M Social Resort Penang Kini Dibuka, Diinspirasi Oleh Bangunan Bersejarah
M Social Resort Penang menyatukan budaya Cina, Melayu, dan Eropah, melambangkan kekayaan warisan Pulau Pinang yang penuh warna-warni.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
M Social oleh Millennium Hotels and Resorts (MHR) bakal memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang (terdahulu dikenali sebagai Copthorne Orchid Hotel Penang).
Resort ini dibuka secara berperingkat mulai 15 Februari 2025 dan menampilkan sebanyak 318 bilik serta suite bergaya yang merangkumi dua bangunan, lengkap dengan kolam renang dan akses gimnasium sepanjang hari.
Terletak di lokasi strategik di persisiran pantai Tanjung Bungah, resort ini menggabungkan keharmonian alam dengan kekayaan budaya.

Hanya beberapa minit dari tarikan popular seperti Gurney Plaza, Gurney Paragon Mall, dan Penang Street Art, ia menawarkan keseimbangan antara ketenangan dan eksplorasi, sesuai bagi pengunjung yang menginginkan pengalaman seni dan budaya yang autentik.

Ciri-ciri & Fasiliti Bilik M Social Resort Penang
Rekaan resort ini diinspirasikan daripada rumah kedai peranakan ikonik serta keindahan lautan yang memukau. Kanvas ini meraikan kemeriahan lokasi, warna merah jambu, hijau dan biru mempengaruhi seni bina dan dalaman resort; warna tersebut diilhamkan oleh alam semula jadi di persekitaran pulau.
Terdiri daripada dua bahagian, Sunset Bay menawarkan empat jenis bilik dan suite, setiap satu dengan pemandangan pantai utara yang menakjubkan.
Sementara itu, Azure menyediakan tiga jenis bilik dan suite yang direka khas untuk keluarga dan kumpulan kecil, dengan pemandangan pantai yang mempesona.

Setiap bilik dilengkapi dengan akses pembantu suara Aiello untuk pengalaman penginapan yang lebih mudah, membolehkan tetamu mendapatkan maklumat hotel hanya menerusi arahan suara.
Kemudahan lain termasuk TV pintar 55 inci, Wi-Fi berkelajuan tinggi, stesen penyediaan kopi dan teh, pengering rambut, bar mini, serta peti keselamatan dalam bilik.

Untuk mesyuarat perniagaan atau perhimpunan istimewa, Grand Ballroom seluas 482 meter persegi menawarkan ruang serba guna dengan pelbagai kemudahan, menjadikannya lokasi ideal untuk sebarang majlis atau acara.
M Social Resort Penang Ada Sentuhan Rumah Kedai Ikonik Di Negeri Itu
Diinspirasikan daripada rumah kedai ikonik, hotel ini menyatukan budaya Cina, Melayu, dan Eropah, melambangkan kekayaan warisan Pulau Pinang yang penuh warna-warni.
Corak hiasan geometri diinspirasikan daripada jubin tradisional bangunan bersejarah, manakala motif bunga meraikan keindahan Tanjung Bungah.
Palet mawar merah jambu, biru langit, hijau laut dan krim mencerminkan seni bina di sepanjang jalan Pulau Pinang yang terang dan keindahan semula jadi di sekelilingnya, daripada kehijauan Bukit Bendera ke perairan tenang yang merangkumi pulau itu.
Rekaan ini menjemput tetamu untuk menyelami permaidani budaya yang kaya dan keanggunan semula jadi Pulau Pinang.
Tetamu Boleh Relax Di The Social Hub, Siap Tawar Hi-Tea
Selain itu, tetamu juga akan menikmati hidangan terbaik di restoran ternama M Social, iaitu Beast & Butterflies, menawarkan masakan Peranakan asli dan antarabangsa yang diadun dengan bahan tempatan berkualiti dan segar, destinasi menjamu selera yang memenuhi cita rasa pelbagai.

The Social Hub, dengan suasana yang tenang, merupakan ruang istirahat sempurna untuk berehat sambil menikmati hi-tea. Kawasan luar ini dipenuhi dengan pilihan makanan dan minuman bar yang menarik di Breezy Bites, bar tepi kolam resort, menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman menarik, ditemani alunan muzik, permainan, dan hiburan.

Pakej Eksklusif Sempena Pelancaran Hotel
Bagi meraikan pembukaan pelancaran awal hotel dengan 87 bilik pertama, M Social Penang memperkenalkan pakej Island Escape – Penang Stay & Feast, bermula dari RM888 untuk dua tetamu.
Pakej dua malam eksklusif ini menyediakan akses ke bilik Social Cosy di Sunset Bay (tersedia dalam pilihan king dan twin).


Ia termasuk sarapan pagi setiap hari untuk dua orang di Beast & Butterflies. Tetamu juga akan menikmati baucar makanan RM100 (boleh digunakan mulai sekarang hingga 30 Jun 2025) serta tiket masuk ke Tropical Spice Garden untuk dua orang.
Pakej ini tersedia untuk tempahan dan penginapan mulai sekarang hingga 31 Disember 2025, dengan syarat penginapan dua malam minimum dan pilihan pembatalan yang fleksibel.
Selain pakej Island Escape, M Social Penang turut menawarkan pakej “Stay. Savour. Earn.”, yang merangkumi ganjaran seperti minuman alu-aluan. Ahli MyMillennium turut menikmati diskaun 5% untuk penginapan dan 5X MyPoints.
Tawaran ini tersedia untuk tempahan dan penginapan sehingga 30 Jun 2025.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.