Now Reading
[Video] Apa Hukum Guna Duit Raya Anak Untuk Bayar ‘Roadtax’ Kereta? Ini Penjelasan UAI

[Video] Apa Hukum Guna Duit Raya Anak Untuk Bayar ‘Roadtax’ Kereta? Ini Penjelasan UAI

Jelas Ustaz Azhar Idrus, Islam juga tidak mengajar seseorang mengambil hak orang lain dan tidak boleh menggunakan tanpa izin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tibanya lebaran, pasti ramai di antara kita yang ingin mengambil kesempatan untuk bersedekah kepada orang ramai dengan memberikan duit raya.

Duit raya yang disediakan oleh orang ramai ini bukan sahaja untuk memeriahkan suasana malah ia sering kali diberikan kepada golongan warga emas dan juga kanak-kanak.

Boleh dikatakan hampir setiap rumah yang dikunjungi pasti ramai yang tak melepaskan peluang untuk memberi duit raya kepada tetamu yang hadir.

Namun apabila anak mendapat duit raya, terdapat segelintir ibu bapa yang menggunakan untuk tujuan peribadi sendiri walhal ia adalah hak si kecil.

Ustaz Azhar jelaskan hukum ibu bapa guna duit anak untuk bayar Roadtax kereta

Terbaharu pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus telah menerangkan apakah hukum sekiranya ibu bapa menggunakan duit raya untuk kegunaan sendiri seperti membayar cukai jalan disebabkan tidak mempunyai duit yang cukup selepas menyambut lebaran.

Menurut Ustaz Azhar, hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak untuk keperluan diri sendiri adalah haram.

Sekiranya ada ibu bapa yang menggunakan duit raya anak untuk kegunaan sendiri ia perlulah diganti.

“Ramai mak ayah sekarang cakap, tidak mengapa sebab tu duit anak mereka sendiri, bagi yang tak ada ilmu kata macam tu lah, tapi sebenarnya haram.

“Jika guna juga mak ayah itu wajib bayar balik, kaedah dia duit raya anak itu adalah hak dia, kita tidak boleh ‘mencuri’ duit anak itu ditambah lagi jika anak itu belum baligh,” jelasnya, lapor Kosmo.

Duit raya yang diberi kepada anak adalah hak si kecil, wajib ganti jika guna

Ustaz Azhar Idrus turut menegaskan duit raya berkenaan merupakan hak anak. Manakala harta atau duit ibu bapa adalah hak ibu bapa yang tak boleh diambil oleh sesiapa.

Jelasnya, Islam juga tidak mengajar untuk mengambil hak orang lain serta tidak boleh menggunakannya tanpa izin.

“Ambil (duit raya) untuk simpan boleh lah, ambil belanja tanpa izin tak boleh. Kanak-kanak yang belum baligh tidak sah memberi izin.

“Sebab tu kalau ada kematian, jangan guna duit si mati kalau anak yatim masih ada untuk buat tahlil. Tidak boleh, kerana bukan kewajipan.

“Hukumnya harus sahaja untuk buat tahlil. Anak yang masih kecil ditinggalkan oleh si mati, tidak sah memberi izin. Kalau anak dia (si mati) dah besar, tidak ada masalah,” ujarnya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd