Pesona Raya: Padanan Fesyen & Gubahan Mewah Antara RR By Rizman Ruzaini X BloomThis
Koleksi RR by Rizman Ruzaini x BloomThis ini menampilkan empat gubahan bunga yang menakjubkan dan dipersembahkan dalam kotak bunga eksklusif edisi terhad RR by Rizman Ruzaini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selepas siri kerjasama rentas industri dengan jenama-jenama fesyen seperti MimpiKita dan Machino, BloomThis kini menerapkan elemen keanggunan moden dalam koleksi terkininya menerusi kerjasama dengan jenama fesyen RR by Rizman Ruzaini.
BACA JUGA: “Garden Of Dreams” – BloomThis & Mimpikita Berkolaborasi Cipta Sesuatu Yang Istimewa!
Rizman Ruzaini X BloomThis Cipta Tema Pesona Raya
Dengan nama ‘Pesona Raya’, koleksi ini menerapkan elemen tradisi dengan keanggunan, jalinan antara seni busana moden dan gubahan bunga. Diinspirasikan oleh rekaan-rekaan sofistikated jenama Rizman Ruzaini, setiap gubahan dikarang dengan teliti untuk menzahirkan nilai eksklusif dan elegan.
Koleksi RR by Rizman Ruzaini x BloomThis ini menampilkan empat gubahan bunga yang menakjubkan dan dipersembahkan dalam kotak bunga eksklusif edisi terhad RR by Rizman Ruzaini.
Koleksi indah yang terdiri daripada gubahan Ameera Matthiola & Rose sehingga kepada kotak bunga Amani Phalaenopsis & Rose ini dijual pada harga antara RM269 dan RM359.
RR by Rizman Ruzaini x BloomThis Scarf

Direka untuk melengkapkan pakaian Raya di samping menyerlahkan sentuhan keanggunan pada gaya harian anda, skarf edisi terhad ini menjadi tanda mata musim perayaan yang akan menjadi kenangan indah.
#1. Ameera Matthiola & Rose RR by Rizman Ruzaini Flower Box

Diinspirasikan oleh seni kraf yang anggun, kotak bunga elegan ini mengandungi bunga ros cappuccino yang subur, matthiola ungu dan hidrangea putih yang dihiasi dengan scabiosa dan dancing lady orchid.
#2. Arissa Hydrangea & Phalaenopsis RR by Rizman Ruzaini Flower Box

Dipersembahkan di dalam kotak bunga RR by Rizman Ruzaini, hidrangea merah jambu pekat menjadi sorotan utama jambangan ini, diserikan dengan orkid ungu, anturium hijau dan bunga mawar dalam simfoni tekstur dan warna yang memukau.
#3. Aira Rose & Gerbera RR by Rizman Ruzaini Flower Box

Seri kehangatan ros merah jambu dan gerbera oren muda, disulami dengan matthiola ungu dan hidrangea merah jambu gelap menghasilkan jambangan bunga yang menakjubkan.
#4. Amani Phalaenopsis & Rose RR by Rizman Ruzaini Flower Box

Tampil bersama kotak bunga eksklusif RR by Rizman Ruzaini, gubahan ini memastikan kemewahan yang ditampilkan menyentuh jiwa-jiwa yang melihatnya.
Background Jenama Rizman Ruzaini
Diasaskan oleh Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, jenama Rizman Ruzaini sinonim sebagai simbol kemewahan dan ketelitian yang luar biasa sejak 2005 lagi.
Dikenali dengan rekaannya yang unik dan teliti serta pemilihan bahan premium dalam setiap rekaan, Rizman Ruzaini kini meluaskan jangkauan citra seninya ke dalam dunia gubahan bunga.
Sementara, sebagai jenama tersohor dalam pemberian cenderahati dan bunga premium, BloomThis dikenali ramai dengan gubahan jambangan bunga segar yang teliti dan menakjubkan.
Koleksi RR by Rizman Ruzaini x BloomThis kali ini bukan sekadar cenderahati; ia karya seni yang boleh menjadi koleksi peribadi. Dengan bunga premium dan gubahan sempurna, koleksi ini memartabatkan penerapan elemen mewah dalam pemberian cenderahati menerusi kerjasama antara jenama fesyen dan pakar gubahan bunga.
Baca Artikel Berkaitan: BloomThis Buka Kedai Kedua Di HQ Petaling Jaya, Dah Boleh Walk-In Untuk Beli Bunga!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.