[Video] Selendang Bahu Jadi Gaya Pilihan Ramai, Ini 4 Style Naikkan Seri OOTD Di Pagi Raya
Selendang sempang di bahu boleh digayakan dengan baju kurung, kebaya mahupun kebarung.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selepas lebih separuh bulan berpuasa, Raya Aidilfitri bakal menjelang kurang dua minggu sahaja lagi.
Walaupun sedang sibuk mengumpul ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini, orang ramai pasti juga sudah mula mempersiapkan diri bagi menyambut kemenangan umat Islam di bulan Syawal kelak.
Bagi para wanita, pasti ada yang sudah ‘menelaah’ busana, style dan mekap yang akan digayakan di pagi raya nanti.
Baca Artikel Berkaitan: Raya 2025: Ini 5 Jenama Baju Raya Sedondon Boleh Dibeli Untuk Seisi Keluarga Tahun Ini!
Baca Artikel Berkaitan: 7 Jenama Fesyen Tempatan Ini Cipta Pakaian Dengan Ciri Tradisional & Moden
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Inspirasi Gaya Yang ‘Simple’ Dengan Baju Raya Untuk Para Wanita Di Pagi Aidilfitri
4 Cara Gayakan Selendang Di Bahu
Salah satu fesyen yang bakal menjadi trend pada raya tahun ini adalah pemakaian selendang selempang yang diletakkan di bahu.
Disifatkan sebagai ‘fesyen datin-datin’, ia seringkali digayakan dengan baju kurung, kebaya mahupun kebarung.
Berikut adalah empat style selendang di bahu yang anda boleh gayakan di pagi raya seperti dikongsikan oleh model pakaian, Ain Tasnim.
#1. Style Datin
- Letakkan selendang di bahu dengan kedua-dua bahagian depan dan belakang sama panjang.
- Pinkan dengan kerongsang yang agak besar dan bersesuaian.
- Sematkan bahagian belakang selendang dengan pin atau jarum peniti agar ia lebih kemas.
#2. Style Datin 2.0
- Letakkan selendang di bahu dengan bahagian belakang lebih panjang berbanding di depan,
- Pinkan di bahu dengan kerongsang.
- Tarik kain bahagian belakang (yang lebih panjang) dan letakkan di pelipat tangan sebelah lagi.

#3. Style Selimut
- Letakkan sahaja selendang di atas kedua-dua bahu seolah menyelimuti diri sendiri.
- Pastikan kedua-dua belah sama panjang.
- Kemaskan selendang di bahagian belakang.
- Boleh juga pin di bahu agar lebih kemas.
#4. Sangkut Di Tangan
- Sama seperti style selimut di atas, turunkan sahaja selendang dan sangkutkan di kedua-dua pelipat tangan.
- Pastikan kedua-dua belah sama panjang.

@aintasnim Cara2 nak style kan selendang! Save untuk pakai time raya kay! #raya #selendang
♬ original sound – aintasnim – aintasnim
Tonton video penuh [DI SINI].
Pemakaian selendang selempang di bahu pasti akan dapat meningkatkan gaya anda walaupun memakai baju kurung simple. Anda pasti akan kelihatan lebih elegen!
Seperti pempengaruh Nina Khalil, dia telah menggayakan beberapa baju kurung dengan selendang.
@khaininakhalil First time making series or wtv haha hopefully boleh memberi sedikit sebanyak info info berguna lah ye. Salam Ramadhan semua ✨🫶🏼 #grwm #outfit #hijab #hijabtutorial #hijabstyle #perfume #perfumetiktok #perfumecollection #fragrance #fragrancetiktok #fragrancecollection #accessories #jewellery #bajuraya #eid #eidoutfit #raya2025 #rayaoutfit #rayaoutfitideas
♬ original sound – Khainina Khalil – Khainina Khalil
Tonton video penuh [DI SINI].
Tonton video penuh [DI SINI].
Pilih Warna Selendang Yang Bersesuaian Dengan Pakaian
Menurut perunding imej Wawa Idris, selendang sedemikian digelar sebagai kain cindai pada zaman dahulu dan digunakan oleh pemakai bagi tujuan mempertahankan diri.
Dia juga menasihati agar selendang yang dipakai bersesuaian dengan pakaian dan tidak melebihi tiga warna kesemuanya.
Untuk menggayakan selendang selempang di bahu, terdapat pelbagai jenis dan design selendang yang anda boleh pilih. Antaranya:
- Selendang kosong seperti shawl.
- Selendang sulam.
- Selendang bermanik.
- Selendang organza.
- Selendang sedondon yang sepasang dengan baju kurung, kebaya dan sebagainya.
Pemakaian Selendang Wajib Apaibla Menghadap Raja-Raja Melayu
Berdasarkan perkongsian oleh pengacara televisyen, Hanie Hamid, rakyat jelata yang berpakaian baju kurung atau kebaya labuh wajib mengenakan selendang ketika menghadap Raja-Raja Melayu.
Pemakaian sedemikian juga diwajibkan untuk bukan Muslim dan mereka yang memakai tudung.
Dalam masa sama, orang ramai harus mengelakkan daripada memakai selendang berwarna larangan iaitu kuning (warna diraja) atau putih (warna kesedihan).
Menurut Hanie, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Tuan Sophian bin Ab Rahman, berkata cara terbaik mengenakan selendang yang disukai oleh golongan Raja adalah dengan menyangkutkannya di atas kedua-dua bahu, manakala hujung selendang keluar antara tangan kanan dan kiri.
Tambah Hanie lagi, tudung, baju, kain dan selendang tidak boleh kosong dan sedondon atau satu warna. Di samping itu, keronsang yang digunakan untuk pin selendang juga tidak sepatutnya besar daripada tiga jari.
@haniehamid82 Adat dan pantang larang menghadiri majlis di dalam atau luar istana, apabila menghadap (berjumpa) Raja-raja melayu, wajiblah rakyat jelata yang berpakaian baju kurung atau kebaya labuh mengenakan selendang. Non-muslim juga sekiranya memakai baju kurung atau kebaya labuh, wajib berselendang. Selendang dipakai walaupun telah memakai tudung Elakkan memakai selendang berwarna larangan iaitu kuning atau putih (warna kesedihan). Kaedah yang paling molek sekali adalah sangkutkan atas kedua-dua bahu dan hujung selendang keluar antara tangan kanan dan kiri. Jangan sedondon. Tudung, baju, kain & selendang tidak boleh kosong & tidak boleh 1 warna. Aksesori brooch pada selendang jangan lebih besar daripada 3 jari. Less is more. Sila share sekiranya membantu dan bermanfaat. Kredit: Tuan Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela @sophianabrahman77 #prorokoldiraja #protocol #emceeduties #emceediraja #haniehamid #emceeofmalaysia
♬ original sound – haniehamid – haniehamid
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lagu ‘Raya Nak Ke Mana’ Siti Nurhaliza Bergema Di Itali, Siap Promosi Tarian Zapin!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Turun Berat Badan Sebelum Raya? Doktor Kongsi Tips Diet Defisit Kalori
Baca Artikel Berkaitan: Tular Rekaan Baju Raya Dengan Tema Ultraman, Tak Sangka Ramai Pula Yang Berminat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.