[Video] UAI Perjelas Hukum Buka Puasa Awal Sebab Jam Salah
Dalam sesetengah kes yang pernah berlaku sebelum ini, bilal telah melaungkan azan Maghrib beberapa minit daripada waktu sebenar hingga menyebabkan orang ramai berbuka puasa awal.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa di bulan Ramadan bermula dari terbit fajar sadiq, iaitu waktu Subuh, sehingga matahari terbenam pada waktu Maghrib.Â
Namun begitu, ada juga individu yang melakukan kesilapan dengan berbuka puasa awal secara tidak sengaja beberapa minit sebelum waktu Maghrib.
Ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor sebagai contoh, jam yang ditetapkan di telefon salah hingga menyebabkan waktu azan berkumandang sedikit lari daripada yang asal.
Hukum Buka Puasa Awal Daripada Waktu Sebenar Maghrib
Terbaharu, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi sebuah tazkirah ada memberikan pencerahan mengenai perkara ini.
Soalan yang ditujukan berbunyi, “Adakah puasa kita batal bila dengar azan sedangkan masa dua minit lagi baru cukup (masuk waktu). Tukang azan tak tahu jam masjid tu cepat dua minit. Sebab tak sengaja, sah atau tidak puasa pada hari itu?”
Jelas UAI, siapa yang tersilap dan berbuka lebih awal daripada waktu Maghrib sebenar maka hukumnya terbatal puasanya.
Puasa Sah Jika Dah Ijtihad & Tak Ada Sumber Untuk Tentukan Waktu Maghrib
Namun puasanya dikira sah jika individu tersebut berbuka puasa dengan berijtihad (usaha sungguh-sungguh yang dilakukan para ahli agama untuk mencapai suatu keputusan).
“Sebagai contoh dia duduk di tengah laut tak tahu (waktu buka), tak nampak matahari, tak ada jam, telefon tidak ada coverage dan tak berfungsi maka tidak dapat keputusan yang betul jadi wajib dia berijtihad adakah sudah maghrib atau tidak. Dia pun ijtihad, sedangkan ijtihad itu tidak tepat. Tetapi dimaafkan.
“Namun kita duduk di tempat yang ada sumber, ada matahari, ada jam, azan, telefon, ada takwim dan kalendar.
“Tapi kita dengar (orang cakap) kita terus buka, belum masuk lagi waktu yang sebenar. Tidak sah, batal puasa kerana hukum asal belum lagi malam, masih lagi siang,” kata beliau.

Waktu Azan Menerusi Aplikasi Mungkin Tak Tepat
Bagi memastikan kesilapan ini tidak berlaku, UAI memaklumkan bahawa kebanyakan ulama di negara ini menasihatkan orang ramai untuk menunggu buat seketika waktu sebelum berbuka puasa.
“Kalau dengar dari telefon azan, tunggu kejap lagi. Kerana aplikasi ini ada yang cepat seminit, ada yang cepat dua minit. Begitu juga dengan kalendar. Kalendar dan takwim ini dibuat setahun sekali sahaja.
“Bukan setiap hari tengok matahari. Yang paling tepat tengok matahari sendiri, tenggelam di kaki langit ia kelihatan mendatar,” ulas UAI.
Tambah pendakwah itu lagi, kebiasaannya waktu berbuka yang dinyatakan dalam kalendar tidak begitu tepat 1-3 minit.
Sementara itu, UAI juga mengingatkan individu yang mahu melaungkan azan untuk memastikan terlebih dahulu sama ada sudah masuk waktu Maghrib atau belum.
Pengunjung IOI City Mall Pernah Berbuka Awal 2 Minit
Sekadar info, kes individu berbuka puasa awal pernah berlaku sebelum ini. Seorang pengguna X (Twitter) dikenali sebagai Xavier Naxa telah berkongsi mengenai seorang pengunjung yang melaungkan azan di sebuah surau di IOI City Mall dan menyebabkan pengunjung lain berbuka puasa awal 2 minit daripada waktu sebenar Maghrib.
Isu ini berlaku pada tahun 2023 lalu.

Menurutnya, disebabkan oleh perkara itu, pengunjung yang telah berbuka puasa sebelum masuk waktu Maghrib perlu menggantikan puasa tersebut walaupun ia tidak disengajakan.
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Perlu Ganti Puasa Jika Terbuka Puasa Awal?
Baca Artikel Berkaitan: Burj Khalifa Ada 3 Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza, Paling Atas Paling Lambat!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â