Now Reading
The Exchange TRX Warnai Musim Aidilfitri 2025 Dengan ‘A Luminous Raya’!

The Exchange TRX Warnai Musim Aidilfitri 2025 Dengan ‘A Luminous Raya’!

Kempen ‘A Luminous Raya’ di The Exchange TRX berlangsung dari 7 Mac hingga 6 April 2025 ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemeriahan Raya Aidilfitri mula terasa apabila banyak pusat membeli-belah di negara ini mula tampil dengan deko unik mereka bagi meraikan perayaan dan pengunjung yang tiba.

Pada 13 Mac lalu, pusat membeli-belah The Exchange TRX telah melancarkan kempen Raya mereka iaitu ‘A Luminous Raya’ bertempat di Central Exchange, Ground Floor.

Para tetamu turut disambut dengan tarian tradisional para penari, menghidupkan lagi suasana Raya yang paling ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, penyanyi dan pencipta lagu Malaysia-Swiss, Timur Flores turut memeriahkan suasana dengan suara merdunya sepanjang sesi pelancaran.

Foto: Nur Hazwani TRP/The Exchange TRX

Kalau anda nak tahu, ‘A Luminous Raya’ merupakan satu sambutan mempesonakan yang menggabungkan tradisi dan keanggunan moden.

Berlangsung dari 7 Mac hingga 6 April 2025, kempen ini mengubah The Exchange TRX menjadi dunia seni yang diilhamkan cahaya, persembahan yang memukau dan pengalaman membeli-belah yang diatur untuk merakam kegembiraan serta kebersamaan Raya.

Foto: Deko Raya The Exchange TRX
Foto: Deko Raya The Exchange TRX

Seni Bina Islam Moden Jadi Inspirasi Deko Raya The Exchange TRX

Para tetamu akan disambut dengan hiasan yang diilhamkan oleh seni bina Islam moden, menampilkan motif menara yang kompleks, tanglung bercahaya dan elemen taman yang elegan.

Menguasai bahagian tengah pentas di Central Exchange, pemasangan lampu secara besar-besaran akan berfungsi sebagai penghormatan yang mempesonakan kepada kemesraan dan kemegahan Raya.

Foto: Deko Raya The Exchange TRX

Meningkatkan pengalaman ini, sebuah terowong cermin infiniti yang mempesonakan menawarkan peluang foto yang memukau, sekaligus merakam intipati musim melalui interaksi cahaya dan pantulan.

Foto: Deko Raya The Exchange TRX

Tampil Dengan Show Warisan Seni Malaysia Sepanjang Kempen ‘A Luminous Raya

Semangat perayaan semakin menyerlah melalui barisan persembahan kebudayaan yang menawan yang pastinya dapat menarik tetamu untuk menyelami warisan seni Malaysia.

Para tetamu boleh merasai alunan irama gamelan, kesenian penceritaan wayang kulit, dan pergerakan dinamik silat serta kuda kepang, di samping persembahan muzik secara langsung.

Foto: Persembahan muzik

Persembahan yang menarik ini akan dijalankan sepanjang kempen, menawarkan pengalaman budaya yang kaya serta dapat melengkapkan perayaan musim ini.

Foto: Wayang Kulit

Pengalaman Beli-belah Unik Sempena Aidilfitri 2025

Di sebalik perayaan, The Exchange TRX turut menawarkan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera yang lebih hebat buat mereka yang sedang membuat persiapan beraya.

Restoran Meriah by Serai Group mempersembahkan Dulang Warisan, satu jamuan Ramadan tradisional untuk dua orang, manakala kedai coklat Itali, Venchi menambah keindahan musim dengan Koleksi Ramadan 2025 mereka, diinspirasi oleh keindahan kaca Murano.

Ia menampilkan coklat artisanal yang dihiasi dengan serlahan emas, bulan sabit dan motif tanglung.

Bagi mereka yang merancang perjalanan perayaan mereka, jenama beg Samsonite menawarkan rangkaian bagasi yang bergaya dan berfungsi dengan promosi istimewa Raya.

Para tetamu juga boleh meneroka tawaran perayaan eksklusif daripada pelbagai kedai seperti Habib, Giorgio Armani, Jo Malone dan banyak lagi, menjamin perayaan yang bergaya.

Set Paket Raya, Baucar & Banyak Lagi Menanti Pengunjung!

Lebih menarik lagi, sepanjang tempoh kempen, pengunjung dan pengguna kad debit/kredit UOB boleh menikmati ganjaran membeli-belah eksklusif.

Pengunjung yang membelanjakan minimum RM300 (atau RM250 dengan kad Kredit atau Debit UOB) dalam satu resit akan menerima Set Paket Raya Eksklusif.

Foto: Set Paket Raya Eksklusif

Manakala mereka yang membelanjakan minimum RM2,500 (atau RM2,200 dengan kad Kredit atau Debit UOB) dalam dua resit akan menerima Set Makan Malam Perayaan bersama Set Paket Raya Eksklusif.

Bukan itu sahaja, Ahli Insider dan Inspirer Loyalty yang membelanjakan minimum RM6,000 dalam dua resit pula akan menerima Baucar Tunai SEIBU bernilai RM150 dan Set Makan Malam Perayaan.

Foto: Set Makan Malam Perayaan
Foto: Set Makan Malam Perayaan

Raya pun dah nak dekat, jangan terlepas peluang meneroka dunia beli-belah yang eksklusif di The Exchange TRX.

Baca Artikel Berkaitan: Sunway Pyramid Jadi Destinasi Sehenti Untuk Persiapan Raya, Siap Tawar Ganjaran Hebat Untuk Pelanggan

Baca Artikel Berkaitan: Pavilion KL Berwajah Baru Sempena ‘Budaya Raya’, Banyak Booth & Hadiah Eksklusif Menarik!

Baca Artikel Berkaitan: Sunway Malls Lancar Kempen Raya EIDisi Manis, Siap Ada Dulang Gergasi & Replika Kuih Muih


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd