysia kekal sebagai pasaran pertumbuhan utama. KyoChon komited untuk terus mengukuhkan kehadiran mereka dan menyajikan pengalaman ayam goreng Korea terbaik di rantau ini.

#2. Berapa banyak ayam yang KyoChon jual setiap hari?

Secara purata, KyoChon Malaysia menghidangkan lebih 86,000 ketul ayam setiap hari di 36 cawangan di seluruh negara. Permintaan terhadap ayam goreng yang segar dan berkualiti tinggi terus meningkat saban tahun — terutamanya di kawasan tumpuan tinggi seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru.

#3. Bagaimana cita rasa rakyat Malaysia berubah sejak 10 tahun kebelakangan ini?

Sepanjang dekad lepas, rakyat Malaysia semakin terbuka dan adventurous bila bab makanan — hasil pengaruh budaya global, media sosial dan juga pengalaman travel.
Masakan Korea, Jepun dan Timur Tengah semakin diminati, dengan selera yang condong kepada rasa yang lebih bold dan bahan yang autentik.

Pada masa yang sama, banyak juga menu fusion tempatan muncul — gabungan rasa antarabangsa dengan elemen Malaysia.

Gaya pemakanan sihat pun makin jadi keutamaan. Ramai yang cari bahan segar dan cara masakan yang rendah lemak. Dalam masa yang sama, faktor “senang dan cepat” tetap penting, dengan servis penghantaran makanan dan pesanan digital jadi kebiasaan.

Dan hari ini, pemilihan makanan rakyat Malaysia banyak dipengaruhi oleh variasi, pilihan custom dan kualiti.

#4. Apa yang KyoChon ubah dalam model bisnes untuk disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia?

Menyesuaikan diri dengan budaya makan orang Malaysia memang jadi antara tunjang utama kejayaan kami. Di Korea, KyoChon terkenal dengan konsep chimaek — ayam goreng dan bir (atau maek-ju dalam bahasa Korea). Biasanya makan lepas waktu kerja dengan kawan atau rakan sekerja.

Kedai buka 4 petang, tutup lewat malam.

Tapi di Malaysia, gaya makan lain. Orang Malaysia makan ayam goreng dari pagi sampai malam — biasanya dengan nasi dan minuman tanpa alkohol. Bila bawa masuk jenama ni ke sini, kami terus ubah cara operasi dan menu supaya sesuai dengan rutin tempatan.

Langkah penting seterusnya iaitu mendapatkan sijil Halal. Kami betul-betul teliti dari segi sumber bahan, proses dapur, hingga ke pembuatan sos di Korea. Semuanya ikut standard Halal tertinggi. Sijil ini bukan saja tanda penghormatan kami kepada nilai tempatan, tapi juga membuka pintu untuk kami berkhidmat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Dari segi kesihatan pula, kami kekal konsisten gunakan ayam segar (bukan beku), tanpa antibiotik, dan digoreng guna minyak kanola — pilihan lebih sihat sebab kurang lemak tepu. Kami juga nampak trend permintaan untuk penghantaran makanan, jadi kami bekerjasama secara strategik dengan GrabFood.

Bila pandemik melanda dan tabiat makan berubah, kerjasama ni bantu kami kekal relevan. Intinya, kami kekalkan identiti Korea kami – tapi dalam masa yang sama fleksibel dengan cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Gabungan inilah yang buat KyoChon terus berkembang sampai hari ini.

#6. Apakah strategi apa yang membantu KyoChon berkembang pesat di Malaysia dan rantau ini?

Masa mula-mula masuk Malaysia, kami fokus pada samplin dan word-of-mouth. Bagi orang rasa sendiri ayam goreng kami — dari situ mereka tahu perbezaannya.

Kualiti memang sentiasa nombor satu. Kami cuma guna ayam segar tanpa antibiotik, bahan semula jadi tanpa bahan tambahan — sebab itulah ramai pelanggan percayakan kami.

Kami juga melaksanakan transformasi digital, termasuk guna sistem CRM untuk kenal pasti keutamaan pelanggan dan sistem cloud untuk urus operasi, kewangan dan HR. Semua ini membantu kami untuk jadi lebih efisien dan mesra pelanggan.

Strategi pembukaan cawangan pula fokus pada kawasan trafik tinggi di bandar dan pinggir bandar — supaya senang nak dine-in dan delivery. Selain Lembah Klang, kami mula masuk kawasan Tier 1 dan Tier 2 seperti Ipoh, Melaka dan Kota Kinabalu — sebab permintaan terhadap makanan Korea memang tengah naik.

[KYOCHON CHICKEN MALAYSIA]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd