Ini 6 Pusat Beli-Belah Dengan Deko Ramadan Raya Yang Menarik, Meriah!
Beberapa pusat beli-belah terkenal di Malaysia kini telah mula memperkenalkan konsep dekorasi dengan tema yang unik untuk menyambut Perayaan Aidilfitri 2025.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Aidilfitri semakin menghampiri, dan kemeriahannya sudah mula terasa di pusat beli-belah seluruh negara. Setiap tahun, dekorasi raya yang unik dan memukau menjadi tarikan utama.
Hiasan bertemakan budaya tradisional, seni bina Islam, dan elemen moden menghiasi ruang legar pusat beli-belah, menjadikannya lokasi ideal untuk bergambar dan mencipta kenangan.
Beberapa pusat beli-belah terkenal di Malaysia telah mula memperkenalkan konsep dekorasi mereka, masing-masing dengan tema tersendiri yang menarik perhatian untuk sambutan Ramadan dan Perayaan Aidilfitri 2025 ini!
Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Warnai Musim Aidilfitri 2025 Dengan ‘A Luminous Raya’!
Baca Artikel Berkaitan: Pavilion KL Berwajah Baru Sempena ‘Budaya Raya’, Banyak Booth & Hadiah Eksklusif Menarik!
Baca Artikel Berkaitan: Sunway Malls Lancar Kempen Raya EIDisi Manis, Siap Ada Dulang Gergasi & Replika Kuih Muih
Suasana Meriah Pusat Beli-Belah Sambut Aidilfitri
Setiap pusat beli-belah di Malaysia pasti mempunyai reka dan perhiasan mereka yang tersendiri. Kami senaraikan beberapa dekorasi luar biasa beberapa pusat membeli-belah yang boleh anda kunjungi! Antaranya:
#1. 1 Utama – Astana Aidilfitri Deko Pusat Beli-Belah Raya 2025

1 Utama membawa pengunjung merentasi masa dan budaya dengan tema “Astana Aidilfitri”, yang menampilkan keunikan seni bina Islam di Uzbekistan.
Dari 7 Mac hingga 6 April 2025, pusat beli-belah ini dihiasi dengan rekaan ikonik Registan Square, sebuah mercu tanda bersejarah dengan mozek biru yang menawan dan kaligrafi Islam yang elegan.


Selain dekorasi yang memukau, pengunjung juga berpeluang melihat seni kraf tradisional Uzbekistan, termasuk tekstil tenunan tangan dan pelbagai artifak unik.
Kerjasama dengan Kedutaan Uzbekistan menjadikan pengalaman ini lebih autentik dan teliti.
#2. Pavilion KL – Budaya Raya Deko Pusat Beli-Belah Raya 2025

Pavilion Kuala Lumpur tampil memukau dengan dekorasi bertemakan “Budaya Raya”, menampilkan elemen tradisional yang kaya dengan warisan seni.
Terletak di Centre Court tingkat 2, ruang ini dihiasi dengan pelbagai hiasan khas Ramadan dan Aidilfitri yang pasti menarik perhatian pengunjung.

Kempen yang berlangsung hingga 6 April 2025 ini bukan sahaja membawa keindahan dekorasi raya tetapi juga menampilkan booth jenama terkenal seperti SimplySiti, Afiya oleh Siti Nurhaliza, Radzuan Radziwill, dan banyak lagi.
#3. The Exchange TRX – “A Luminous Raya” Deko Pusat Beli-Belah Raya 2025

Menampilkan konsep gabungan tradisi dan sentuhan moden, The Exchange TRX mempersembahkan “A Luminous Raya” dari 7 Mac hingga 6 April 2025.
Pengunjung akan disambut dengan hiasan seni bina Islam moden, menampilkan tanglung bercahaya dan taman yang cantik.
Di Central Exchange, pentas utama dihiasi dengan pemasangan lampu besar sebagai simbol kemeriahan Aidilfitri. Selain itu, terowong cermin infiniti juga disediakan untuk pengalaman foto yang menakjubkan.

Tidak ketinggalan, tawaran beli-belah eksklusif dari Habib, Giorgio Armani, Jo Malone, serta promosi istimewa kad UOB menanti para pengunjung.
#4. The Curve – “Beraya Di Kota Raya”, Bas Mini & Rumah Biru Deko Pusat Beli-Belah Raya 2025

The Curve tahun ini bawakan suasana Aidilfitri yang cukup nostalgik dengan tema “Beraya di Kota Raya”. Kalau anda pernah melalui zaman Bas Mini Merah Jambu dan rumah tradisional di tengah kota, inilah peluang untuk mengimbau kenangan lama!

Dekorasi utama menampilkan sebuah Rumah Biru klasik, simbol rumah-rumah lama yang masih teguh berdiri di tengah bandar.
Tak lupa juga Bas Mini ikonik, kenderaan yang satu ketika dulu menjadi penghubung utama rakyat kota, membawa perantau kembali ke kampung atau menemui keluarga di hari raya.


#5. Suria KLCC – Inspirasi Dari Maghribi Deko Pusat Beli-Belah Raya 2025

Raya tahun ini lebih istimewa di Suria KLCC dengan suasana yang diinspirasikan oleh keindahan Maghribi. Dari 7 Mac hingga 13 April 2025, pusat beli-belah ini membawa pengalaman unik dengan hiasan penuh warna dan seni bina klasik.

Pengunjung akan dapat menikmati dekorasi yang menyerlahkan kehalusan seni Islam, sambil mengunjungi bazar khas yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen dan makanan eksklusif sempena Ramadan dan Aidilfitri.

#6. Sunway Mall – “EIDisi Manis” Deko Pusat Beli-Belah Raya 2025

Sunway Velocity Mall membawakan tema unik tahun ini dengan “ElDisi Manis”, yang meraikan kepelbagaian kuih-muih tradisional dalam suasana Aidilfitri yang meriah.
Dari kuih klasik hingga manisan moden, dekorasi di sini menampilkan bagaimana hidangan raya bukan sekadar pencuci mulut, tetapi juga simbol kesyukuran dan warisan budaya.


Di Main Atrium, Ground Floor, pengunjung boleh menikmati suasana rumah kampung yang penuh warna-warni, lengkap dengan pelbagai sudut menarik untuk menangkap gambar kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain Velocity, Sunway Pyramid juga berjalan seiring dengan konsep yang sama iaitu EIDisi Manis. Dekorasi di sini mengenakan konsep yang hampir serupa.
Elemen moden turut diterapkan, menggambarkan bagaimana warisan turun-temurun terus berkembang dalam era kini.



Bukan itu sahaja, Sunway Putra Mall turut tampil dengan dekorasi raya yang menakjubkan.
Anda boleh lihat ruang legar utama dihiasi dengan dekorasi luar biasa termasuk dulang gergasi dengan pelbagai kuih di dalamnya.


Baca Artikel Berkaitan: Sunway Malls Lancar Kempen Raya EIDisi Manis, Siap Ada Dulang Gergasi & Replika Kuih Muih
Sambutan Raya Lebih Meriah Di Pusat Beli-Belah
Dengan pelbagai konsep dekorasi dan aktiviti menarik, pusat beli-belah di seluruh Malaysia menjadikan Ramadan dan Syawal tahun ini lebih meriah.
Sama ada untuk membeli persiapan raya atau sekadar menikmati keindahan hiasan, kunjungan ke pusat beli-belah ini pasti memberikan pengalaman yang istimewa.
Baca Artikel Berkaitan: Ingin Naik Pengangkutan Awam Untuk Ke Pusat Beli-Belah? Rujuk Peta Transit Yang Dihasilkan Individu Ini
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Untuk Beli Barang Rumah Sempena Hari Raya Di Pavilion Bukit Jalil
Baca Artikel Berkaitan: Suria KLCC Cipta Dekorasi Raya Bertemakan Maghribi Dengan Suasana Istana
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.