Now Reading
Aidilfitri 2025: Tak Tahu Nak Pakai Baju Melayu Style Apa? Ini 8 Gaya Anda Boleh Cuba

Aidilfitri 2025: Tak Tahu Nak Pakai Baju Melayu Style Apa? Ini 8 Gaya Anda Boleh Cuba

Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh cuba menggayakan Baju Melayu Klasik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbaki kurang dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Kalau anda perasan, pusat membeli-belah pun semakin dipenuhi dengan pengunjung ramai yang sibuk mencari baju Raya.

Ada yang mahukan rekaan baju trending, malah ramai juga sedang jenuh mencari baju tema sedondon dengan keluarga. Kalau anda perasan, semakin banyak baju Raya moden menjadi pilihan ramai pada tahun ini.

Pemilihan baju Raya buat kaum Adam bagaimanapun mungkin tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan kaum Hawa. Tetapi sebenarnya, banyak style yang anda boleh gayakan dengan Baju Melayu itu.

Baca Artikel Berkaitan: Raya 2025: Ini 5 Jenama Baju Raya Sedondon Boleh Dibeli Untuk Seisi Keluarga Tahun Ini!

8 Gaya Baju Melayu Anda Boleh Cuba Sempena Raya Aidilfitri

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (mr.hubbydaddy) apabila seorang content creator berkongsi lapan gaya Baju Melayu yang boleh disarungkan oleh para jejaka pada 1 Syawal nanti.

Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih gaya yang paling sesuai dengan tubuh badan masing-masing dan mengenakan pakaian dan aksesori bersesuaian dengan style tersebut.

Antaranya:

#1. Baju Melayu Cekak Musang (Versi 1)
  • Samping di bahagian luar
  • Dipadankan dengan kasut loafer
  • Gaya ini dilihat lebih elegan dan profesional
  • Ia juga kelihatan formal dan sesuai buat mereka yang mahukan kesederhanaan
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)
#2. Baju Melayu Cekak Musang (Versi 2)
  • Rupa paras yang lebih kasual
  • Samping di bahagian dalam
  • Dipadankan dengan sandal
  • Gaya ini sesuai untuk suasana yang lebih santai
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)
#3. Baju Melayu Cekak Musang (Versi 3)
  • Gaya yang agak formal
  • Samping di bahagian luar
  • Dipadankan dengan sandal
  • Walaupun sesuai dengan suasana yang santai, tetapi masih nampak elegan
  • Tidak jauh beza dengan versi pertama, hanya pemakaian kasut adalah berlainan
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)
#4. Baju Melayu Teluk Belanga (Versi 1)
  • Menampilkan rupa kasual
  • Samping di bahagian dalam baju
  • Dipadankan dengan kasut loafer
  • Lebih segak jika dicucukkan sekali brooch di bahagian songkok
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)
#5. Baju Melayu Teluk Belanga (Versi 2)
  • Rupa yang lebih formal berbanding versi satu
  • Samping dipakai di luar baju
  • Dipadankan dengan kasut loafer
  • Tampak lebih kemas dan profesional
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)
#6. Baju Melayu Teluk Belanga (Gaya Johor Versi 1)
  • Lebih kepada pemakaian yang kasual
  • Samping di bahagian dalam
  • Seluar slack berwarna hitam
  • Rupa paras yang dikatakan ‘macho’, elegan dan lebih unik
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)
#7. Baju Melayu Teluk Belanga (Gaya Johor Versi 2)
  • Gaya yang lebih formal jika dibandingkan dengan versi 1
  • Samping di bahagian luar
  • Seluar slack berwarna hitam
  • Rupa paras yang dikatakan ‘macho’, elegan dan profesional
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)
#8. Baju Melayu Klasik
  • Sememangnya unik kerana menampilkan gaya generasi terdahulu
  • Samping di bahagian luar dan ikatan cara klasik
  • Dipadankan sekali dengan keris yang diselitkan di bahagian pinggang
  • Sentuhan klasik, rare dan ‘macho’
  • Menyarungkan tanjak untuk kelihatan lebih segak
  • Amat disarankan buat mereka yang mahu kelihatan lain daripada lain
Sumber: TikTok (mr.hubbydaddy)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 6 Tutorial Cara Pakai Sampin Untuk Lebih Bergaya Pada Pagi Raya

Tips Tampil Lebih Bargaya & Selesa Ketika Memakai Baju Melayu

Umum sedia maklum, pemilihan jenis baju yang sesuai adalah penting bagi memastikan anda sentiasa selesa semasa 1 Syawal nanti.

Nak pula kalau anda duduk di kampung yang panas dan bahang. Mesti tak sampai sehari beraya, dah tukar kepada baju biasa.

Sumber: Bulan Bintang/Nagoya Textiles

Bagi mengelakkan perkara itu terjadi, di sini kami kongsikan beberapa tips bagi memastikan busana anda kelihatan segak, selesa dan kemas di hari istimewa nanti. Antaranya:

  • Memilih saiz baju yang sesuai dengan ukuran badan. Tidak terlalu sendat, dan tidak terlampau longgar
  • Pakai Baju Melayu Teluk Belanga jika anda mempunyai saiz badan yang sedikit besar
  • Butang Baju Melayu hingga habis dan tidak biarkan sebarang lubang lompong
  • Pakai Baju Melayu lengkap bersamping dan pastikan anda seterika terlebih dahulu
  • Jangan letak terlalu banyak barang dalam poket untuk gaya yang lebih kemas dan ‘smart’ bak kata orang

Baca Artikel Berkaitan: 7 Jenama Fesyen Tempatan Ini Cipta Pakaian Dengan Ciri Tradisional & Moden

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selendang Bahu Jadi Gaya Pilihan Ramai, Ini 4 Style Naikkan Seri OOTD Di Pagi Raya

Baca Artikel Berkaitan: “Takkan Masuk Hotel Baru Nak Pakai Kemas” – Lelaki Kongsi Baju Sesuai Untuk Majlis Rasmi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd