Now Reading
TanBuri Tawar Hidangan ‘Tandoori’ Dengan Gaya ‘Donburi’. Unik & Sangat Berseni!

TanBuri Tawar Hidangan ‘Tandoori’ Dengan Gaya ‘Donburi’. Unik & Sangat Berseni!

TanBuri terletak di Level G, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai pusat seni dan komuniti terbaru di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur bukan sahaja menyambut pelancong dengan suasana moden dan penuh inspirasi, malah juga memperkenalkan konsep restoran unik yang menawarkan pengalaman kulinari pelbagai citarasa.

Antaranya adalah TanBuri. Nama pun dah unik.

Citarasa Kreatif Di Hyatt Centric City Centre, Kuala Lumpur

Tahukah anda, nama TanBuri ini merupakan inspirasi daripada hidangan Tandoor yang dihidangkan dengan gaya Donburi? Menarik, kan? Jarang didengari.

Terletak di Aras G hotel, TanBuri adalah konsep pertama yang diinspirasikan daripada teknik memasak tandoori, menampilkan dapur terbuka dengan tiga ketuhar arang tandoori khas.

TanBuri Cipta Elemen Istimewa

Gabungan inovasi dan teknik tradisional ini menghasilkan hidangan donburi yang bukan sahaja lazat tetapi juga menarik perhatian pengunjung yang gemarkan kelainan.

Salah satu elemen istimewa TanBuri adalah penggunaan arang kelapa, yang menambah aroma unik pada makanan semasa proses memasak. Menu di sini cukup pelbagai – dari Nanini, sandwic berasaskan tandoori yang unik, ke sarapan tempatan seperti Nasi Lemak Pandan dengan Ayam Tandoori dan Breakfast Nanini.

TanBuri, Hyatt Centric City Centre.

Pilihan lain termasuk Roti Canai, rice bowl dengan cita rasa antarabangsa yang dimasak dalam tandoor, naan artisan, serta Tandoori Platter yang pasti menggamit selera. Untuk pencuci mulut, TanBuri menawarkan soft ice cream dalam perisa Mango, Kelapa, dan gabungan tropika.

Menu minuman di TanBuri juga sangat menarik dengan pilihan seperti Pandan Teh Tarik, serta klasik India seperti Masala Chai dan Mango Lassi.

Bukan itu sahaja, konsep dapur terbuka di TanBuri ini membolehkan pelanggan melihat sendiri kehebatan para chef menyediakan hidangan dengan penuh kreativiti dan ketelitian.

Dengan layanan mesra dan pengalaman makan yang interaktif, TanBuri menjanjikan suasana makan yang menggabungkan tradisi dan inovasi dengan penuh gaya.

TRP Cuba Hidangan ‘Signature’ Di TanBuri

Seperti biasa, kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan di TanBuri ini. Antara hidangan signature yang kami cuba adalah:

  • Roti Canai – RM12
  • Nasi Lemak Pandan with Tandoori Chicken – RM16
  • MushroomBuri (Rice Bowl) – RM25
  • SalmonBuri (Rice Bowl) – RM48
  • ChickenTikka (Tandoori Platter) – RM28
  • Tandoori Tiger Prawn (Tandoori Platter – RM35
  • Mango mix Coconut (Soft Ice-cream) – RM12

Kalau nak diikutkan, harga makanan di hotel mewah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur ini memang sangat berbaloi dan mesra poket. Ditambah pula dengan vibe restoran serta layanan yang top-notch. Memang worth it. 👌🏻

Rating Setiap Makanan Di TanBuri oleh TRP

#1. Tandoori Tiger Prawn. Kanan: Naan Buttermilk (8.5/10)

      Sumber: Siti Murni/TRP

      Naan yang dihidangkan sangatlah lembut dan sedap bila dimakan panas-panas. Aroma roti Naan yang naik pun memang sangat ‘subtle’ di hujung-hujung hidung, dicicah pula dengan ayam Buttermilk yang cukup rasa dan berlemak, memang sangat memikat dan menaikkan lagi selera.

      #2. SalmonBuri & MushroomBuri (Rice Bowl) (10/10)

      Sumber: Siti Murni/TRP

      Bila berbuka puasa, pastilah sesetengah orang jenis mencari nasi, kan? Begitu jugalah dengan kami. Ini merupakan hidangan pertama yang kami pesan untuk melengkapkan juadah berbuka. Dan kami sangat-sangat terkesima dengan rasa kedua-dua rice bowl ini yang sememangnya sangat seimbang dan sihat.

      Salmon dimasak dengan garing, manakala cendawan pula memiliki rasa yang unik. MushroomBuri rice bowl akan ditambah dengan poached egg, salad, dan mayonise truffle. Manakala SalmonBuri akan dihidangkan bersama edamame, miso, telur rebus lembut, salad shiso ponzu, dan juga mayonise wasabi.

      Habis licin jugalah kami makan. 🤌🏻

      #3. Chicken Tikka & Nanini (7/10)

      Sumber: Siti Murni/TRP

      Chicken Tikka ini dihidangkan dengan roti Naan dan juga chutney. Bila dicicah dan dimakan bersama, ia memberikan rasa yang seimbang dan sangat sesuai dengan tekak kami. (But then again, rasa itu sangat subjektif). Yang penting, tak muak.

      #4. Roti Canai Platter & Nasi Lemak

      Sumber: Siti Murni/TRP

      Nasi Lemak dan Roti Canai adalah makanan WAJIB di Malaysia waktu pagi. Tapi kebanyakkan orang pun sudah mula menyukai hidangan ini untuk dinikmati sepanjang hari. Jadi, tak perlu tunggu waktu pagi untuk makan nasi lemak dan roti canai, kan? 🤤

      Nasi Lemak di TanBuri ini sangat unik kerana ia menggunakan Pandan Coconut Rice. Aroma pun lain macam sedapnya, dan bila makan memang tak mudah muak seperti beras biasa.

      Roti Canai pula telah diuli tanpa telur. Dapat bayangkan tak betapa crunchy roti canai di TanBuri ini? Memang sangat sedap. Serius. Dicicah pula dengan kuah Dhal dan Kari. Memang memikat. (Teringat-ingat pula roti canai TanBuri…).

      Berbaloi Atau Tidak?

      Jawapan jujur kami: Sangat berbaloi. 🫡

      Sebab apa yang anda bayar dengan cara persembahan makanan, lokasi, rasa, dan suasana/atmosfera, memang akan membuatkan anda ingin kembali lagi bagi merasai setiap menu yang ada.

      Dan buat anda yang mungkin menginginkan waktu sendiri (me-time), TanBuri adalah lokasi paling sesuai. Dengan kerusi dan meja tinggi yang disediakan, akan membuatkan anda berasa jauh lebih selesa.


      Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

      Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

      © 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd