Now Reading
Spritzer EcoPark Tampil Dengan Dekorasi Raya Unik, Masuk Percuma Untuk Semua!

Spritzer EcoPark Tampil Dengan Dekorasi Raya Unik, Masuk Percuma Untuk Semua!

Spritzer EcoPark kini dihias dengan elemen tradisional Melayu, menjadikannya lokasi ideal untuk keluarga berkumpul sepanjang Aidilfitri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Spritzer mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan keindahan musim perayaan dengan mencipta kenangan baharu yang penuh kegembiraan dan keprihatinan.

Bermula 21 Mac hingga 20 April 2025, Spritzer EcoPark telah dihias indah dengan suasana yang lebih meriah.

Ini menjadikannya destinasi percutian yang sempurna untuk keluarga dan sahabat berkumpul, mengeratkan hubungan, serta menghargai momen bersama.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Air Dari Gunung Raya Di Langkawi Ada Kandungan Silika Antara Tertinggi Di Dunia?

Spritzer EcoPark Hadir Dengan Dekorasi Raya Bertemakan Kelestarian Alam

Spritzer EcoPark dihiasi dengan gabungan motif tradisional Melayu berserta elemen bunga dalam tujuh susunan unik. Rekaan dekorasi ini menggunakan bahan kitar semula, menonjolkan nilai kelestarian yang digabungkan dengan seni kreatif.

Salah satu tarikan utama ialah sebuah gerbang bunga yang mempamerkan suasana magis dan menenangkan. Elemen bulan dan bintang, simbol yang sinonim dengan Islam, turut diterapkan dalam reka bentuk dekorasi ini.

Dengan sentuhan yang teliti dan elemen pencahayaan yang memukau, dekorasi ini memberikan pengalaman yang menakjubkan pada waktu siang mahupun malam.

“Kegembiraan Sebenar Bermula Dari Keikhlasan”

“Sambutan perayaan bukan sekadar berkumpul bersama, tetapi juga memahami dan menghargai saat-saat yang membawa kegembiraan kepada hidup kita serta yang tersayang.

Tema tahun ini adalah meraikan nilai keprihatinan melalui tindak-tanduk kecil dan sikap bertimbang rasa,” kata Winnie Chin, Ketua Perhubungan Awam Spritzer.

“Di Spritzer, kami percaya bahawa kegembiraan sebenar bermula dari keikhlasan – sama ada dengan meluangkan masa bersama, menjaga kesejahteraan keluarga, atau sekadar mencipta ruang agar semua dapat menikmati keindahan alam.

Spritzer EcoPark dipelihara dengan tujuan ini—untuk kekal sebagai satu legasi di mana orang ramai boleh berkumpul, bermuhasabah, dan meraikan momen istimewa dikelilingi keindahan dan ketenangan alam semula jadi.”

Aktiviti Menarik Untuk Keluarga Sepanjang Aidilfitri

Spritzer EcoPark menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur bagi memeriahkan lagi suasana Aidilfitri.

Seisi keluarga boleh menikmati permainan mini golf, menaiki paddle kart, serta mencungkil daya kreativiti melalui aktiviti kraf DIY.

Sudah tentunya ini bakal menjanjikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini penuh dengan gelak tawa dan momen bermakna.

Pelbagai Pilihan Makanan & Cenderahati Eksklusif

Di Snack Station, pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan ringan yang lazat pada harga berpatutan

Water Shop pula pengunjung boleh mendapatkan produk Spritzer yang menyegarkan serta mencuba resipi Raya Spritzer yang baharu untuk majlis rumah terbuka mereka.

Pengunjung juga boleh singgah di Souvenir Shop bagi mendapatkan cenderahati eksklusif sebagai tanda mata sewaktu lawatan mereka ke taman ini.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Sebab Sanggup Beli Air Mineral Botol Berbanding ‘Install’ Mesin Air Di Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd