Now Reading
Suria KLCC Cipta Dekorasi Raya Bertemakan Maghribi Dengan Suasana Istana

Suria KLCC Cipta Dekorasi Raya Bertemakan Maghribi Dengan Suasana Istana

Meriah sungguh Suria KLCC tahun ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Raya tahun ini lebih istimewa di Suria KLCC dengan suasana yang diinspirasikan oleh keindahan Maghribi. Dari 7 Mac hingga 13 April 2025, Suria KLCC membawa pengalaman unik penuh warna dan kemeriahan, menjadikannya destinasi utama untuk persiapan dan sambutan Hari Raya.

Suria KLCC Bertukar Wajah Dengan Seni Bina Maghribi

Ruang Centre Court dihiasi dengan elemen seni bina Maghribi, termasuk kubah bercahaya, tanglung berwarna-warni, serta lengkungan tradisional yang mencipta suasana istana memukau.

Di Esplanade KLCC, lengkungan Moorish bersaiz besar dengan pencahayaan interaktif menawarkan latar belakang sempurna untuk merakam kenangan Raya yang indah.

Pengunjung akan dihiburkan dengan alunan muzik tradisional Maghribi dan Melayu melalui persembahan istimewa Tradisional Raya Tunes yang menampilkan gitar Oud Arab dan gendang Maghribi. Saksikan juga ‘A Raya Dance Spectacle’ yang mempersembahkan tarian bertemakan Maghribi pada 23 dan 29 Mac serta 31 Mac.

Aktiviti Menarik Disediakan Buat Para Pengunjung Suria KLCC

Bagi mereka yang menggemari aktiviti kreatif, bengkel khas Raya seperti Raya Coaster Workshop dan Raya Floral Workshop membolehkan pengunjung menghasilkan hiasan yang menarik sebagai kenangan perayaan.

Sempena sambutan Syawal, Suria KLCC turut menjadi lokasi bagi ‘Pesta Meriah Lain Macam Astro’ yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac di Centre Court, Aras Concourse, dari jam 3 petang hingga 6 petang.

Pengunjung berpeluang menyertai aktiviti menarik bersama selebriti popular seperti Wani Kayrie, Hael Husaini, Zizan Razak, dan ramai lagi.

Kempen Beli & Menang

Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC menjadi lebih bermakna dengan pelbagai ganjaran eksklusif. Pembeli yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar RM100 dan satu set Sampul Raya Suria KLCC.

Pembeli yang berbelanja RM10,000 dan ke atas akan menerima e-Baucar RM300, satu set Sampul Raya Suria KLCC, serta pemegang sampul mewah.

Tawaran istimewa juga menanti 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar Suria KLCC bernilai RM1,000, di mana mereka akan menerima tambahan e-Baucar RM100.

Mental Health Awareness

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kesedaran kesihatan mental, Suria KLCC menawarkan Bengkel Pembuatan Coaster Hari Raya khas kepada pembeli yang membeli Suria Ribbon Pin dengan harga RM10.

Hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang menyokong kesihatan mental.

Sempena Hari Raya ini, Suria KLCC bukan sekadar destinasi membeli-belah tetapi tempat untuk meraikan kegembiraan, perpaduan, dan kemurahan hati. Pengunjung diundang untuk menikmati sambutan yang penuh keindahan ini dan mencipta kenangan istimewa bersama keluarga serta rakan-rakan.

[SURIA KLCC]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd